Tuesday, May 18, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 3.1 PKK/PM

Kluang 18.5.2010. Sukacitanya dimaklumkan dengan persetujuan Tuan Pesuruhjaya Negeri Johor Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.1 PKK&PM akan dijalankan serentak di-

Kem Tg Laboh Bt Pahat.
------------------------
Tarikh : 28 - 30 Mei 2010
Tempat:Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat
Bayaran :RM60.00
Ketua Kursus: En Barden Uteh PKK/En Mukim Kutimun PM
Pendaftaran: 3-5 petang.
Bawa khemah dan alat dapor.Anda dikehendaki memasak dengan 6Sekawan&Patrol.Bahan masakan disediakan.
Sila hubungi Hj Ibrahim 0137014105.jikada pertanyaan.

Taman Rekreasi,UTM Skudai JB
---------------------------------

Tarikh: 28 - 30 Mei 2010
Tempat: Taman Rekreasi UTM Skudai JB
Bayaran RM60.00
Ketua Kursus: Hj Ibrahim PKK/En Azahar Noor Rahman PM
Pendaftaran; 3-5 petang
Bawa khemah dan alat dapur untuk memasak ikut 6Sekawan & Patrol anda.Bahan masakan disediakan oleh Urusetia.
Boleh hubungi Hj Ibrahim 0137014105 jikada pertanyaan-plnj

PLNJ mohon maaf tidak dapat mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu 3.1 Pengakap Remaja/Pengakap Kelana kekurangan Jurulatih,walau bagaimanapun kita akan adakan suatu masa kelak.Terima kasih sanggup menunggu.

CALON UNTUK KE PENOLONG JURULATIH (CALT)/JURULATIH(CLT)

Persekutuan Pengakap Malaysia(Bahagian Latihan) telah menetapkan syarat-syarat calon Pemimpin Pengakap untuk ke Penolong Jurulatih/Jurulatih Kebangsaan.

Matlamat.

Untuk meningkatkan pengetahuan,memperkembangkan kemahiran dan menyesuaikan diri serta mengubah sikap jurulatih.

Tahap.

Skim progresif disediakan dalam dua tahap.
1.Kursus Kepimpinan Penolong Jurulatih Kebangsaan
2.Kursus Kepimpinan Jurulatih Kebangsaan

Kursus-kursus ini disediakan oleh Ibupejabat Kebangsaan dan dijalankan oleh Pesuruhjaya Latihan Kebangsaan dan pasukannya.

Syarat-syarat untuk menghadiri PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN (CALT)
----------------------------------------------------------------------------

1.Sepatutnya pemegang Manikayu untuk jangkamasa sekurang-kurangnya 3 tahun
2.Mestilah sehat dari segi fizikal
3.Menjadi ahli Pasukan Latihan dan pernah membantu pada peringkat daerah atau negeri.
4.Dapat bekerja dalam kumpulan.

Syarat-syarat untuk menghadiri JURULATIH KEBANGSAAN (CLT)
---------------------------------------------------------------------

1.Telah memberi perkhidmatan yang memuaskan untuk jangkamasa sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai Penolong Jurulatih Kebangsaan
2.Telah menjalankan Kursus Asas dan telah membantu dalam Kursus Lanjutan dibeberapa bahagian tertentu.
3.Harus disarankan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Pengerusi Pasukan Latihan Negeri.

Untuk makluman semua ASC/DC/ADC/Pemimpin Pengakap yang berkenaan-plnj

MANIKAYU UNTUK PEMIMPIN PENGAKAP

Ramai yang bertanya,adakah ada syarat-syarat untuk mendapat Manikayu?
Ramai juga Pengakap Kelana dan bekas Pengakap Raja ingin mendapatkan Manikayu.

Ya ada syarat-syaratnya.

1.Manikayu adalah hak Ibupejabat PPM dan hanya kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang telah menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu dan lulus kursus tersebut layak di anugerah Manikayu.

2Pemimpin/Penolong Pemimpin sebagai GURU, sah layak hadir kursus Manikayu

3.Umur 25 tahun keatas.

4.Pengakap Kelana dan bekas Pengakap Raja umur 25 tahun keatas.Tetapi jika dia ada Kumpulan Terbuka,Kumpulan di Sekolah, had umur 20 tahun.Tuan Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin Kumpulan akan mengesahkan dia sebagai Penolong Pemimpin dan membantu daerah/kumpulan tersebut.

5.Pengerusi Pasukan Latihan Negeri diberi kuasa menentukan Pemimpin,Penolong Pemimpin atau sesiapa yang berkehendakkan Manikayu dengan sokongan Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri.

6.Begitu juga pemilihan untuk calon Penolong Jurulatih dan Jurulatih.
Selepas 3 tahun dianugerah(dikalong) Manikayu,Tuan Pesuruhjaya Daerah boleh mencalonkan Pemimpin itu ke Kursus Penolong JL/Jurulatih.(Utamakan yang kanan)

Harap maklum-plnj

Monday, May 17, 2010

RAE Radio Amatuer

Sukacitanya dimaklumkan,iaitu PPM beri peluang kepada Pemimpin Pengakap,Pengakap Kelana Johor sahaja, yang ingin mengambil/menduduki peperiksaan RAE, sila hantar borang RAE segera.Ada 10 tempat lagi.Khas untuk PPM Johor.Tarikh sebenar sudah tutup walaubagaimanapun, anda diberi peluang.Rebutlah lesen A/B radio Amatuer.-plnj

Sunday, May 16, 2010

Tahniah-PPM Johor sempena Hari Belia Jambori 1Belia 1Malaysia

Para peserta Jambori Pengakap 1Belia 1Malaysia di Wetland Putrajaya.

Tahniah PPM Johor berjaya didalam pertandingan anjuran Kebudayaan Belia & Sukan Malaysia.Peserta didalam Larian Ekiden seramai 13 kumpulan berjaya membolot kesemua tempat,mendapat Medal dan Sijil Antarabangsa.

Progrem JOTA/JOTI, hampir semua peserta Jambori lulus ujian radio amateur,dapat Lencana JOTA ke-3 PPM dan sijil cemerlang.

Aktiviti SURE HEBOH dan sukaneka,peserta PPM Johor yang mengambil bahagian berjaya membawa pulang hadian hamper dan sijil penyertaan.

Peserta PPM Johor seperti berikut:-

Ketua Kontinjen - En Barden Uteh
Penolong - Hj Ibrahim Abdullah
PPM Bt Pahat En Mohd Asik Saim - 21 Pengakap
PPM Muar En M Jamaluddin - 20 Pengakap
PPM Kluang En Megat Nizar - 20 Pengakap
PPM Mersing Hj Khamis _ 20 Pengakap
PPM Pontian En Azahar - 20 Pengakap
PPM Kota Tinggi Hj Mohd Riduan - 20 Pengakap
PPM JB En Khairi - 20 Pengakap[
PPM Kulaijaya En Ramli Sarip - 20 Pengakap
PPM Segamat Cik See - 20 Pengakap

Dibantu dengan 20 Pemimpin Pengakap dari daerah-daerah tersebut.
Terima kasih kepada semua yang bekerjasama menjayakan jambori ini-plnj

Thursday, May 13, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

Kepada semua warga PPM Johor yang bergelar GURU.

" SELAMAT HARI GURU"

Terima kasih memberi kami ilmu pengetahuan,tahu MEMBACA,MENULIS DAN MENGIRA.
Kalau tidak ada GURU kami belum tentu jadi apa...

16 Mei...sentiasa diingat sampai bila-bila.
Sekalung bunga,ucapan terima kasih dan tahniah.Selamat Hari Guru 2010-plnj

Wednesday, May 12, 2010

JOTA/JOTI Jambori-Sempena Hari Belia Kebangsaan 2010

Sempena Hari Belia Kebangsaan,PPM J.Bahru akan menganjurkan Progrem JOTA/JOTI

Tarikh: 15-16 Mei 2010
Tempat: Taman Rekreasi Hutan Bandar,JB
Bayaran:RM30.00 sahaja

Tidak ada perkhemahan.Dijemput semua Pemimpin Kumpulan/Pengakap Kelana/Pengakap Remaja/Pengakap Muda/Pengakap Kanak-Kanak datang menyaksikan..radio amatuer..banyak ilmu pengetahuan anda akan dapat hal komunikasi.Jom ke JOTA/JOTI..PPM JB-plnj tk

Monday, May 10, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3.1 SEMUA UNIT PPM JOHOR

Pt Raja-10mei2010.Mesyuarat PLNJ/PLD ke-2,telah memutuskan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.1 PKK,PM,PR,PK akan diadakan :

Tarikh: 28-30 Mei 2010
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat
Bayaran RM60.00 seorang
Ketua Kursus PKK-Hj IbrahimAbdullah/PM-Mohd Khir Muda/PR-Hj Mazlan Hj Zaini/PK-Azahar Noor Rahman.

Tindakan peserta kursus:

Peserta kursus kena masak sendiri.Sila bawa alat dapor seperti dapor gas,periok,kuali dll. Cara masak adalah ikut 6Sekawan/Patrol/Krew.Bahan masak akan dibekalkan oleh Urusetia Kursus.

Diatas permintaan PPM JB, mesyuarat juga akan mengadakan Kursus MK 3.1. dalam bulan Julai 2010khas untuk PPM JB sahaja-plnj

DITANGGUHKAN KURSUS KEPIMPINAN MK PENGENALAN PPM KLUANG

KLUANG 10mei 2010- Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Kluang telah dimasukkan wad pagi ini,Kursus MK pada Sabtu 15mei 2010,di SK Kg Tengah Kluang ditangguhkan.Untuk makluman semua Pemimpin PPM Kluang yang telah menerima surat PPD Kluang ke Kursus MK,maaf-plnj

Sunday, May 9, 2010

HARI IBU...

Assalamualaikum ..Wahai IBU tersayang..

Sempena Hari IBU 9 mei 2010.
-------------------------------
PPM Johor mengucapkan kepada semua PEMIMPIN PENGAKAP WANITA seluruh Malaysia
selamat Menyambut Hari IBU, terima kasih diatas semua sumbangan anda kepada anak didikan puan, menjadi Insan Takwa dan beriman.Syurga ditapak kaki IBU. Ingat... tiada IBU saya tidak dilahirkan di dunia ini.Saya sayang IBU.maafkan segala dosa saya IBU.-plnj

Saturday, May 8, 2010

AKTIVITI HUJUNG MINGGU PLNJ-LAWATAN SESI CERAMAH KENALMESRA PPM JOHOR

Kluang 8mei 2010- Satu SESI ceramah bertajuk "Ke Arah Anugerah Pengakap Raja" akan disampai oleh Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor Hj IbrahimAbdullah.

Tarikh: 08 Mei 2010
Tempat: SMK Jln Kota Tinggi,Kluang
Masa:0800-1030 pagi
Penyertaan: Ahli Pengakap dan Pemimpin .

Aturcara:

1.Istiadat Mengibarkan Bendera
2.Ucapan Pengetua SMK j.KT Kluang.
3.Minum pagi
4.Ceramah - Ke arah Anugerah Pengakap Raja
5.Istiadat Menurunkan Bendera
6.Doa.
7.Penutup.

Dijemput seandainya ada ahli Pengakap/Pemimpin dari Kumpulan yang berdekatan ingin bersama,datang ke SMK J.KT Kluang.

Oleh demikian,sekiranya ada SMK di Kluang yang ingin saya datang, untuk memberi ceramah Hal Kepengakapan boleh hubung saya 0137014105.Terim kasih.-plnj

Friday, May 7, 2010

JAMBORI 1BELIA 1 MALAYSIA-ANJURAN KEMENTERIAN BELIA SUKAN MALAYSIA

Kementerian Belia & Sukan Malaysia dengan kerjasama PPM akan menganjurkan Perkhemahan Kepengakapan ala Jambori,1Belia 1Malaysia bersempena Hari Belia Kebangsaan seperti berikut:

Tarikh: 14-16 Mei 2010
Tempat: Wetland,Putrajaya
Penyertaan: PK,PR,PM,Pemimpin,Pesuruhjaya
Tema:Kemahiran & Inovasi Pengakap
Bayaran: RM10.00

Disampiong itu,JOTA-JOTI akan dijalankan serentak pada 15 mei 2010,ditapak perkhemahan jambori.

Hubungi DC anda untuk mendapat maklumat lanjut-plnj

KEILMUAN KEPENGAKAPAN-KAEDAH DAN CARA PENGAKAPAN

KAEDAH DAN CARA KEPENGAKAPAN SATU ILMUAN
---------------------------------------------------------

Kaedah dan cara pengakapan adalah Sistem Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri melalui-

1.Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
2.Belajar sambil membuat
3.Mempunyai kumpulan kecil
4.Skim latihan Kemajuan seperti merancang perogrem.

1.Persetiaan dan Undang-Undand Pengakap
------------------------------------------
-mempunyai pegangan kuat/kepercayaan kepada amalan kepadanya asalkan ia tidak bercanggah dengan ajaran agama masing-masing.
-seboleh-bolehnya mengamalkannya.

2.Belajar sambil membuat
-------------------------
-membuat praktikal selepas mempelajari teori terutama dalam aktiviti berkhemah.
-menggalakkan ahli berani belajar membuat sesuatu selepas mengetahuinya
-mempelajari sesuatu atas dasar"boleh buat"
-mendapat anugerah selepas lulus ujian atau pertandingan

3.Mempunyai kumpulan kecil/sekawan/berpatrol.
-------------------------------------------------
-menggerakkan ilmu dan praktikal berdasarkan adanya kumpulan
-kumpulan sebagai asas belajar sambil membuat
-pengakap bergerak didalam kumpulan
-dasar kerjasama,tolong menolong,prihatin

4.Skim Latihan Kemajuan.
-------------------------

-berdasarkan Skim Latihan.Skim Lencana dll
-maju dalam pencapaian berdasarkan sukatan yang ada
-bukan bergerak sendiri
-kemajuan berdasarkan minat,kesungguhan,kerajinan
-skim yang standard,ada piawai(disemak/luluskan)

TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG DALAM PENGAKAPAN

TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG DALAM PENGAKAP
----------------------------------------------------------------

1.Mempunyai komitmen dan komited dalam pergerakan pengakap
2.Budaya saing mengejar dan mencari ilmu
3.Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
4.Melaksanakan tugas penuh tanggungjawab
5.Nilai diri yang positif
6.Berpegang tegoh kepada ajaran agama
7.Berkhidmat secara sukarela dan penuh minat
8.Memahami Persetiaan & Undang-Undang pengakap
9.Menghormati barisan kepimpinan.
10 Berfikiran terbuka,berwawasan,berinteraksi,berkomunikasi.

Wednesday, May 5, 2010

JAMBORI 1BELIA 1MALAYSIA PPM JOHOR

Dimaklumkan iaitu PPM Johor akan menghantar 200 orang Pemimpin&Pengakap PM,PR,PK.Dari itu,setiap daerah dikehendaki menghantar 20 orang sahaja untuk menyertai Jambori Hari Belia Kebangsaan.Daftar segera dengan Pesuruhjaya Daerah anda-plnj.

JOTA/JOTI Jambori-Sempena Hari Belia Kebangsaan 2010

JOSRAC-sempena Hari Belia Kebangsaan pada15 Mei 2010,JAMBORI 1BELIA-1MALAYSIA di Wetland,Putrajaya,PPM JOHOR akan membuka stesyen JOTA/JOTI di tempat berikut :

PPM Muar

Tarikh;14-15 Mei 2010
Tempat: Sekolah Kebangsaan Parit Raja Muar
Pengelola: En Den Atan 0196588927

Diharap semua Pengakap/Pemimpin yang berminat hadir dan boleh berkomunikasi dengan sahabat anda di Putrajaya.

Harap maklum dan beri kerjasama.

Mesyuarat Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat3.1

PLNJ 5.5.2010-Dimaklumkan mesyuarat 1.Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat3.1 untuk PKK,PM,PR,PK akan diadakan pada

Tarikh: 10 mei 2010 - ISNIN
Tempat: SMK Sri Gading,Pt Raja Bt Pahat Johor
Masa: 3 ptg

Diharap semua Penolong JL,JL dan AJK yang dipilih hadir untuk mengaturkan progrem dan membahagikan tugasan.Harap tidak diuzurkan,terima kasih.

MESYUARAT PLNJ/PLD-1/2010

Mesyuarat(1) PLNJ/PLD akan diadakan pada

Tarikh: Isnin 10mei 2010
Tempat: SMK Sri Gading,Pt Raja Bt Pahat
Masa: 3 ptg

Diharap semua Pengerusi Latihan Daerah dapat hadir atau hantar wakil jikada apa-apa masalah,terima kasih.

JEMPUTAN KE ROVERMOOT ANTARABANGSA KEDAH 2010

Sukacitanya dimaklumkan - Jemputan Rovermoot AntaraBangsa KEDAH 2010 akan diadakan

Tarikh:08-13 Mei2010
Lokasi: Pantai Merdeka Kuala Muda Kedah
Bayaran :RM150.00
Anjuran:Kelana Sri Angkasa (KSA)

Boleh hubungi En Mohammad Fazly 0132339922 atau klik rovermootksa.blogspot.com atau Blog Kelana Seri Angkasa

Thursday, April 29, 2010

JAMBOREE 1BELIA-1MALAYSIA PPM JOHOR

Mesyuarat pertama,Jambori 1B1M pada 24.4.2010 di Wisma Pengakap Bt Pahat telah memutuskan iaitu hanya 20 orang ahli Pengakap/Pemimpin Pengakap dari setiap daerah dipilih ke Jambori tersebut.

Oleh itu, minta kerjasama kepada ahli pengakap dan Pemimpin yang berminat segera mendaftar/sila daftar segera kepada Pemimpin/Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

Untuk makluman Pesuruhjaya Daerah/Pemimpin Pengakap PPM Johor yang tidak hadir mesyuarat diatas.terima kasih-plnj.

Wednesday, April 28, 2010

Jemputan Ke Pentarafan P.Raja Selangor

Dimaklumkan PPM Selangor telah menjemput Pengerusi Pasukan Latihan N.Johor Hj IbrahimAbdullah ke Ujian Pentarafan Pengakap Raja Selangor pada

Tarikh: 30Apr-3Mei 2010
Tempat: Kem RimbaTempler,Rawang

Terima kasih diatas kesudian Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor.

UP COMING APR EVENTS MAY 2010

Berikut adalah berita dari APR untuk bulan Mei 2010

MAY 2010.

1.Committee NSO Visit. 5-7 May INDIA
2.APR Air-Internet Jamboree 14-15 May 2010-Putrajaya Malaysia
3.APR Workshop 0n Membership Growth.20-23 May J.Bahru MALAYSIA
4.APR Seminar on Community Bases Scouting.27-30.PHILLIPINE.

Untuk makluman semua PPM.

Sunday, April 25, 2010

Menjual Lencana Pengakap Edisi Baru

Pembekal Lencana Pengakap Edisi Baru, PPM Johor En Ng Cheng Tong (Scoutjb) telah memberi kebenaran, Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor menjual lencana tersebut.

Berikut adalah sebutharga Lencana Edisi Baru:-

Lencana Kemajuan PKK= (Gagsa/Perak/Emas) =RM2.00 satu
Lencana Wajib PKK (Basikal/Berenang)=RM1.50 satu
Lencana Kepandaian PKK=RM1.50 satu

Lencana Kemajuan PM (Usaha/Maju/Jaya)=RM2.00 satu
Lencana Kepandaian PM =RM1.50 satu

Lencana Pengakap Remaja 5 Tertinggi=RM2.50 satu

Lencana Pengakap Kelana=RM3.00 satu

Lencana Kecil PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA RM6.00 satu

Semua RAMBU PKK/PM/PR harga RM8.00 satu

Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri.Semua Penolong Pesuruhjaya Negeri,Semua Pesuruhjaya Daerah,Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah,Pemimpin Pengakap /LembagaPenguji Lencana Daerah sahaja layak membeli lencana yang tersebut diatas.Minta kerjasama tuan/puan sekiranya ada didapati Kedai-Kedai menjual Lencana-Lencana Pengakap edisi baru ini dimaklumkan kepada pembekal ppm Johor segera,terima kasih diatas perkhidmatan tuan/puan untuk menjaga imej PPM Johor.

Boleh berhubung PLNJ- 0137014105/077767084.

Thursday, April 22, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD JB/BT PAHAT

21-4-2010 PLNJ- Sukacitanya dimaklumkan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN & PERINGKAT 1, akan diadakan di PPM JB dan PPM Bt Pahat Johor.

PPM JB-Unit PKK/PM/PR
Ketua Kursus : En Afzainizam/En Ng Cheng Tong/En Jailani/En Mohd Azlan/En Mohd Affandi.
Tarikh : 23-25 April 2010
Tempat:SMK Taman U Skudai JB
Bayaran: RM 60.00

PPM BT PAHAT unit PKK/PM
Ketua Kursus: Pn Rosmah/En Razak Idris
Tarikh: 23-25 April 2010
Tempat:Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat
Bayaran RM 60.00

Untuk makluman,Pemimpin Pengakap ini akan menyambung kursus Peringkat 3.1 yang dirancang pada 28-30 Mei 2010,tempatnya Kem Jubli Intan Tg Laboh,Bt Pahat.Bayaran RM60.00.Kursus ini adalah untuk semua unit PKK/PM/PR/PK.

Justeru itu,Pemimpin Pengakap yang tertinggal kursus ini tahun lepas,dipelawa untuk hadir.
Dalam rekod PLNJ daerah Mersing,Muar,Bt Pahat,Kluang,JB.Sila semak dengan PLD/PLNJ untuk penerangan sila hubungi 0137014105. Harap hebahkan terima kasih.

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PPM KLUANG

Sukacitanya dimaklumkan iaitu PPM Kluang akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu PEGENALAN sahaja pada:

Tarikh : SABTU 15 Mei 2010
Masa Pendaftaran:0730-0830 pagi Sabtu
Masa Kursus : 8 jam(9pg hingga 5ptg)
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kpg Tengah,Jln Mersing Kluang
Bayaran RM20/-

MMakluman-Diharap semua pemimpin baru yang belum pernah menghadiri kursus ini dijemput hadir,surat PPD akan dikeluarkan sedikit masa lagi-PLD En Ali Abd Rahman-0197505654.Terima kasih.

Tuesday, April 20, 2010

MESYUARAT PLNJ/PLD DITANGGUHKAN

20-4-2010 Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor memberitahu PLNJ,mesyuarat PLNJ/PLD yang akan diadakan pada Sabtu 24.4.2010 DITANGGUHKAN sehingga diberitahu tarikh baru.Harap maklum dan mohon maaf,terima kasih-plnj

Saturday, April 17, 2010

JOTA jadi AIJ oleh WOSM/APR sahaja

15-4-2010 PPM bermesyuarat dan Tuan Hj Zakran Manan memberitahu nama bagi peminat/ahli Radio Amater iaitu WOSM memaklumkan perkataan JOTA diganti AIJ- Air Internet Jamboree.Kegunaan utk WOSM dan APR.

JOTA/JOTI Kebangsaan pada 14-15Mei 2010 Wetland Putrajaya.Semua negeri boleh berhubung semasa Jambori 1Belia 1Malaysia.Stesen dibuka semasa itu,boleh bercakap dengan VIP beberapa Menteri yang hadir.

JOTA PPM akan mengadakan Kursus Pengurusan Radio Amater pada 7-8 Jun 2010.Sila hubung Hj Zakran Manan untuk keterangan selanjutnya.

KURSUS KAWAD DAN ISTIADAT PENGAKAP PPM 2010

Ibupejabat-15April 2010.Dalam Mesyuarat Teknikal PPM memberitahu Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor menjadi tuan rumah Kursus Kawad&Istiadat PPM 2010.AJK terpilih adalah:

Pengarah Kursus-Tuan Hj Yaacob Karim-Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor
Penolong Pengarah Kursus-Tuan Hj Ibrahim Abdullah-Pengerusi Latihan Negeri Johor
Penyelaras Kursus-En Affandi Hamid
Jurulatih Kawad-Kpt Rosila/En Mohd Khir Muda/Hj Ismail Bahari/En Mukim Tukimun/Sjn Fadil/
Istiadat-Tn Hj Rahmat Jafar/En Abdullah Salleh/En Amir Hamzah/Hj Akasah.

Tarikh:01-04 Julai 2010
Tempat:Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat
Setiap negeri menghantar 3 orang.
Peserta kursus mesti mempunyai 4/3 bead-Jurulatih/Penolong Jurulatih.
Bayaran: Belum ditetapkan oleh PPM

Makluman dari PPM Johor.

Ceramah Jemputan PPM Bangsar K.Lumpur

Satu ceramah bertajuk" Kepengakapan PPM",akan disampaikan oleh Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor Tn Hj Ibrahim Abdullah, atas jemputan ADC Progrem Bangsar En Iskandar Muda.Ceramah akan diadakan

Tarikh :Ahad 18April2010
Tempat: Dataran Merdeka K.Lumpur
Masa: 0900pg

Tn Hj Ibrahim Abdullah merupakan bekas ASC Selangor, pernah membant PPM Petaling Jaya dalam semua aktiviti kepengakapan Petaling Jaya iaitu 10th yang lalu.
Semua ahli pengakap Zon Bangsar dijemput hadir.

Friday, April 16, 2010

Jambori 1Belia 1Malaysia

Johor 15.4.2010-PPM Johor sedang mengatur,memilih pemimpin dan pengakap untuk menghadiri 1Belia 1Malaysia di Wetland,Putrajaya bermula 14-16 Jun 2010 sempena Hari Belia Malaysia.
PPM telah bersetuju menghantar 3000 pemimpin/pengakap.walaubagaimanpun,PPM Johor dapat menghantar 200 orang pemimpin/pengakap.

Setiap peserta dikehendaki membayar rm10.00(sepuluh ringgit) untuk mendapatkan 1 beg,yang mengandungi lencana,sijil,pen,buku,buton,sticker,dll.

Ketua Kontijen-En Baden Uteh,Ketua PK-En Affendi Hamid,PR-En Mukim Katimum,PM-En Razak Idris.

Dari itu,pemimpin pengakap yang berminat hadir jambori sila daftar segera-plnj