Tuesday, October 13, 2009

Jasa Allahyarham Tun Sardon Kepada Pergerakan Pengakap Akan Dikenang


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Jasa Allahyarham Tun Sardon Jubir kepada Pergerakan Pengakap dalam negara ini akan dikenang apabila Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ke-23 dari 27 Okt hingga 1 Nov depan, kata seorang pegawai Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sardon, yang merupakan Ketua Pengakap Negara dari tahun 1963 hingga 1973, telah banyak memberi sumbangan kepada Pergerakan Pengakap tempatan, terutamanya dalam mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968), kata Sahrizal Sunari, Setiausaha Unit Persaudaraan B-P & Veteran, persekutuan tersebut.....
( Berita Selanjutnya )

Wednesday, October 7, 2009

Perancangan Aktiviti PPM Johor 2010

Januari.
- Pendaftaran ahli.
- Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya
- Mesyuarat PLNJ
- Mesyuarat JK Program Negeri

Februari.
- Pra Pentarafan Pengakap Raja
- Kursus MK
- Kursus Kemahiran PKK

Mac
- Pentarafan Pengakap Raja
- Bersama Nyai dan Datuk
- Homestay Kg Orang Asli

April
- Kursus MK
- Kursus Asas Pengakap Laut

Mei
- Kursus Kemahiran PM
- Program Alam Sekitar

Jun
- Perkhemahan& Perlantikan Kelana Johor
- Kursus MK Bhg 3.1
- Kursus Asas Pengakap Udara
- Kursus Ulangkaji Jurulatih/Pentaraf

Julai
- Seminar Pengakap Wanita
- Kursus Asas Pioneering
- Kursus MK Bhg 3.2

Ogos
- Sambutan Hari Pengakap
- Tadarus Al Quran&Majlis Berbuka Puasa

September
- Sambutan Hari Raya

Oktober
- Perkhemahan PKK

November
- Scouts Xtreme Challenge

Disember
- Istiadat Pengurniaan Sijil P.Raja
- Majlis Pengurniaan Pingat & Hadiah Kecemerlangan

Doa/Selamat menduduki peperiksaan PMR 2009

Semua warga PPM Johor berdoa serta mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR (Pengakap Muda Malaysia) hari ini, juga kepada pemimpin pengakap yg bertugas-selamat bertugas. Buat terbaik untuk kejayaan, harapan ibubapa, keluarga, sekolah dan PPM Johor serta PLNJ.