Apakah badan Majlis Ketua-Ketua Patrol?
Majlis Ketua-Ketua Patrol adalah mesyuarat atau pertemuan diantara pemimpin terup dengan ketua patrol dan penolongnya.Ia umpama otak yang memberikan panduan dalam keseluruhan terup tersebut.Penemuan ini menetapkan soal-soal tanggungjawab,,kepimpinan,disiplin dan bagaimana terup menjalankan dan memastikan nama baik mutukepengakapan terjamin.
Siapakah ahli-ahlinya?
Ketua Terup,Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol.Pemimpin hanya memberi nasihat,cadangan dan tunjukajar.
Apakah yang dibuat oleh Majlis Ketua-Ketua Patrol?
Ia membincang dan merancang aktiviti terup,mesyuarat,perkhemahan,mendaki gunung,khidmat masyarakat,sesi bersama ibubapa,projek khas,disiplin,sistem mata,tabung terup,kemajuan pengakap,uniform terup,dll.Tugas diagihkan dengan balasan laporan serta kemajuan,selain itu pemimpin boleh menggunakan majlis ini untuk melatih ketua-ketua patrol dalam sesi latihan.
No comments:
Post a Comment