Thursday, April 1, 2010

LATIHAN-ORGANISASI KURSUS DALAM KEPENGAKAPAN

ORGANISASI KURSUS dalam latihan Pengakap seperti berikut :-

TUJUAN MENGADAKAN LATIHAN

1.Mengadakan cara-cara praktik tentang bagaimana hendak menjalankan tugas pemimpin dalam pasukan pengakap mengikut peraturan yang tertentu.

2.Menerangkan prinsip bagi tiap-tiap unit pengakap dan cara-cara hendak mengajari prinsip tersebut kepada muda remaja dengan lebih menarik dan teratur

3.Menerangkan tentang cara-cara untuk menyediakan progrem bagi pasukan dan perjumpaan

4.Menerangkan tentang aktiviti,permainan,peraduan dan lawatan,menjalankan latihan cara menarik dan praktik

5.Berpeluang untuk bertukar fikiran dan pengalaman

6.Mengerat dan mengukuhkan lagi tali persaudaraan.

TEMPAT

Lokasi kursus hendaklah dipilih dengan baik supaya peserta akan berasa seperti dialu-alukan dan beristirehat.Kursus boleh tetapi bukan semestinya berunsur perkhemahan.

BAHAN BANTU MENGAJAR

1.Carta/lut sinar/ohp/lcp projektor
2.Hands out/power point
3.Flip chart/white board.

PERKHIDMATAN PEMBEKAL MAKANAN

Ketua Kursus dan pasukannya mesti membuat keputusan samada untuk makanan disediakan oleh pembekal makanan atau peserta sendiri yang memasak

YURAN

Perbelanjaan seperti makanan.alatan bantuan mengajar dan lain-lain haruslah diambilkira dalam yuran kursus.

PENTADBIRAN

1.Pasukan latihan hendaklah tetapkan- TEMPAT KURSUS dan TARIKH KURSUS

2.S/U Pasukan latihan akan membuat surat siaran kepada semua Pesuruhjaya Daerah

3.Permohonan kursus hendaklah dibuat melalui Pesuruhjaya Negeri dan Pengerusi PLN

4.Pasukan Latihan akan mengenalpasti minat,kebolehan dan latarbelakang peserta

5.Pasukan latihan akan menetapkan objektif kursus

6.S/U latihan membuat permohonan kursus Bor MK-10/12/12A melalui Pengerusi PLN dan Pesuruhjaya Negeri kepada Ibupejabat PPM

7.S/U latihan memanggil mesyuarat semua pegawai kursus

8.S/U Kerja latihan PPM akan mengirim
-Sijil Akuan menjalankan kursus
-sijil-sijil untuk peserta
-borang senarai keputusan kursus
-borang laporan kursus

9.S/U latihan akan memberitahu peserta berhubung
-tempat kursus
-tarikh kursus
-tarikh dan masa melapor
-yuran pendaftaran kursus
-keperluan peserta

10.Ketua kursus akan mengadakan mesyuarat sehari sebelum kursus bermula untuk menetapkan :
-progrem kursus
-pembahagian peserta
-anggaran perbelanjaan

11.selepas sahaja habis kursus tamat,Ketua kursus akan membuat laporan kursus yang disahkan oleh Pesuruhjaya Negeri dan dalam tempoh 14hari menghantar laporan tersebut kepada Ibupejabat PPM.

KEFLEKSIBELAN

Kursus hendaklah dirancang dengan kefleksibelan untuk memenuhi keperluan peserta-peserta dengan sebaik-baiknya

Kursus Kepimpinan Manikayu Pemimpin unit ini boleh dijalankan dengan pelbagai cara.

Sebenarnya tidak ada satu jadual masa yang ditetapkan bagi menjalankan kursus dan ini boleh diatur mengikut penyesuaian tempatan asalkan dapat menyempurnakan sukatan pelajaran dan masa yang diperuntukan.

No comments:

Post a Comment