Wednesday, March 10, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD MUAR,JOHOR

Sukacitanya dimaklumkan iaitu PLD Muar akan mengakan Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN/BAHAGIAN 1 pada

Tarikh : 9-11 April 2010
Tempat; Kem Pagoh Muar

Boleh hubungi DC Muar En Shes Suhaiba Baba 0196516243 untuk keterangan-plnj

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD Batu Pahat Johor

Sukacitanya dimaklumkan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu PLD Batu Pahat,Johor akan diadakan pada

Tarikh : 16-18 April 2010
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh BPahat
Unit : PKK (Ketua Kursus Pn Rosmah Abdullah)
PM (Ketua Kursus En Razak Hj Idris)
Pemimpin-Pemmpin Sekolah Rendah/Menengah nyang berminat boleh hadir didalam kursus ini,sila berhubung DC B.Pahat En Mohd Asik Saim - 0126577242-plnj

LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA PERINGKAT NEGERI

1.LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP NEGERI

a.Satu badan yang mengelolakan semua bakal Pengakap Raja
b.Badan ini membina satu pendekatan kepada pengajaran/latihan yang dapat membantu dalam persediaan kerja latihan dan tugas pengurusan bagi persediaan menjalankan latihan untuk pentarafan pengakap raja.
c.Mengawasi mutu pencapaian individu bakal pengakap raja dari aspek pencapaian mutu lencana-lencana yang telah diperolehi
d.Melihat secara ringkas cara hidup bakal pengakap raja melalui lencana-lencana yang diperolehinya dan persediaan mereka untuk pentarafan pengakap raja.
e.Perbincangan mengenai tujuan/objektif yang sebenar peranan setiap pengakap raja.

2.TUGAS LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA

a.Bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Negeri dan membantu untuk meningkatkan imej pergerakan pengakap dalam negerinya.
b.Meneliti permohonan setiap calon pengakap raja
c.Menetapkan tarikh dan hari ujian perkhemahan pentarafan pengakap raja
d.Melantik penguji/penilai yang bertanggungjawab untuk meneliti lencana yang diperolehi oleh setiap calon pengakap raja.
e.Mengkaji semula 3 tahun sekali skim latihan pengakap remaja/penganugerah pengakap raja
f.Menyimpan rekod keahlian pengakap raja
g.Mengadakan ceramah kepada pemimpin-pemimpin pengakap remaja.

3.KEAHLIAN LEMBAGA

a.Mengandungi 3-10 orang terdiri dari Jurulatih PLN.Mereka yang telah menghadiri kursus Pentaraf Pengakap Raja ditauliahkan oleh Ibupejabat PPM
b.Ahli-Ahli yang dilantik oleh Pesuruhjaya Negeri bagi menguruskan tugas kerja pentarafan

STRUKTUR JAWATANKUASA LEMBAGA

a.Pesuruhjaya negeri sebagai Ahli Kehormat
b.Pesuruhjaya Latihan(Ketua Pentaraf)
c.Pesuruhjaya Program
d.Setiausaha (Setiausaha PLN)
e.Ahli-Ahli yang telah ditauliahkan oleh Ibupejabat PPM
f.Penyelia Kem
g.Pengerusi Persaudaraan Pengakap Raja(jikada).

PANDUAN PENTARAF PENGAKAP RAJA

TUJUAN MENGADAKAN UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA
----------------------------------------------------------------------
1.Apakah tujuan mengadakan Ujian Pentarafan Pengakap Raja?
a.Menyelaras ujian yang diberikan didaerah mahupun negeri dan negara dapat diselaraskan dengan lebihbaik dan berkesan,setiap calon yang mengambil ujian ini mendapat pelajaran dan pengalaman yang sama dan tidak ada percancanggahan diantara satu sama lain.

b.Lulus dengan cara adil,saksama dan sesuai mengikut peringkat pekembangan calon.

c.Semua ujian dijalankan tidak berlaku diskriminasi.

2.Mengetahui darjah yang ditetapkan.

a.Sesuaikan ujian bagi peringkat umur,kebolehan dan keupayaan.
b.Perkara ini perlu dibuat kerana melibatkan dua keadaan iaitu yang biasa dan cacat anggota.

3.Meneliti Sukatan Pelajaran(Pentarafan)

a.Tiap-tiap Pentaraf mestilah mahir tentang sukatan pelajaran pengakap.
b.Pentaraf dapat meneliti bahawa calon mengambil ujian mengikut sukatan pelajaran
c.Sebarang kemusykilan pentaraf dapat mengatasinya dalam jangka singkat.

4.Mengkaji dengan teliti.
a.Kajian dibuat untuk memastikan benar-benar calon layak menerima anugerah Pengakap Raja dengan mutu yang tinggi.
b.Dengan ini calon menjadi seorang yang kreatif.

5.Perkhidmatan untuk DIRI,MASYARAKAT dan NEARA

a.Calon mesti ada sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara.

6.Mengkaji latarbelakang calon

a.Calon dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

7.Keistimewaan
a.Calon adalah serba boleh walau apa jua perkara yan g dihadapi

TUGAS PENTARAF PENGAKAP RAJA

a.Hendaklah memberi taklimat dan menyelia bahawa semua pemimpin dan pemeriksa lencana mengetahui darjah yang dikehendaki bagi 5 lencana tertinggi serta anugerah pengakap raja.
b.Hendaklah menghalusi semua permohonan bagi mendapatkan sijil pengakap raja.
c.Hendaklah menghalusi bahawa segala peraturan bersabit sijil/lencana dipatuhi.
d.Hendaklah mengamati dan sedar bahawa calon bersedia dengan sukarela menyumbang perkhidmatan kepada orangramai,sentiasa berpeluang untuk melakukannya.
e.Calon itu di kaji latarbelakang ia benar-benar patuh rukunegara,persetiaan dan undang-undang pengakap.

PENGAKAP RAJA KITA ITU IALAH PENGAKAP RAJA YANG TERNILAI,PADAN DENGAN NAMANYA.


Tuesday, March 9, 2010

UJIAN PERKHEMAHAN PENTARAF PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR

Dengan sukacitanya dimaklumkan iaitu PLNJ-AJK Pentaraf N.Johor akan menganjurkan ujian perkhemahan pentaraf pengakap raja negeri johor pada

Tarikh : 14-18 Mac 2010
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor
Bayaran :RM 60.00

Diharap calon-calon pengakap remaja seramai 154 orang akan melaporkan diri pada pagi 14mac 2010 untuk persiapan perkhemahan.Ujian akan berjalan 15mac 2010, jam 2ptg.
Semua AJK Pentaraf/JL akan bermesyuarat 10 pg pada 15mac 2010.-Ketua Pentaraf

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD Pontian Johor

Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN & BAHAGIAN 1

Dengan sukanya dimaklumkan iaitu PLD Pontian,Johor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu PKK,PM,PR,PK. Kursus ini akan diadakan pada

Tarikh : 9-11 April 2010 (Semua unit PKK,PM,PR,PK)
Tempat: Pusat Latihan Pengakap,Daerah Pontian Johor.

Ketua Kursus : PKK-En Razak Hj Idris/PM-Pn Rosmah Abdullah/PM-En Md Affandi Abd Hamid/PK-En Azhar Noor Rahman

Boleh hubungi DC Pontian En Azhar Noor Rahman 0127441552 untuk keterangan lanjut-plnj

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD JB

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN & BAHAGIAN 1.

Dengan sukacitanya dimaklumkan PLD JB akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manik Kayu unit Pkk/PM/PR/PK pada tarikh seperti berikut :

Tarikh : 2-4 April 2010 - Unit Pengakap Kanak-Kanak(Ketua Kursus Pn Rosmah Abdullah) dan P.Kelana(En Md Affandi Abd Hamid)
Tarikh : 23-25 April 2010 - Unit Pengakap Muda (En Razak Hj Idris)dan Pengakap Remaja(Tn Hj Ramli Ibrahim)

Tempat/Bayaran kursus akan diberitahu kemudian.
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan progrem dan sistem latihan kepimpinan kepada ahli pengakap daerah.Dengan ini, dapat merealisasikan objektif latihan.

Peluang ini juga diberi kepada PPM Johor/PLD lain untuk menyertainya.
Boleh berhubung En Afzainizam 019-7902284 untuk keterangan lanjut-plnj

Saturday, March 6, 2010

Kursus Kejurulatihan-Penolong Jurulatih Kebangsaan ke-29

Kursus Kejurulatihan-Penolong Jurulatih Kebangsaan ke-29 yang telah diadakan pada 1-6 Mac 2010 di IYC Cheras K.Lumpur, Kursus tersebut memberi peluang kepada Pemimpin Pengakap untuk menimba pengetahuan baru didalam teknik,kemahiran,persembahan cara baru,bertukar idea antara kumpulan dan berkenalan diantara satu dengan lain.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Y.Bhg Dato Kaharuddin Momin turut serta menyampai sesi dalam Kepengakapan.En Erik Khoo Dari APR Pasifik Region Bersesi WOSM.

Para penguji dalam Praktikum dijemput khas daripada En Arif Harman,En Radhi Abdullah,Hj Akasah Ahmad,En Khoo (Selangor) dan Hj Ibrahim Abdullah(Johor).Mereka telah diberi tugas untuk menilai kelayakan pemimpin agar dapat kelayakan memakai 3 beads(PJL)

Para Jurulatih yang memberi ceramah Tuan Hj Rahmat Jaafar,Hj Shukor Mohsin,En Amir Hamzah,En Nor Hashim,Cpt Rosila Haraman dan En Emirrizal sebagai Pengarah Kursus PJL.
Para Pembimbing terdiri En Mohd Khir Muda(Johor)Tn Syed Othman Syed Said(Terengganu),Hjh Rosimila Hamzah(Selangor)En Helmi Ahma(Kelantan).En Radin(Pahang)
Apabila balik,pemimpin ini dapat menyampaikan ilmu kepengakapan cara baru kepada negeri masing-masing.

Tahniah dan syabas kepada PPM yang berjaya menganjurkan kursus tersebut dan memberi peluang kepada Pemimpin Pengakap yang datang seluruh Malaysia agar pergerakan pengakap di Malaysia bergerak aktif dan bertambah maju secara 1 Malaysia/salam pengakap-plnj

Kursus Kepimpinan MK-Pengenalan-Pengakap Kelana

Seramai 5 orang Pemimpin/Penolong Pemimpin Pengakap Kelana Kumpulan C,Batu Pahat Johor,telah menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu-PENGENALAN, di Rimba Templer,Rawang,Selangor.Kursus telah diadakan pada Sabtu 6.3.2010 ( 1 hari sahaja) Mereka terdiri daripada :

1.Hanafi Omar
2.Nor Faizi Sulaiman
3. Muhamad Farid Shahdan
4.Muhd Lukmannul Hakim Che Ramli
5.Noor Azlynna bt Jomaat.

Terima kasih kepada Tuan Pesuruhjaya Negeri Johor/Selangor/Pengerusi PLN Selangor yang meluluskan/ menerima mereka untuk hadir dalam kursus tersebut.-plnj

Friday, March 5, 2010

Pakaian seragam Wanita/Perempuan-TUDUNG

Untuk makluman pakaian seragam Pemimpin/Pengakap Wanita-perempuan "TUDUNG."
Warna tudung adalah KELABU bukan hitam atau biru tua.
Diharap semua DC/ADC/Pemimpin dapat menyampaikan maklumat ini kepada Kumpulan masing-masing.

Makluman Semua Pentaraf/Penolong Pentaraf/Urusetia dan Calon Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja N.Johor

Semasa Ujian Perkhemahan Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor beberapa Pemimpin Ibupejabat PPM akan datang ke Kem jubli Tg Laboh,Batu Pahat. mereka terdiri daripada :

1.Tuan Hj Rahmat Jaafar - SetiaUsaha Latihan Negara
2.En Sharil Kuru- Penolong S/Usaha Latihan Negara
3.En Razak Shahidan - Ibupejabat PPM
4.En Ariff Harman - Pentaraf Pengakap Raja N.Selangor
5.Captain Rosila Haramon - Pegawai Teknikal PPM

Diharap semua Pengakap Remaja yang layak untuk ujian tersebut,dapat bersedia dari sekarang-Ketua Pentaraf N.Johor

Monday, March 1, 2010

Mesyuarat Pemimpin PPM Pontian/Muar

1. Mesyuarat Majlis Pemimpin anjuran Pesuruhjaya Daerah Pontian akan diadakan pada

Tarikh : 03.03.2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pejabat PPD Pontian

2. Mesyuarat Majlis Pemimpin anjuran Pesuruhjaya Daerah Muar akan diadakan pada

Tarikh : 06.03.2010 (Sabtu)DITANGGUHKAN
Masa : 0830 pagi
Tempat: Pejabat PPD Muar

Tuan Pesuruhjaya Negeri akan hadir mesyuarat tersebut.Diharap semua pemimpin dapat hadir di daerah berkenaan-plnj

Saturday, February 27, 2010

Bacaan PERSETIAAN PENGAKAP

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya....... Saya berjanji dan bersetia......Yang saya.....Dengan seberapa daya upaya saya ......Akan ......Taat kepada Tuhan,raja dan negara.Menolong orang pada setiap masa.Menurut undang-undang pengakap.

Banyak kesilapan terdapat apabila membaca Persetiaan Pengakap.....berhenti seperti tanda....
Harap semua DC/ADC/Pemimpin kumpulan membetulkan.-plnj

Seminar On Innovation Organisation-JBscouts

Congratulation, JBscouts have done an effetive and innovation seminar on

Date - 27th Feb 2010
Place -ozzdong JB
Time - 9am-3pm

well done,thank you to our instructure Prof Dr Ahmad Zaki b.Abu Bakar from UTM-Faculty Science Information System.

The programe are:

-mind mapping
-how to think creatively
-important innovation
-to develop growth in organisation
-effective management.

Hope all ADC/Rovers JBscouts have good knowledge about innovation organisation.
Thanks to all,have nice programme today-plnj

MEMOHON KEBENARAN MENYERTAI KURSUS MK KE NEGERI LAIN(PENGANJUR KURSUS MK)

Semasa mesyuarat semua pengerusi pasukan latihan negeri, pada 23/2/2010 keputusan telah diambil iaitu mana-mana pemimpin pengakap yang hendak menghadiri kursus kepimpinan manikayu di negeri lain, hendaklah mendapat kebenaran dahulu dari Tuan Pesuruhjaya negerinya dan Tuan Pesuruhjaya Negeri yang mengadakan kursus tersebut melalui surat.

Untuk makluman semua Tuan Pesuruhjaya Daerah/Pengerusi Latihan Daerah PPM Johor/ADC unit PKK/PM/PR/PK.

Friday, February 26, 2010

Up Coming Events-APR 2010

see the exciting events in APR

**4th Advance Management Course,3-9 March India
**Roundtable on WOSM Federation,7-8March Hungary
**Growth promoter meeting,8-12 March Geneva
**Committee NSO visit,11-13 March Korea
**World scouts committee meeting,12-19 March Geneva

For your information about APR programme.Thank you

KPM beri kelepasan ke JAMBORI BUDAYA 2010


Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kelepasan pelajar dan bertugas yang akan menyertai JAMBORI BUDAYA SERUMPUN 2010,Tanah Datar, Sumatera Barat INDONESIA pada 8-12 JUN 2010.

Rujuk PPM-2(o64)2010 btarikh.19 Februari.

PERLANTIKAN SEBAGAI AJK KONTIJEN PPM JOHOR KE JAMBORI 1 MALAYSIA-1BELIA


Sukacitanya dimaklumkan Tuan Pesuruhjaya Negeri Johor telah melantik beberapa orang pemimpin untuk menjadi AJK Kontinjen ke Jambori 1 belia 1 Malaysia

Mereka akan menguruskan kontinjen ppm Johor.

1. En Bardin Uteh KETUA KONTINJEN
2. En Mukim Katimum - Penyelaras Pengakap Remaja
3. En Razak Hj Idris - Penyelaras Pengakap Muda
4. En Ishak Kodri - Penyelaras Pengakap Kanak-Kanak
5. en Afendi A Hamid - Penyelaras Pengakap Kelana.

Thursday, February 25, 2010

Sijil Manikayu-Kursus Kepimpinan MK semua unit

PERINGATAN.

Sijil kelulusan Kursus Kepimpinan Manikayu ppm,(Cara lama,Cara Modular) untuk semua unit akan tamat tempoh DEC 2010

1.Pemimpin yang ada sijil mk cara lama,tak buat kajian/tesis-boleh hadir kursus terbaru ke bahagian 3.1&3.2 ikut unit yang sama.

2.Pemimpin yang hadir kursus secara MODULAR, tak habis hanya modul A/B- boleh hadir kursus terbaru Bahagian 2,3.1&3.2 ikut unit yang sama.

3.Ibupejabat ppm K.Lumpur akan keluar sijil MK yang terbaru mulai Januari 2011.Sijil kursus mk lama/modular TAK SAH.

Diharap semua pemimpin pengakap di Johor dapat menyempurnakan kursus sebelum tamat tempoh.Berhubung dengan Pengerusi Pasukan Latihan Daerah anda untuk menyempurnaakan kelayakan untuk dikalong MK-plnj

CALON KURSUS PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN (CALT) PPM JOHOR

Sukacitanya dimaklumkan,Ibupejabat PPM telah memilih 4 pemimpin dari Johor yang layak untuk menghadiri Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan yang bermula 1-7Mac 2010 di IYC K.Lumpur.

1. En Afendi Ab Hamid - Penolong Pesuruhjaya Negeri(P.Kelana)
2.Pn Rosmah Abdullah - Penolong Pesuruhjaya Negeri (ICT)
3.En Razak Hj Idris - Penolong Pesuruhjaya Negeri (PM)
4.Pn Tan Khor Yang - Penolong Pesuruhjaya Daerah Muar(tarik diri kerana masalah tugasnya disekolah)

Tahniah-harap dapat memberi khidmat terbaik untuk ppm johor/daerah-Pengerusi PLNJ.
Surat kelepasan telah diedarkan kepada Pengarah Pelajaran Johor untuk tuan/puan-KPM

Ucapan Salam Maulidur Rasul saw

Sempena Maulidur Rasul saw pada 26 Febuari 2010/12 Rabiulawal 1431 PPM Johor mengucapkan
salam
MAULIDUR RASUL SAW
SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

Monday, February 22, 2010

Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Pengakap Kelana Se Malaysia

Merujuk surat PPM-6(012)2010 btarikh 18.2.2010 ada berkaitan dengan Satu mesyuarat pemimpin-pemimpin P.Kelana se Malaysia akan diadakan pada

Tarikh : 19-21 mac 2010
Tempat: Kem Pengakap Melaka,Pkln Badak Bkt Katil Melaka

Sila berhubung dengan Penolong pesuruhjaya negeri P.Kelana Johor En Afendi Hamid untuk keterangan lanjut. 0166636629

Sunday, February 21, 2010

Tarikh Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja Johor 2010


Sila ambil perhatian, semua calon ujian perkhemahan pentaraf pengakap raja negeri johor


Tarikh 14-18 Mac 2010
1.Hari AHAD 14.3.10 - Semua calon pentarafan pengakap raja,menyediakan kawasan perkhemahan
2.Hari ISNIN hingga KHAMIS 15-18.3.10 - Pendaftaran Pentaraf dan pendaftaran calon pentarafan yang layak berdasarkan 50% persediaan kawasan perkhemahan
Ujian dimulakan mengikut jadual

Tempat :Kem Pengakap Jubli Intan Tg Laboh,Senggarang Bt Pahat Johor

PENCALONAN UJIAN PERKHEMAHAN PENTARAF PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR

Pencalonan untuk ujian perkhemahan pentaraf pengakap raja negeri johor adalah

1.Daerah JB/Daerah Kulaijaya 84 orang
2.Daerah BP 56 orang
3.Daerah Kluang 7 orang
4.Daerah Segamat 3 orang
5.Daerah Muar 2 orang
6.Daerah Pontian 1 orang
7.Daerah Mersing 1 orang

Jumlah calon pentarafan pengakap raja seramai 154 orang.
Selamat berjuang/LULUS UJIAN INI untuk menjadi seorang ahli PENGAKAP RAJA

KAD KEAHLIAN BARU PPM JOHOR SAHAJA

Berkuatkuasa 1 Mac 2010 PPM Johor akan mengeluarkan KAD KEAHLIAN PENGAKAP JOHOR yang baru.Dengan bayaran rm3 bagi Ahli Pengakap,PKK/PM/PR anda akan menerima kad keahlian dan sijil dari PPM Johor,manakala PK/Pemimpin/DC/ADC/ASC/SC membayar rm5 anda juga akan menerima kad keahlian baru serta sijil keahlian - dari Tuan Pesuruhjaya Neger Johor.

Terima kasih, tahniah tuan SC Johor, kerana dapat mengeluarkan kad keahlian kepada PPM Johor.Diharap tahun 2010 PPM Johor dapat bergerak lebih maju dan aktif didaerah-daerah dan kumpulan.

Kad Keahlian YANG BARU diusahakan oleh PPM JBscout.Terima kasih Pesuruhjaya Daerah JB-plnj

HARI PENGASAS BP


Selamat Hari pengasas pengakap BP - 22 Feb 2010 dari PPM Johor,Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor'Bagi memelihara keamanan dunia buat selamanya,manusia mesti mengubah perasaan masing-masing,mereka mesti lebih akrab lagi,hapuskan perasaan hasad dengki dan mesti saling menyanyangi,bersefahaman dan bertimbangrasa antara sesama insan'-amanat akhir BP....

Wednesday, February 17, 2010

UJIAN PRA PENGAKAP RAJA 2010-JOHOR

Atas permintaan ramai Pemimpin/Pengakap Remaja, SC JOHOR telah membenarkan satu Ujian Pra Pengakap Raja yang dianjurkan oleh PPM JB,oleh itu daerah-daerah yang ada calon untuk ujian tersebut boleh hadir pada

Tarikh : 19-21 Feb 2010
Tempat : Taman Pertanian Kong Kong,Pasir Gudang JB
Bayaran: RM25.00

Sila hantar nama /nama sekolah calon kepada En Zahrul 0137991525 untuk keterangan lanjut.
Pengakap Remaja yang lain boleh siap sedia untuk Perkhemahan Pentaraf Pengakap Raja sebulan dari sekarang.

SENARAI NAMA PENGERUSI PASUKAN LATIHAN DAERAH-PPM JOHOR 2010-2011

SENARAI NAMA PENGERUSI PASUKAN LATIHAN DAERAH (PPM JOHOR) 2010-2011

Pengerusi Pasukan Latihan Negeri johor
Hj Ibrahim Abdullah-o137014105/077767084 ibrahim.jurulatih.blogspot.com
Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Batu Pahat/SetiaUsaha PLNJ
Raja Iskandar Raja Ali - 0137240751
Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Johor Bahru
Afzainizam Ahmad - 0197902284 zai@zeiyn@scoutsjb
Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Kota Tinggi
Hanafi Samudi - 0127802316
Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Kluang
Ali Abd Rahman - 0197218355
Pengerusi Pasukan Latihan Kulai Jaya
Mohd Zakiyamani Clivon -0197443902
Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Mersing
Hasbullah Jelani - 0197573090
Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Muar
Shes Suhaiba Baba - 0196516243
Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Pontian
Azhar Nor Rahman - 0127441552
Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Segamat
Hj Maharun Ahmad - 0197471826

Thursday, February 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Funscrape.Com

Semua warga PPM Johor, mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA, kepada semua PPNJ, pemimpin dan ahli Pengakap berketurunan CINA 'GONG XI FA CHAI' - Semoga Tahun Harimau membawa kejayaan serta kebahagiaan untuk anda yang merayakannya.

Majlis Mesyuarat Pemimpin PPM JB 2010

Majlis Mesyuarat Pemimpin PPM JB 2010 telah diadakan pada

Tarikh : 10.2.2010 (Rabu)
Tempat : SMK Tmn Bukit Indah,JB
Masa : 3 ptg

Pengakap PPM JB mempunyai visinya iaitu pergerakan pengakap yang inovatif dan bertaraf dunia pada 2010.
Misinya pula adalah untuk mewujudkan pergerakan pengakap bertaraf dunia yang membudayakan inovasi sebagai sumbangan terhadap dunia yang lebih baik.

Tahniah ! PPM JB dapat menghasilkan buletin sulung "MINDS".Anda kreatif....

Perlantikan Penolong-Penolong Pesuruhjaya PPM JB iaitu terdiri daripada :-

Pesuruhjaya Daerah - En Mohd Khairi Jailani
Penolong-Penolong Pesuruhjaya:

PPD Latihan - En Afzainizam Ahmad
PPD Program - En Mohd Hafiz Ariffin
PPD Pengurusan _ En Jayanathan a/l Latchmanan
PPD Sumber Dewasa - En Zalini Johari
PPD Profail Kepengakapan - En Tajularif Ibrahim
PPD Pertumbuhan Keahlian - En Ng Cheng Tong
PPD Zon JB - En Mohd Sani Md Hassan
PPD Zon PG - En Azmi Yusof

Tahniah,PPM JB yang dapat memilih pemimpin sebagai contoh kepada daerah-daerah lain.Diharap tuan-tuan memberi semangat agar pengakap JB mencapai VISI/MISI..dan peta strategik anda Insyallah.

Terima kasih diatas kehadiran Tuan Pesuruhjaya Negeri dimajlis ini dan menutupnya memberi sokongan/perangsang untuk Pemimpin dan ADC baru/lamayang telah dilantik semula.

Aktiviti PPM JB 2010 seperti di buletin MINDS :

19-21 Feb 2010 - Scout JB ADVANCE
21-23 Mei 2010 - JB Extreme Scouting Challenge 2010
26-28 Mac 2010 - Kursus Kepimpinan MK - PKK/PK
23-25 Apr 2010 - Kursus Kepimpinan MK - PM/PR
20-23 Mei 2010 - 1st APR Membership Growth Workshop
27 Feb 2010 - Seminar on Innovation Culture by Prof Dr Ahmad Zaki Abu Bakar
28 Feb 2010 - Seminar on Bio Technology - Dato Abd Karim A Hassan
14-17 Mac 2010 Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor.

PENDAFTARAN KEAHLIAN PPM JB dengan AMBANK cawangan Taman Bukit INDAH JB sahaja.Boleh datang ke AMBANK pada 27.3.2010 antara jam 0900-1230tgh.
Pakej RM 1/Pakej RM 2/Pakej RM 25.oo untuk unit PKK/PM/PR sahaja.

Keterangan lanjut sila ke laman scoutsjb.net.