Semua Persaudaraan Pengakap Raja boleh dapat borang,saya cuba hantar ke En Erik Khoo untuk pendaftaran sebenar dan menjadi ahlim ATAS.Terima kasih
Monday, February 28, 2011
MEMOHON MENJADI AHLI'ATAS'PENGAKAP RAJA MALAYSIA
Memandangkan ramai Ahli Persaudaraan Pengakap Raja 1Malaysia berminat kembali kepengakapan baru-baru ini,ingin menjadi Ahli ATAS. Borang boleh didapati dari HJ IBRAHIM ABDULLAH.
Friday, February 25, 2011
PERJUMPAAN PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA MALAYSIA 2011
Satu perjumpaan semua PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA 1 MALAYSIA akan diadakan
Tarikh:26 Feb 2011
Masa Pendaftaran:7 mlm
Tempat:Hotel Dynasty KL
Bayaran:RM50.00
Dijemput semua Pengakap Raja 1 Malaysia hadir.Inilah ulungkali diadakan dan mengeratkan tali persahabatan,suaikenal,mengenal antara satu sama lain dan mengetahui perkembangan P.Raja 1 Malaysia.
Monday, February 21, 2011
PINGAT CEMERLANG 2011 PPM JOHOR
Tahniah Pengakap Remaja/Kelana yang lulus cemrlang STPM 2010 yang diumumkan semalam.Anda boleh dianugerah PINGAT CEMERLANG PENDIDIKAN dari PPM Johor.Mohon melalui DC anda.
HARI PENGASAS BP
PPM Johor mengharap semua ahli pengakap dapat memakai pakaian seragam lengkap pada hari ini 22 Feb 2011.Walau pun Malaysia menyambutnya pada 1 Ogos tetapi seluruh dunia pada hari ini.
SELAMAT MENYAMBUT HARI BADEN POWELL.
PROGREM PPM JOHOR
PADA 18-20 Februari 2011 PPM Daerah Kota Tinggi dan Muar berjaya mengadakan progrem
PPM Kota Tinggi- Kursus Ketua-Ketua Patrol di SK Johor Kampong KT dan Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN.Peserta hampir 200 ahli Pengakap dari PKK,PM,dan PR.Manakala MK peserta 33 pemimpin dari Daerah KT.
Ketua Kursus Ketua-Ketua Patrol Tn Hj Mohammad Ruduan (DC KT)
Ketua Kursus MK-En Mohd Affandi Abd Hamid (ASC P.Kelana)
PPM Muar-Bengkil Pengakap Remaja di SMK Sg Abong.Peserta 100 ahli pengakap.
Ketua En Shes Sheba (DC Muar)
PPM Kluang mengadakan progrem XPDC Berbasikal 60km pergi balik pada 20 Feb 2011 bermula STK sehingga Paloh.Ujian Lencna ini untuk P.Muda.
PPM JB-Scoutjb di Tg Piai Pontian.Seramai 200 ahli pengakap dari JB mengadakan Cleanup the world projek-eco mangrove awareness.Aktiviti kemasyarakatan supaya ahli pengakap contoh kepada badab-badan sukarela yang lain memainkan perana pemeliharaan alam sekitar JAGA KEBERSIHAN BANDAR KITA..utama sekali sungai jangan dicemarkan dimana air itu kita semua meminum semula.
Terima kasih dan tahniah.
Sunday, February 20, 2011
Buku Kawad & Istiadat Pengakap
PPM Ibupejabat telah menjual buku tersebut dengan harga rm8.00 senaskah
Info semua ahli pengakap.Hubungi PLNJ untuk mendapatkan terima kasih
PENGAKAP KELANA PPM JOHOR 2011
PPM Johor-Pengakap Kelana N.Johor akan mengadakan satu progrem untuk ahli Pengakap Kelana pada
Tarikh:4-7 MAC 2011
Tempat:Hutan Lipur G.Belumut Kluang Johor
Bayaran:RM60.00
Aktiviti-aktiviti P.Kelana adalah seperti:-
1.Istiadat Melantik P.Kelana
2.Ujian Lencana P.Kelana
3.Cintai Hutan
4.Pemeliharaan Alam Sekitar
5.Sijil Perlantikan dan Lencana Ujian P.Kelana
6.Mendaki Bukit
7.Khidmat Masyarakat
8.Menulis didalam Buku Log P.Kelana
Hubungi En Affandi 0166636629 untuk info selanjutnya.
Dijemput semua ahli P.Kelana Johor mengambil bahagian.Surat pelepasan cuti dari Pejabat Pelajaran Johor sudah diedarkan juga kepada DC anda.Jom Berkhemah..
1ST Jamboree Angooneree 2011
1st Malaysia Jambori Agonoree 2011 akan diadakan pada
Tarikh:11-14 April 2011
Tempat: Pusat Koko Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Jambori Agonoree ini merupakan perhimpunan ahli pengakap dari Sekolah Pendidikan Khas Malaysia. Kali pertama Johor Bahru menjadi tuan rumah.
Jabatan Pendidikan Khas J.Bahru bercadang untuk memilih peserta yang layak sahaja menghadiri Jambori ini.Satu percubaan akan diadakan pada
Tarikh:28/3 hingga 1/4/2011.
Hubungi En Azlan Ab Jalil untuk info selanjutnya-0127080484
KOROBORI 2011 MELAKA
MELAKA menjadi tuan rumah KOROBORI 2011 pada
Tarikh:13-17 Mac 2011
Tempat : Kem Bukit Katil Melaka
Bayaran Pendaftaran:rm100.00
Ketua Kontinjen Johor En Ramli Sarip (DC Kulaijaya)
KOROBORI merupakan satu perhimpunan untuk PENGAKAP KANAK-KANAK SAHAJA,dari itu, sila berhubung 0177123097 untuk mendapat info selanjutnya.
Saturday, February 19, 2011
PINGAT CEMERLANG 2011 PPM JOHOR
Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap N.Johor memberitahu kepada semua Tuan Pesuruhjaya Daerah supaya menghantar 1 nama ahli pengakap yang lulus cemerlang didalam Peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STPM 2010 segera.
Ibupejabat PPM akan memilih 1 setiap negeri untuk menerima dari DYMM Agong selain itu,pihak negeri akan menyampaikan di negeri masing-masing
Thursday, February 17, 2011
MESYUARAT PPNJ & DC-PPM JOHOR
Mesyuarat Majlis Pengakap Negeri Johor dimana PPNJ dan DC PPM Johor akan diadakan
Tarikh:18 Feb 2011
Masa:3 ptg
Tempat:Hotel Malaysia JB
1.Pendaftaran ahli PPM Johor 2011
2.Jambore Malaysia 1st Agoonoree 2011
3.Majlis anugerah Bintang/Pingat Pengakap-Sijil P.Raja Johor 2010
Semua PPNJ dan DC dijemput hadir
Wednesday, February 16, 2011
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN/PERINGKAT 1 P.REMAJA PONTIAN
PPM Pontian akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN/PERINGKAT 1 PENGAKAP REMAJA dengan kerjasama KLM UTM Johor iaitu pada
Tarikh:25-27 Mac 2011
Tempat:Pusat Latihan Pengakap Pontian
Bayaran :RM 70.00
Ketua Kursus En Azhar Noor Rahman (DC Pontian)
KLM UTM adalah dari Fakulty Pendidikan.
Pemimpin P.Remaja dari daerah lain dijemput hadir jika berminat.
Tuesday, February 15, 2011
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN-PPMSEGAMAT
Dimaklumkan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan PPM Segamat akan diadakan
Tarikh:26 Feb 2011 (Sabtu)
Masa:0800 pagi hingga 4 ptg
Tempat: PKG Bandar, Segamat
Bayaran:RM15.00
Pemimpin dari daerah lain yang Berminat sila hubungi DC Segamat En Ismail Buang 0177243922
Sunday, February 13, 2011
MENJUAL BUKU SKIM LATIHAN PENGAKAP BARU
Setelah terlancar Buku Skim Latihan Pengakap semua unit PPM baru-baru ini oleh Ketua Pengakap Negara,diharap Pemimpin,Penolong Pemimpin atau P.Kelana yang layak menguji lencana sahaja dapat menggunakan cara terbaru dan memberikan penuh perhatian dalam catitan Buku Log ahli Pengakap.
Sehubungan itu,Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Johor ada menjual buku PKK.PM.PR.PK.P laut,P Udara, Kawad Istiadat Pengakap harga rm6.00 senaskah dan lencana terbaru juga ada jual.sila hubungi 0137014105
Saturday, February 12, 2011
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PPM KOTA TINGGI
PPM Kota Tinggi Johor akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN pada
Tarikh:19 Februari (Sabtu)
Tempat:SK Johor Kampong,KT
Bayaran:RM30
Pendaftaran:Jam 0830 pagi-5 ptg
Friday, February 11, 2011
Sambutan Maulidur Rasul Mohamad saw
Pada 15 Feb2011/12 R'awal 1432 adalah hari sempena Maulidur Rasul Mohamad saw-diharap ahli pengakap ppm/ppm Johor dapat menyambut di kampong,daerah,negeri berhimpun atau berarak dan memeriahkan lagi majlis ini.
Thursday, February 10, 2011
PENDAFTARAN KEAHLIAN PPM JOHOR 2011
CARTA ALIRAN PENDAFTARAN BARU 2011
------------------------------------------------
1.Dapatkan borang pendaftaran PPM JHR 1A dari urusetia pendaftaran negeri-http://www.scribd.com/doc/48413281/PPM-JHR.1A-2011
2.Isi dan lengkapkan borang PPMJHR..1A 2011 dengan betul
3.Semua kumpulan menghantar borang kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah anda
-softcopy pendaftaran
-satu salinan bercetak
-bayaran mengikut pendaftaran kumpulan/ahli(Pemimpin/kelana rm5-PR/PM/PKK rm3)
4.Pesuruhjaya Daerah akan membuat bayaran secara deposit tunai CIMB-01050003062057
atas nama Majlis Pengakap Negeri Johor
5.Salinan resit pembayaran-softcopy/hardcopy pendaftaran mestilah dihantar kepada urusetia pendaftaran negeri U/P Khairi Jailani.
6.Urusetia akan mengeluarkan Sijil/Kad Keahlian,yang dihantar ke Pesuruhjaya Daerah anda untuk proses penghantaran kepada Kumpulan
7.MPNJ akan memperbaharui pendaftaran keahlian 2011 dengan Ibupejabat PPM KL.
Wednesday, February 9, 2011
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PPM JOHOR BAHRU
Dukacita dimaklumkan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu PPM JB- Pengenalan-Peringkat 1 akan ditangguhkan pada satu tarikh lainkerana belum dapat tempat berkursus-pld jb
Tuesday, February 8, 2011
SEMPENA HARI BP-PAKAIAN LENGKAP
Sukacitanya dimaklumkan iaitu pada 22hb Feb sempena Hari Baden Powell pengasas Pergerkan Pengakap,diminta semua Ahli Pengakap termasuk Pemimpin Pengakap di kumpulan anda, memakai pakaian Pengakap lengkap.Mohon ganti pakaian uniform hari Rabu diganti hari Selasa 22/2/2011.
Monday, February 7, 2011
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN/PERINGKAT 1 PKK PM SEGAMAT JOHOR
Kursus Kepimpinan Manikayu PPM Segamat ditangguhkan kerana banjir.
Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian.Harap maaf-plnj
PEPERIKSAAN MORSE CODE Kali Pertama 2011
SKMM akan mengadakan Ujian Morse Code buat kali pertama pada
Tarikh: 23/3/2011
Tempat:Cyberjaya
Yuran:rm50.00
Tarikh tutup:18/2/2011
Syarat:Umur 18th keatas
Telah lulus lesen(B) 1 th yang lalu
Sila hubungi Ida Khairuddin o3-86888265
Sunday, February 6, 2011
JENAZAH HJ HAMIDON HARUN-PPM JOHOR
Allahyarham Hj Hamidon Harun mantan SC Johor (2003-2005) telah meninggal dunia di Hospital Ampang KL pada 6.2.2011 jam 1 pagi.Allahyarham akan disembahyangkan Mesjid Tun Razak Ampang dan dikebumikan di tanah kekuburan Kosas Ampang tengahari ini.
Friday, February 4, 2011
Buku Kawad & Istiadat Pengakap
PPM Ibupejabat-Dimaklumkan iaitu Buku Kawad dan Istiadat Pengakap telah mulai dijual.Harga rm6.00 senaskah
Manakala Buku Skim Latihan PENGAKAP UDARA DAN PENGAKAP LAUT minggu depan siap dijual.
Subscribe to:
Posts (Atom)