Monday, March 29, 2010

PASUKAN LATIHAN NEGERI JOHOR

Undang-Undang kecil PLN

1.TUJUAN

Ia membantu Pesuruhjaya Negeri bagi menjalankan kerja-kerja dalam segala perkara berhubung dengan latihan didalam negeri

2.AHLI

Semua pemegang Sijil Kehormat JL,Pen JL yang tinggal dalam negeri dan mereka yang memegang tauliah sebagai Pesuruhjaya Daerah.Sekiranya berpindah ke negeri lain,maka bertanggungjawablah ahli bagi melaporkan dirinya kepada Pesuruhjaya Pengakap negeri yg berkenaan dan menawarkan perkhidmatannya kpd PLN bagi negerinya yang baru itu.

3.KERJA-KERJA

1.menjalankan kursus-kursus Kepimpinan MK dan kursus khas menurut panduan yg disahkan oleh Pasukan Latihan Negara
2.menjalankan diperingkat negeri jenis-jenis kursus bagi bintang-bintang kepandaian,kursus bagi pemimpin dan kursus khas yg disahkan utk pengakap
3.menjalankan kerja-kerja yg diarahkan oleh Pesuruhjaya Negeri
4..menjalankan atau membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yg diarahkan oleh PLN

4.PERLANTIKAN

1.maka hendaklah ada seorang Pengerusi PLN drp seorang warganegara Malaysia dan dia adalah juga JL yg disyorkan oleh Pesuruhjaya Negeri kepada KPPN untuk dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Negeri bahagian Latihan
2.adalah bertanggungjawab kpd Pesuruhjaya Negeri dan menjalankan kerja-kerja latihan negeri dan menjadi pengerusi bagi semua mesyuarat PLN,dimana jawatan Pengerusi PLN bolehlah dipegang oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri yg bertauliah sb PJ.

5.KERJA-KERJANYA

1.menjalankan kerja-kerja bagi PLN
2.menyediakan jadual kerja-kerja tahunan
3.menjalankan kerja-kerja yg diarahkan Pesuruhjaya Negeri
4.menyediakan dan menghantar anggaran perbelanjaan latihan tahunan
5.mengesyorkan pemegang mk yg layak kpd Pesuruhjaya Negeri bagi mencalonkan JL/PJL
6.membuat syor kpd Pesuruhjaya Negeri bagi pencalonan anugerah utk ahli-ahli PLN
7.mencalonkan ahli-ahli PLN/PLD kursus PJL/JL
8.menubuhkan Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri.

No comments:

Post a Comment