Latihan bagi Pemimpin Pengakap yang disediakan oleh PPM adalah dengan maksud memberi sokongan peribadi dan latihan yang berkehendakkan oleh pemimpin bagi membolehkan mereka menggunakan cara berpengakap untuk mencapai tujuan PPM iaitu bagi setiap seorang pemimpin menolong muda remaja dalam asuhan dan perkembangan akal,jasmani,sikap dan pergaulan melalui sistem latihan yang progresif berasas kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
OBJEKTIF
Objektif Kursus Kepimpinan Manikayu oleh PPM iaitu satu latihan mengandungi kursus dan sokongan peribadi serta latihan secara tidak formal membantu pemimpin-pemimpin memperkembangkan sikap dan kemahirannya seperti :-
>boleh memahami diri sendiri sebagai pemimpin dan ahli masyarakat
>boleh memahami fungsi,kemahiran dan sikap sebagai pemimpin
>memahami dan menerima objektif,tujuan,prinsip dan progrem unit
>mengetahui sifat-sifat muda remaja-belia.
>boleh memperkembangkan sikap dan kemahiran pengakap
>boleh melatih muda remaja dalam kemahiran yang praktikal
>boleh sedar dan menggunakan manusia dan sumber lain untuk menjadi pemimpin
No comments:
Post a Comment