PEGAWAI KURSUS
1.Syarat Pegawai Kursus.
Setiap kursus hendaklah dijalankan oleh beberapa orang pegawai.Kejayaan kursus bergantung kepada kecekapan dan kerjasama pegawai menguruskan kursus itu.Pegawai kursus terdiri
*seorang(1) Ketua Kursus
*Empat(4) orang Jurulatih
*Lima(5) orang Pembimbing
*Seorang(1)QM makanan
*Seorang(1)QM Alatan
*Empat(4) orang Pembantu(Pengakap Kelana/Pengakap Remaja)
2.Syarat-syarat untuk menjadi KETUA KURSUS
#Pemegang empat(4)atau tiga(3) biji manikayu(Jurulatih/Penolong Jurulatih) dengan mempunyai tauliah yang sah.
#Mempunyai personaliti yang lemah lembut tetapi tegas
#Cekap merancang serta mempunyai kemahiran dalam ilmu kepengakapan
#Mempunyai pengalaman mengenai perjalanan sesuatu kursus
#Boleh bekerjasama dengan Jurulatih/Penolong/Pembimbing lain
#Mempunyai inisiatif dan kebolehan mentadbir
#Boleh bergaul/berkomunikasi dengan rakan setugas
#Mempunyai sifat-sifat perikemanusiaan dan tidak bangga diri.
3.Syarat-syarat untuk menjadi Jurulatih dan Pembimbing
>Mempunyai tauliah yang sah
>Mempunyai manikayu
>Mempunyai pengalaman mengurus Pek/Terup
>Mempunyai personaliti yang lemahlembut tetapi tegas
>Sanggup menerima teguran daripada Ketua Kursus dan Jurulatih lain
>Mempunyai kepakaran dalam sesuatu/beberapa bidang kepengakapan
>Boleh bergaul/berkomunikasi dengan orang lain
>Boleh berkerjasama dengan Ketua Kursus
4.TUGAS KETUA KURSUS
*Merancang dan menyedia progrem kursus dengan teliti
*Memilih Jurulatih,Pembimbing dan pegawai-pegawai kursus
*Membahagikan tugas dengan adil dan sesuai dengan kebolehan/kemahiran Jurulatih
*Mempengerusikan semua mesyuarat sebelum dan selepas kursus
*Membantu dan menjadi contoh kepada semua Jurulatih/Pembimbing
*Mempasti progrem kursus berjalan lancar
*Membuat laporan kursus/mengirimkan kepada IbupejabatPPM 2 minggu selepas kursus
*Menilai dan membuat laporansulit setiap Jurulatih,Pembimbing peserta kursus.
5.TUGAS JURULATIH
+Membantu Ketua Kursus mengurus/menjalankan aktiviti kursus
+Memberi dan menyampai syarahan/sesi
+Memberi pandangan/tunjuk ajar kepada peserta kursus
+Menyedia semua alat bantuan mengajar
+Menilai penyertaan peserta kursus
+Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Ketua Kursus
+Menghadiri semua mesyuarat sebelum/selepas kursus.
6.TUGAS PEMBIMBING
>menjadi penggerak/pengurus pembelajaran
>menjadi seorang sahabat
>menjadi seorang pembantu
>menjadi seorang pembekal/pemberi
>pemudahcara kepada perjalanan aktiviti/proses pembelajaran
>seorang yang dapat mengguna daya utama dalam struktur kerja
>Kreatif
>seorang yang dapat memberi keyakinan
>pemberi ilham
>seorang penilai
>seorang penasihat
>penyelesai masalah/penyelamat sesuatu situas
7.TUGAS QM MAKANAN
#mengurus makanan untuk peserta kursus
#menyedia makanan untuk Jurulatih/pegawai kursus
8. TUGAS QM ALATAN
>menyedia semua alatan untuk pusat
>menyedia semua alatan untuk Pek/Terup
>menjaga dan merekod semua alatan yang ada dan diberi semasa kursus
>menyedia dan menyimpan bahan perkakas/bahan perisian dll.
9.PATROL BERTUGAS
1.Bendera
-sediakan bendera dalam keadaan bergulung di puncak tiang bendera sebelum jam 0730 pagi
-istiadat mengibar bendera.menurunkan bendera pada jam 6.30 petang
2.Dewan Syarahan
-pastikan dewan syarahan bersih,kerusi meja sedia teratur
-bila semua peserta hadir,Ketua Bertugas hendaklah melapor kepada JL bertugas
-bila JL/penceramah masuk Ketua bertugas hendaklah memberi arahan kepada semua peserta kursus'KURSUS/KELAS DUDUK SEDIA" dan melapor kepada penceramah.Selepas siap melapor Ketua Bertugas memberi arahan"KURSUS/KELAS DUDUK SENANG"
-Bila tamat sesuatu sidang/sesi,Ketua Bertugas hendaklah mengarah semua peserta "KURSUS/KELAS DUDUK SEDIA" melapor dan ucapkan terima kasih.Bila siap melapor Ketua Bertugas memberi arahan" KURSUS/KELAS DUDUK SENANG
3.Bilih air/tandas.
-Patrol yang bertugas hendaklah memastikan bilik air/tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih.
No comments:
Post a Comment