Sunday, March 28, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PPM JOHOR

Dengan sukacitanya dimaklumkan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN/PERINGKAT1, akan dianjurkan PLD seperti berikut :-


PLD PONTIAN

Tarikh : 9-11 Apr 2010
Tempat : Kem Latihan Pengakap Pontian
Unit : PKK/PM/PR/PK
Bayaran: Pengenalan RM20/- Peringkat 1 RM40/-
Ketua Kursus: Pengenalan Hj Ramli Ibrahim KP2880
Ketua Kursus Peringkat 1: Pn Rosmah Abdullah- PKK/1-234,En Razak Idris-PM/1-062,Tn Hj Ramli Ibrahim-PR/1-023, En Afendi Hamid-PK/1-034

Semua Ketua Kursus sila berhubung dengan DC Pontian untuk mesyuarat kursus segera,tk

PLD BATU PAHAT

Tarikh : 16-18 Apr 2010
Tempat : Ken Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat
Unit : PKK/PM

PLD JOHOR BAHRU

Tarikh : 23-25 Apr 2010
Tempat: SMK Tmn Universiti Skudai JB
Unit : PKK/PM/PR

PLD SEGAMAT

Tarikh : 7-9Mei 2010
Tempat: Belum ditetapkan
Unit : PKK/PM

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.1-anjuran PLNJ

Tarikh : 28-30Mei 2010
Tempat : Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat Johor
Bayaran RM50.00
Unit : PKK/PM/PR/PK

Diminta kerjasama mana-mana PLD yang tidak dapat mengadakan kursus ini,sila maklumkan kepada pemimpin anda untuk hadir kursus yang tersebut diatas.Terima kasih-plnj

CARTA PERLAKSANAAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU

Carta Perlaksanaan Kursus Kepimpinan Manikayu

1.Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat PENGENALAN (8JAM)

2.Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1.
Dijalankan secara Berkhemah selama 3hari 2malam-mengikut unit
Diedarkan Borang TAULIAH PEMIMPIN/Borang Latihan Dalam Perkhidmatan(3bulan) wogel yang dibuat sendiri Boleh dipakai.

3.Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 2
Latihan Dalam Perkhidmatan dikumpulan 3 bulan- dengan Pembimbing yang mempunyai 2 bit mk

4.Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.
Dijalankan secara 2 Bahagian mengikut unit

Peringkat 3.1 PKK/PM/PR/PK dijalankan secara berkhemah 3hari 2malam

Peringkat 3.2 PM/PR/PK dijalankan secara berkhemah 4hari 3malam
Peringkat 3.2 PKK dijalankan secara berkhemah 3hari 2malam

5.Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 4
Penilaian (4 bulan)
Borang penilaian akan diedarkan kepada peserta kursus untuk diisikan sepenuhnya.

6.ANUGERAH MANIKAYU.

PERINGATAN.

Bayaran untuk Manikayu RM20.00 melalui Pengerusi PLNJ sahaja.
Kursus Kepimpinan Manikayu cara lama dan sistem MODUL ABCD akan tamat tempohnya pada 31Disember 2010.
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat PENGENALAN dan Peringkat 1 dianjurkan PLD anda
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.1/3.2 dianjurkan oleh PLNJ
Penceramah kursus ini hendaklah mempunyai 3 atau 4 bits dan Pembimbing 2 bits




Saturday, March 27, 2010

LENCANA/SIJIL PENGAKAP RAJA 2008/2009


PENGAKAP RAJA JOHOR 2008/2009

Dengan sukacitanya dimaklumkan lencana dan sijil Pengakap Raja telah sampai.Tahniah kepada semua yang berjaya.Maaf dan terima kasih sanggup menunggu lama dari Ketua Pentaraf N.Johor 2008/2009.

hj bercadang kita akan adakan majlis penyampaian pada satu masa yang sesuai,bersabar ya.

Saturday, March 20, 2010

Borang Kebenaran Mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu 2010

Minta kerjasama Tuan Pesuruhjaya Daerah&Pengerusi Pasukan Latihan Daerah mengisi Bor.MK.-10/12/13A dan hantar ke Ibupejabat PPM k.Lumpur SEBULAN sebelum kursus dijalankan.Kegagalan berbuat demikian Daerah Tuan TIDAK BOLEH MENJALANKAN KURSUS MK. Pastikan borang itu DITANDATANGANI OLEH Pengerusi Pasukan Latihan Negeri dan DISOKONG Tuan Pesuruhjaya Negeri. Harap maklum.-plnj

TAULIAH PEMIMPIN PENGAKAP PPM JOHOR 2010

Pihak Pentadbiran Pejabat PPM Johor dapati ramai PEMIMPIN tidak mempunyai/memperolehi TAULIAH SEBAGAI PEMIMPIN PENGAKAP di negeri Johor.Oleh itu diharap semua Pemimpin mengambil borang Pemimpin seperti Penolong Pesuruhjaya Negeri,Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah.

Mulai tahun ini, semua TAULIAH dipertanggungjawabkan oleh :

Tauliah PEMIMPIN dan PENOLONG PEMIMPIN semua unit dibawah PENTADBIRAN Pengakap N.Johor oleh Tuan Hj Ramli Ibrahim-Pen Pesuruhjaya Negeri(Pentadbiran)

Tauliah PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI,PESURUHJAYA DAERAH DAN PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH oleh Tuan Hj Ibrahim Abdullah-Pengerusi Pasukan Latihan N.Johor

Mohon kerjasama tuan/puan untuk mendapat tauliah.


Friday, March 19, 2010

Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja Johor 2010

Syabas calon Pengakap Remaja seramai 152 orang telah berjaya di uji dalam PENTARAFAN PENGAKAP RAJA N.JOHOR pada 15-18 Mac 2010 di Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat.Terima kasih kepada semua Pentaraf(15 orang),Penolong Pentaraf(18 orang) dan Urusetia(20 orang) yang banyak membantu Lembaga Pentaraf N.Johor

Jumlah calon dari daerah seperti berikut :

Batu Pahat 65
J.Bahru 60
Muar 10
KulauJaya 10
Segamat 3
Kluang 3
Mersing 1

Setiausaha Latihan Negara Hj Rahmat Jafar,Pegawai Teknikal PPM Kpt Rosila,Pesuruhjaya Ibupejabat PPM Razak Shahidan,Pen Pesuruhjaya Negeri Sel Ariff turut menguji calon.

Tuan Pesuruhjaya Negeri Hj Yaacob Karim dan Bendahari Majlis PPM Johor Tuan Hj Samsi turut memerhati ujian semasa pentarafan dijalankan.

Pada malam 17mac2010, Majlis Maulidur Rasul telah diadakan selepas solat maghrib.Penceramah jemputan dari B.Pahat Ustaz Khairuzzikri Hj Anuar telah menyampaikan ceramah bertajuk dengan Solat dan Hormat Kepada Kedua IBUBAPA.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Hj Ayob Hj Jamil ADUN RENGIT.

Terima kasih kepada semua ASC/DC/Pemimpin/Urusetia dan calon Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja Johor 2010.










Friday, March 12, 2010

Ucapan Tahniah-STPM/SPM 2010

TAHNIAH ... ANDA LULUS! CEMERLANG PULA..

Kepada semua Pengakap Remaja/Tingkatan 6/5 seluruh Malaysia - PPM Johor yang lulus cemerlang didalam Peperiksaan STPM/SPM yang telah diumumkan baru-baru ini -plnj.

Terima kasih kepada Pengetua/Guru/Ibubapa yang telah memberi sokongan kepada Pengakap Remaja-selanjutnya teruslah ke menara gading U... tk cikgu.,jasanya kami sentiasa ingat sehingga hayat.

Thursday, March 11, 2010

MESYUARAT PENDAFTARAN KUMPULAN/KEAHLIAN PPM JOHOR 2010

MESYUARAT PENDAFTARAN KEAHLIAN PPM JOHOR 2010

11 Mac 2010
Bilik Gerakan TAR,Bangunan Sultab Ibrahim JB

FAKTOR-FAKTOR TREN PENURUNAN KEAHLIAN NEGERI JOHOR

*increase in nso membership fee 2007
*undisclosed membership
*insufficient adult support
*less fokus on membership drive
*no membership growth plan
*demographic factors
*no proper registration system
*no emphasis on membership retention
*lack of scouting research

STRATEGI PPM JOHOR 2010-2012

#kadar yuran keahlian yang tetap dalam tempoh 2010-2012
#kerjasama dengan JPN/PPD
#memperkuatkan platform sukarelawan dan sumber dewasa
#meningkatkan tahap pengurusan pengakap daerah
#mempertingkatkan pengaplikasian pelan strategi ppm johor
#mewujudkan progrem yang menarik/unik kepada ahli-ahli
#memperbanyakkan lagi kajian-kajian kepengakapan

MISI&OBJEKTIF

misi(kepentingan strategi)
keahlian PPM Johor kepada 30,000 0rang 2010-2012.

KAEDAH PERLAKSANAAN
Kumpulan sasaran pendaftaran

J.Bahru 5,000
B.Pahat 5,000
Muar 5,000
Kluang 1,000
K.Tinggi 1,000
Segamat 1,000
Mersing 1,000
KulaiJaya 1,000
Ledang 1,000

JANGKA MASA PENDAFTARAN

01 Feb-15Mac 2010 - promosi pendaftaran keahlian ppm Johor
01 Mac 2010 - mesyuarat perlaksanaan pendaftaran keahlian
16 Mac-15April 2010 - pendaftaran berpusat dan menyeluruh seluruh daerah-daerah
16 April-30April 2010 - Penyerahan pendaftaran daerah kepada ppm johor dan penyerahan pendaftaran kepada ppm.
01 MEI PENDAFTARAN DITUTUP.

MESYUARAT MAJLIS PPM JOHOR

MESYUARAT MAJLIS PPM JOHOR

Dengan sukacitanya dimaklumkan,majlis PPM Johor akan mengadakan mesyuarat pada

Tarikh : 11 mac 2010 Khamis
Tempat: Bangunan Tun Razak JB
Masa : 1030 pagi

Semua ASC dan DC akan hadir dalam mesyuarat ini-plnj

Wednesday, March 10, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD MERSING

kURSUS kEPIMPINAN MANIKAYU ANJURAN PLD MERSING

Dimaklumkan PLD Mersing,Johor akan mengakan kursus tersebut pada

Tarikh : 7-9 Mei 2010
Tempat: Wisma Kem Mersing

Pemimpin-Pemimpin di Sekolah Rendah/Menengah digalakkan menghadiri kursus.

Sila berhubung DC Mersing En Kamis Hasan atau an 0177034686/077961990

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD MUAR,JOHOR

Sukacitanya dimaklumkan iaitu PLD Muar akan mengakan Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN/BAHAGIAN 1 pada

Tarikh : 9-11 April 2010
Tempat; Kem Pagoh Muar

Boleh hubungi DC Muar En Shes Suhaiba Baba 0196516243 untuk keterangan-plnj

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD Batu Pahat Johor

Sukacitanya dimaklumkan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu PLD Batu Pahat,Johor akan diadakan pada

Tarikh : 16-18 April 2010
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh BPahat
Unit : PKK (Ketua Kursus Pn Rosmah Abdullah)
PM (Ketua Kursus En Razak Hj Idris)
Pemimpin-Pemmpin Sekolah Rendah/Menengah nyang berminat boleh hadir didalam kursus ini,sila berhubung DC B.Pahat En Mohd Asik Saim - 0126577242-plnj

LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA PERINGKAT NEGERI

1.LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP NEGERI

a.Satu badan yang mengelolakan semua bakal Pengakap Raja
b.Badan ini membina satu pendekatan kepada pengajaran/latihan yang dapat membantu dalam persediaan kerja latihan dan tugas pengurusan bagi persediaan menjalankan latihan untuk pentarafan pengakap raja.
c.Mengawasi mutu pencapaian individu bakal pengakap raja dari aspek pencapaian mutu lencana-lencana yang telah diperolehi
d.Melihat secara ringkas cara hidup bakal pengakap raja melalui lencana-lencana yang diperolehinya dan persediaan mereka untuk pentarafan pengakap raja.
e.Perbincangan mengenai tujuan/objektif yang sebenar peranan setiap pengakap raja.

2.TUGAS LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA

a.Bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Negeri dan membantu untuk meningkatkan imej pergerakan pengakap dalam negerinya.
b.Meneliti permohonan setiap calon pengakap raja
c.Menetapkan tarikh dan hari ujian perkhemahan pentarafan pengakap raja
d.Melantik penguji/penilai yang bertanggungjawab untuk meneliti lencana yang diperolehi oleh setiap calon pengakap raja.
e.Mengkaji semula 3 tahun sekali skim latihan pengakap remaja/penganugerah pengakap raja
f.Menyimpan rekod keahlian pengakap raja
g.Mengadakan ceramah kepada pemimpin-pemimpin pengakap remaja.

3.KEAHLIAN LEMBAGA

a.Mengandungi 3-10 orang terdiri dari Jurulatih PLN.Mereka yang telah menghadiri kursus Pentaraf Pengakap Raja ditauliahkan oleh Ibupejabat PPM
b.Ahli-Ahli yang dilantik oleh Pesuruhjaya Negeri bagi menguruskan tugas kerja pentarafan

STRUKTUR JAWATANKUASA LEMBAGA

a.Pesuruhjaya negeri sebagai Ahli Kehormat
b.Pesuruhjaya Latihan(Ketua Pentaraf)
c.Pesuruhjaya Program
d.Setiausaha (Setiausaha PLN)
e.Ahli-Ahli yang telah ditauliahkan oleh Ibupejabat PPM
f.Penyelia Kem
g.Pengerusi Persaudaraan Pengakap Raja(jikada).

PANDUAN PENTARAF PENGAKAP RAJA

TUJUAN MENGADAKAN UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA
----------------------------------------------------------------------
1.Apakah tujuan mengadakan Ujian Pentarafan Pengakap Raja?
a.Menyelaras ujian yang diberikan didaerah mahupun negeri dan negara dapat diselaraskan dengan lebihbaik dan berkesan,setiap calon yang mengambil ujian ini mendapat pelajaran dan pengalaman yang sama dan tidak ada percancanggahan diantara satu sama lain.

b.Lulus dengan cara adil,saksama dan sesuai mengikut peringkat pekembangan calon.

c.Semua ujian dijalankan tidak berlaku diskriminasi.

2.Mengetahui darjah yang ditetapkan.

a.Sesuaikan ujian bagi peringkat umur,kebolehan dan keupayaan.
b.Perkara ini perlu dibuat kerana melibatkan dua keadaan iaitu yang biasa dan cacat anggota.

3.Meneliti Sukatan Pelajaran(Pentarafan)

a.Tiap-tiap Pentaraf mestilah mahir tentang sukatan pelajaran pengakap.
b.Pentaraf dapat meneliti bahawa calon mengambil ujian mengikut sukatan pelajaran
c.Sebarang kemusykilan pentaraf dapat mengatasinya dalam jangka singkat.

4.Mengkaji dengan teliti.
a.Kajian dibuat untuk memastikan benar-benar calon layak menerima anugerah Pengakap Raja dengan mutu yang tinggi.
b.Dengan ini calon menjadi seorang yang kreatif.

5.Perkhidmatan untuk DIRI,MASYARAKAT dan NEARA

a.Calon mesti ada sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara.

6.Mengkaji latarbelakang calon

a.Calon dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

7.Keistimewaan
a.Calon adalah serba boleh walau apa jua perkara yan g dihadapi

TUGAS PENTARAF PENGAKAP RAJA

a.Hendaklah memberi taklimat dan menyelia bahawa semua pemimpin dan pemeriksa lencana mengetahui darjah yang dikehendaki bagi 5 lencana tertinggi serta anugerah pengakap raja.
b.Hendaklah menghalusi semua permohonan bagi mendapatkan sijil pengakap raja.
c.Hendaklah menghalusi bahawa segala peraturan bersabit sijil/lencana dipatuhi.
d.Hendaklah mengamati dan sedar bahawa calon bersedia dengan sukarela menyumbang perkhidmatan kepada orangramai,sentiasa berpeluang untuk melakukannya.
e.Calon itu di kaji latarbelakang ia benar-benar patuh rukunegara,persetiaan dan undang-undang pengakap.

PENGAKAP RAJA KITA ITU IALAH PENGAKAP RAJA YANG TERNILAI,PADAN DENGAN NAMANYA.


Tuesday, March 9, 2010

UJIAN PERKHEMAHAN PENTARAF PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR

Dengan sukacitanya dimaklumkan iaitu PLNJ-AJK Pentaraf N.Johor akan menganjurkan ujian perkhemahan pentaraf pengakap raja negeri johor pada

Tarikh : 14-18 Mac 2010
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor
Bayaran :RM 60.00

Diharap calon-calon pengakap remaja seramai 154 orang akan melaporkan diri pada pagi 14mac 2010 untuk persiapan perkhemahan.Ujian akan berjalan 15mac 2010, jam 2ptg.
Semua AJK Pentaraf/JL akan bermesyuarat 10 pg pada 15mac 2010.-Ketua Pentaraf