Friday, March 19, 2010

Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja Johor 2010

Syabas calon Pengakap Remaja seramai 152 orang telah berjaya di uji dalam PENTARAFAN PENGAKAP RAJA N.JOHOR pada 15-18 Mac 2010 di Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat.Terima kasih kepada semua Pentaraf(15 orang),Penolong Pentaraf(18 orang) dan Urusetia(20 orang) yang banyak membantu Lembaga Pentaraf N.Johor

Jumlah calon dari daerah seperti berikut :

Batu Pahat 65
J.Bahru 60
Muar 10
KulauJaya 10
Segamat 3
Kluang 3
Mersing 1

Setiausaha Latihan Negara Hj Rahmat Jafar,Pegawai Teknikal PPM Kpt Rosila,Pesuruhjaya Ibupejabat PPM Razak Shahidan,Pen Pesuruhjaya Negeri Sel Ariff turut menguji calon.

Tuan Pesuruhjaya Negeri Hj Yaacob Karim dan Bendahari Majlis PPM Johor Tuan Hj Samsi turut memerhati ujian semasa pentarafan dijalankan.

Pada malam 17mac2010, Majlis Maulidur Rasul telah diadakan selepas solat maghrib.Penceramah jemputan dari B.Pahat Ustaz Khairuzzikri Hj Anuar telah menyampaikan ceramah bertajuk dengan Solat dan Hormat Kepada Kedua IBUBAPA.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Hj Ayob Hj Jamil ADUN RENGIT.

Terima kasih kepada semua ASC/DC/Pemimpin/Urusetia dan calon Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja Johor 2010.










No comments:

Post a Comment