DAYA KEPIMPINAN - TUGAS KETUA PATROL
KETUA PATROL dalam pasukan pengakap memainkan peranan penting dalam menjayakan prosedur patrol.Ketua patrol mestilah tahu bagaimana untuk mendapatkan dan memberikan maklumat,menjelaskan tentang patrol,mengajar,merancang,memberi arahan dengan cara yang baik serta sentiasa menyuarakan persetujuan yang sewajarnya.
KEPIMPINAN
Sesetengah orang dilahirkan untuk mmemimpin.walaubagaimanapun, ketua atau pemimpin yang baik akan dilahirkan melalui latihan yang dijalankan.Sesiapa yang tidak belajar untuk berkhidmat.tidak boleh belajar untuk memimpin.
Ketua patrol mempunyai dua kali ganda tanggungjawab iaitu memimpin kumpulan atau pasukan dan membantu mereka dalam patrol untuk berkembang tetapi dalam masa yang sama ketua tidak boleh mengabaikan perkembangan diri.Pemimpin harus memperbaiki diri,bekerja keras untuk mendapatkan taraf dan kedudukan disekolah,memperbaiki taraf seseorang pengakap dan berkhidmat pada patrol.
CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK
Berani-jujur-setia-lucu-berkeyakinan-bertenaga- tetapi berpendirian-penceramah-berilmu-penuh keazaman.Ketua bukan seorang BOSS! Ketua mempunyai keupayaan untuk mengarahkan ahlinya melakukan sesuatu mengikut arahan.Ahlinya akan membuat sesuatu mengikut"kemahuan" sendiri bukan kerana mereka harus melakukan sesuatu.
Dia adalah seorang yang patuh,taat kepada orang atasannya.Dia adalah seorang yang betul dalam memakai pakaian seragam,kekemasan dan sebagainya.Dia seorang yang bersemangat tentang sesuatu perkara yang ingin dilakukannya dan memberi contoh yang baik.
Ketika memberi arahan:
-elakkan memberi arahan yang tidak terlatih,untuk memaksa dalam beberapa cara
-elakkan arahan yang tidak berfaedah
-bersopan memberi arahan
-elakkan memberi arahan yang tidak jelas
Beberapa Larangan-Sebagai ketua patrol jangan
-memperolok-olokkan seseorang dihadapan orang lain
-menghukum
-mengharapkan sesuatu
-mengeluarkan pemberitahuan kesalahan pada masa itu
APA YANG PATUT SESEORANG KETU PATROL LAKUKAN
-hidupkan undang-undang pengakap
-belajar sebanyak yang mungkin tentang tugas anda
-membekalkan cabaran perkara yang berfaedah
-aktiviti yang menyeronokkan perjumpaan patrol
-mewakilkan setiap ahli kerja
-sentiasa maju kehadapan
-layak untuk membawa patrol xpdc dan perkhemahan
-pakai uniform anda dengan betul,kemas.
-bekerjasama dengan semua kumpulan