Thursday, December 9, 2010

NOTA 2- SISTEM BERPATROL

SEMANGAT BERPATROL

Semangat berpatrol bukanlah sesuatu yang boleh anda beli dan simpan untuk kegunaan anda apabila anda memerlukannya seperti beg,khemah,untuk menggembara.Ia adalah sesuatu yang istimewa untuk adanya patrol.

Semangat berpatrol adalah sesuatu yang istimewa didalam setiap diri ahli pengakap yang hadir apabila anda bermain sesuatu permainan mendirikan khemah atau hanya duduk untuk malam pengakap - ia adalah perasaan yang sungguh bagus keseronokkan bekerjasama dan melakukan sesuatu bersama-sama.

Semangat berpatrol adalah "perasaan" saya berbangga menjadi salah seorang daripada pasukan.

Ia dipanggil"esprti de corps"-sekali anda mendapat anda akan ketahui

Sebuah patrol dengan semangat berpatrol yang baik ialah satu kumpulan yang mana sangat menyeronokkan-berada bersama-sama dalam kumpulan,melakukan tugasan pengatap bersama-sama,belajar antara sama lain dan saling tolong menolong.

NOTA 1 - PATROL SISTEM

NOTA 1 - KAEDAH BERPATROL.

Pergerakan Pengakap ditubuhkan oleh Lord Baden Powell dalam bukunya Scouting For Boys pada 1907,yang menggalakkan kanak-kanak lelaki bersama-sama dalam satu "kumpulan kecil"dan cuba melakukan idea-idea yang terdapat dalam buku yang diterbitkan itu.Itulah yang dimaksudkan dengan PATROL iaitu kumpulan sekawan yang kecil.

Apabila pengakap berkembang,kumpulan tersebut akan bersama-sama dibawah seorang dewasa sebagai penasihat-pasukan pengakap dan kumpulan yang kemudian,daerah,linkungan dan sebagainya berkembang untuk mengendalikan organisasi yang luas supaya dapat menonjol.

1.Anggota patrol berasa mereka dimiliki-mereka mempunyai tempat dimana ia adalah kepunyaan mereka dan mereka dialu-alukan - disini wujudnya semangat patrol

2.Patrol adalah kaedah organisasi dan pengawalan manusia yang unggul seperti sekumpulan yang kecil dengan seorang yang akan memastikan semua perkara dilaksanakan denganbetul.

3.Satu kaedah mengajar manusia yang unggul seperti ketua yang menurunkan ilmunya kepada anak-anak buahnya dan memastikan mereka dapat latihan.

4.Ia membekalkan peluang untuk melatih kepimpinan-setiap orang akan mendapat peluang

5.Setiap orang mempunyai peluang untuk bercakap kerana ia adalah sebuah bentuk demokrasi.

Jika kamu tidak memberikan tanggungjawab pada setiap ahli,galakan dan kepimpinan anda,patrol anda akan gagal.KEJAYAAN akan datang perlahan-lahan melalui keazaman anda untuk menjadikannya berjalan lancar.

NOTA-KURSUS KETUA-KETUA PATROL-KETUA 6SEKAWAN

Pengerusi Pasukan Latihan PPM Johor akan memberi bahan(nota) berkaitan KURSUS Ketua-Ketua Patrol dan Ketua-Ketua 6 Sekawan.Adalah satu tanggungjawab,kemahiran dan ilmu kepengakapan yang penting untuk Pemimpin dikumpulan.

Setiap Kumpulan Pengakap di sekolah yang mempunyai Patrol/Pek PERGERAKAN PENGAKAP mesti tahu APA ITU PATROL SISTEM? Pergerakan Pengakap bergerak cara patrol atau 6sekawan.Ini penting agar kumpulan itu dapat menjalankan aktiviti-progremnya sempurna,teratur dan daya maju.

KEPUTUSAN UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2010

TUAN KETUA PESURUHJAYA NEGERI JOHOR-TAHNIAH kepada semua Pengakap Remaja yang lulus Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja pada Mac 2010.Keputusan telah dihantar kepada setiap individu-PPM Johor bercadang untuk 1 Majlis Penyampaian Lencana&Sijil Pengakap Raja pada satu masa yang dalam proses.Harap semua PengakapRaja Johor bersabar menunggu tarikh tersebut.

Manakala yang GAGAL, anda digalakkan mengambil sekali lagi ULANG mana-mana perkara yang anda gagal sahaja-bukan semua perkara.

Keputusan keseluruhan ada pada Tuan Pesuruhanjaya Daerah anda.

Tuesday, December 7, 2010

11thWORLD SCOUT YOUTH FORUM & 39th WORLD SCOUT CONFERENCE 2011

11th World Scouts Youth Forum akan diadakan pada

Tarikh: 3-6 Januari 2011
Tempat: Bluemenaan Brazil

39th World Scouts Conference 2011 akan diadakan pada

Tarikh:10-14 Januari 2011
Tempat: Curutiba Brazil

Berminat hubung PPM 03-20780836

22nd World Jamboree 2011

PPM Ibupejabat menjemput ahli-ahli Pengakap dan Pemimpin untuk 22nd World Jamboree 2011 yang akan diadakan pada

Tarikh:27Julai-7Ogos 2011
Tempat:RINKABY SWEDEN

Sila hubung 03-20780836 yang berminat Jamboree Sweden 2011

1st MALAYSIA RAINFOREST SCOUTS CHALLENGE(MRSC)2011

PPM Perak bercadang untuk progrem"1st Malaysia Rain Forest Scouts Challenge 2011" yang sangat mencabar kepada ahli Pengakap,akan diadakan pada

Tarikh: JUN 2011
Tempat: Temenggor Perak
Bayaran:USD150.

Sila berhubung PPM 03-20780836 untuk keterangan selanjutnya.

Sunday, December 5, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Sempena akhir dan awal tahun MUHARAM,akan disambut pada 6 Disember dan 7 Disember 2010.Semua umat Islam dijemput ke majlis Doa Akhir/Awal tahun disurau/mesjid berdekatan.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIYAH
SEMUGA
KITA BERHIJRAH
KEPADA
YANG LEBIH BAIK

SALAM MAAL HIJRAH 1432H
SELAMAT TAHUN BARU 2011M KEPADA SEMUA AHLI PENGAKAP PPM JOHOR/PPM ,SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBERIKAN LEBIH KEBERKATAN DAN SETERUSNYA BERJAYA MENCAPAI KEJAYAAN....
SEMUGA 1432H LEBIH BERMAKNA


Thursday, December 2, 2010

UJIAN SIKAP'PENGAKAP RAJA' PPM JOHOR 2011

Ketua Pentarafan Pengakap Raja N.Johor memaklumkan iaitu UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA akan diadakan pada

Tarikh: 14-16 Januari 2011
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Labuh Bt Pahat Johor
Peserta/Calon daripada PENGAKAP REMAJA mesti telah lulus 5 Lencana Tertinggi,sila bawa Buku Log anda. Pendaftaran 14-01-2011 jam 3-4 petang ke Urusetia.Surat akan menyusulkemudian.

SILA AMBIL PERHATIAN:Seandainya ANDA tidak hadir Ujian ini ANDA tidak dibenarkan menghadiri UJIAN PERKHEMAHAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2011.

Untuk makluman awal kepada Semua Tuan Pesuruhjaya Daerah,Pengerusi Latihan Daerah,Pemimpin Kumpulan dan Pengakap Remaja

Sila hubungi 0137014105 untuk keteraangan lanjut.

PEMBERITAHU-TANGGUHAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3.1 PKK/PM PPM JOHOR

PLNJ-Dukacitanya dimaklumkan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat3.1 PKK/PM PPM Johor yang dijangkakan pada 14-16 Januari 2011 DITANGGUHKAN buat sementara waktu,oleh sebab ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian. Harap maaf kepada Pemimpin PKK/PM daripada Hj Ibrahim

3rd HIGHER INSTITUTION CAMPING 2011

PENGAKAP KELANA UTM Skudai,Johor Bahru akan mengadakan Perhimpunan semua PM,PR PPM Johor yang diberi nama "3rd HIC 2011" Green Tech. pada

Tarikh: 28-30 Januari 2011
Tempat: Kawasan UTM Skudai Johor Bahru
Bayaran:rm55.00(termasuk makan/minum )
Peserta: Setiap Daerah menghantar 50 orang ahli Pengakap.

Wednesday, December 1, 2010

KURSUS ASAS PENERBANGAN-STK PPM JOHOR

Unit Udara (AirScout)1st Kluang akan mengadakan Kursus Asas Penerbangan pada

Tarikh: 24-26Disember2010
Tempat: STK

Skim latihan Unit Udara sedang dalam proses.

APR EVENTS DECEMBER 2010

Untuk bulan December 2010 Asia Pasifik Region akan mengadakan

1.Committee NSO visit 1-3 Dec,New Zealand
2.Centennary Jamboree,3rd ASEAN Jamboree,4-9Dec Singapore
3.Commit6tee NSO visit 5-7Dec Polynesia
4.Strategic Planning Review Workshop 18-22 Dec Nepal
5.Programme sub committee meeting,27Dec Hong Kong
6.HK scout centenary Jambore 27Dec-1 Jan2011.

Untuk makluman PPM/PPM Johor

ANUGERAH "BP" PENGAKAP KELANA PPM JOHOR

Satu cadangan kepada Pengakap Kelana yang berminat untuk "ANUGERAH BP".

Setelah lulus semua Ujian Lencana Wajib
1.Lencana Kemahiran Pengakap
2.Lencana Perkhidmatan Pengakap
3.Lencana Pengembaraan

dan

Lulus salah satu Lencana Pilihan
1.Lencana Kepimpinan atau
2.Lencana ICT atau
3.Lencana Ekstreem atau
4.Lencana Penyelamat Nyawa atau
5.Lencana Keusahawanan

ANDA ke UJIAN PENILAIAN oleh Pasukan Latihan Negeri
(Berkhemah 3hari 2malam)

Isi Borang(percuma)
Ibupejabat PPM keluarkan sijil percuma
Epalut "Anugerah BP" beli dari Ibupejabat PPM.

Sila rujuk dengan ASC P.Kelana JohorEn Mohd Affandi Abd Hamid

Tuesday, November 30, 2010

PPM PROGREM 2011

PPM IBUPEJABAT (Bahagian Perogram) akan mengadakan beberapa aktiviti 2011

1.Korobori Pengakap Kanak-Kanak
Tarikh:12-16 Mac2011
Tempat:Melaka

2.Pertandingan Kepandaian & Kemahiran Pengakap Muda
Tarikh: April2011
Tempat: Taman Metropolitan WPKL

3.Pertandingan Kepandaaian & Kemahiran Pengakap Remaja
Tarikh: Julai2011
Tempat:Bagan Lalang Sepang Selangor

4.Rover Moot 2011
Tarikh:cuti semester Universiti
Tempat:Sabah