Saturday, November 7, 2009

Persidangan Pengakap Wilayah Asia Pasifik Kali ke 23

Pada 27 Oktober hingga 1 November pula saya mewakili Negeri Johor ke Persidangan Pengakap Wilayah Asia Pasifik kali ke 23 yang dirasmikan oleh YB. Dato 'Sabri bin Ahmad yang mewakili Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Razak.

Sebanyak 482 orang peserta delegasi dan Pemerhati dari 58 negara dalam kawasan Asia Pasific Regional Scout. Turut hadir juga dari delegasi dari kawasan Arab, Inter-Amerika, Eropah dan Eurasia. PPM Negeri Johor diwakili oleh saya, En. Asik bin Saim.DC Batu Pahat dan En. Sheh Sueba DC Muar.

Para Peserta Delegasi dan Pemerhati APR Confrence

Antara para delegasi dan pemerhati dari Pengakap Malaysia

Borang Penilaian MK

Sila hantar borang penilaian mk bagi pemimpin yg telah menghadiri kursus mk 2009.

Harap ambil perhatian/semak, menghantar borang penilaian 2 salinan(2keping gambar beruniform),fotostat sijil Pengenalan,Bahagian 1,Borang bhg 2(anda&pembimbing),sijil bhg 3.2,salinan k.pengenalan dan disahkan betul.Wang pos rm20.00 atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia.Tarikh tutup penerimaan borang 30.11.09. Harap maklum-Pengerusi plnj.

Friday, November 6, 2009

APR Course for Leader Trainers ( CLT )

Pada 19 hingga 25 Oktober 2009, saya terlibat sebagai fasilitator di Kursus Jurulatih Kebangsaan (4 Bead CLT) peringkat Asia Pasific Regional yang dirasmikan oleh Tuan Hj. Abdul Shukor bin Hj Mohsin, Pengerusi Latihan Negara di International Youth Centre, kuala Lumpur.

Turut hadir dalam perasmian ini ialah Miss Reiko Suzuki APR Adult Resources Sub-Committee Chairman, Pengarah International Youth Centre Dato Raja Ruslan Samah, Ketua Setiausaha Eksekutif PPM En. Zaki Nurud-din, dan Pesuruhjaya Pengakap Antarabangsa Dr Mukhyuddin bin Sarwani.

seramai 40 peserta dari 12 negara Persekutuan Pengakap yang mengambil bahagian dalam kursus antaranya dari Australia, Jepun, England, Kanada, Malaysia dan APR sendiri. Kursus pengarah bagi kursus ini ialah En. Rahmat bin Haji Jafaar daripada PPM serta dibantu oleh empat fasilitator daripada Malaysia.

PPM Negeri Johor telah menghantar seramai 2 orang pemimpinya iaitu En. Mohd Khir bin Muda ASC Johor dan En. Azhar Noor Rahman DC Pontian.

Para peserta dan pegawai kursus