Thursday, December 9, 2010

NOTA 1 - PATROL SISTEM

NOTA 1 - KAEDAH BERPATROL.

Pergerakan Pengakap ditubuhkan oleh Lord Baden Powell dalam bukunya Scouting For Boys pada 1907,yang menggalakkan kanak-kanak lelaki bersama-sama dalam satu "kumpulan kecil"dan cuba melakukan idea-idea yang terdapat dalam buku yang diterbitkan itu.Itulah yang dimaksudkan dengan PATROL iaitu kumpulan sekawan yang kecil.

Apabila pengakap berkembang,kumpulan tersebut akan bersama-sama dibawah seorang dewasa sebagai penasihat-pasukan pengakap dan kumpulan yang kemudian,daerah,linkungan dan sebagainya berkembang untuk mengendalikan organisasi yang luas supaya dapat menonjol.

1.Anggota patrol berasa mereka dimiliki-mereka mempunyai tempat dimana ia adalah kepunyaan mereka dan mereka dialu-alukan - disini wujudnya semangat patrol

2.Patrol adalah kaedah organisasi dan pengawalan manusia yang unggul seperti sekumpulan yang kecil dengan seorang yang akan memastikan semua perkara dilaksanakan denganbetul.

3.Satu kaedah mengajar manusia yang unggul seperti ketua yang menurunkan ilmunya kepada anak-anak buahnya dan memastikan mereka dapat latihan.

4.Ia membekalkan peluang untuk melatih kepimpinan-setiap orang akan mendapat peluang

5.Setiap orang mempunyai peluang untuk bercakap kerana ia adalah sebuah bentuk demokrasi.

Jika kamu tidak memberikan tanggungjawab pada setiap ahli,galakan dan kepimpinan anda,patrol anda akan gagal.KEJAYAAN akan datang perlahan-lahan melalui keazaman anda untuk menjadikannya berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment