Monday, August 16, 2010

Majlis Tilawah Dan Tadarus Al Quran/Berbuka Puasa PPM Johor 2010

Photobucket

Majlis Tilawah Dan Tadarus Al Quran
Berbuka Puasa PPM Johor 2010
---------------------------------------
Tarikh: 21.8.2010 Sabtu
Masa: 1100pagi hingga 9.45malam
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor
Penyertaan: Setiap daerah dikehendaki menghantar 10 orang Pengakap/Pemimpin Pengakap.
Majlis bermula jam 6.45 petang

Sunday, August 15, 2010

MENULIS BUKU LOG PENGAKAP PPM JOHOR

Menulis Buku Log bagi Ahli Pengakap adalah sesuatu yang amat digemari kerana selepas diperiksa oleh Pemimpinnya, beliau akan diberi Sijil dan memakai Lencana Pengakap.

Buku Log amat penting kerana apa jua ilmu kepengakapan yang diperolehi akan dicatit iaitu dari unit Pengakap Kanak-Kanak hingga Pengakap Remaja.(Catitan ditulis dari Lencana Keahlian hingga 5 Lencana Tertinggi).

Untuk makluman/tindakan semua Pemimpin PPM Johor-Pasukan Latihan N.Johor mengsyurkan iaitu Pengakap Remaja yang hendak menghadiri Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2011 mesti memenuhi syarat-syarat yang wajib supaya layak hadir ujian tersebut.

1.Mesti hadir UJIAN SIKAP pada satu tarikh yang akan ditetapkan Disember.Ujian ini akan dikelolakan oleh AJK Pentaraf sahaja dan mesti dibuat di Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor.

2.Sebelum datang ke UJIAN SIKAP,P.Remaja hendaklah lulus kesemua ujian 5 lencana Tertinggi.

3.Buku Log hendaklah diperiksa oleh Pemimpin kumpulan anda dan ditandatangani iaitu dari Lencana Keahlian hingga lencana 5 Tertinggi dengan puashati pemimpin itu.

4.Pemimpin itu akan menyerahkan Buku Log kepada Pesuruhjaya Daerah (DC)anda untuk meneliti/menyemak/periksa semula Buku Log,jika berpuashati,DC akan tandatangani dan menyerah balik kepada kumpulan berkenaan.

5.Buku Log akan dibawa semasa UJIAN SIKAP.AJK Pentaraf akan memeriksa sekali lagi untuk mempastikan Pengakap Remaja ini layak untuk dipanggil Ujian sebenar Ujian Pentaraf Pengakap Raja pada Mac.

Tidak ada lagi kertas FOTOSTAT ditampalkan dalam Buku Log anda.Kalau boleh mesti tulisan anda sendiri.

6.Buku Log hendaklah bersambung dari Lencana Keahlian/Usaha/Maju/Jaya/Rambu PM(Lencana Kepandaian)-Lencana 5 Tertinggi/Rambu PR dan Ujian Sikap.BUKAN lagi 1 lencana 1 Buku Log.

Diharap semua DC/PLD/Pemimpin PR/PM menyampaikan maklumat ini
Jikada masalah atau cadangan lain boleh berhubung dengan plnj,terima kasih.

\


Friday, August 13, 2010

ANUGERAH MANIKAYU PKK-PPM JOHOR

IBUPEJABAT PPM telah meluluskan Anugerah Manikayu Pengakap Kanak-Kanak(2 beads) kepada Pemimpin PPM Johor.

TAHNIAH kepada Pemimpin PKK yang berjaya dianugerahan Manikayu iaitu

1.En Azlan b Paiman
SK Seri Sampurna.Rengit Bt Pahat Johor
Tarikh:8/7/2010 Pendaftaran No:M7253

2.En Mohd Yazid b Ismail
SMKT Bt Pahat Johor
Tarikh:8/7/2010 Pendaftaran No.M7254

3.Pn Nur Suria bt Mohd Sidek
SMKT Bt Pahat Johor
Tarikh:8/7/2010 Pendaftaran No.M7252

4.En Mohd Ranunah b Omar
SK Seri Belahan,Rengit Bt Pahat Johor
Tarikh:8/7/2010 Pendaftaran No.M7258

Untuk makluman semua Pemimpin yang belum menghabiskan tugasannya atau ada masalah dengan perkara Manikayu,sila berhubung denganTuan Pesuruhjaya Daerah anda,Saya telah memberi Borang Penilaian untuk membantu anda agar dikembalikan kepada saya sebelum30 Nobember 2010 Kerana selepas 31 Disember 2010 SEMUA SIJIL MANIKAYU CARA LAMA/MODUL TIDAK PAKAI LAGI.Ibupejabat PPM mengeluarkan sijil MK baru.Harap maklum dan ambil tindakan segera.Terima kasih

ANUGERAH MANIKAYU JURULATIH ANTARABANGSA -4BEADS

IBUPEJABAT PPM telah meluluskan 4 beads Manikayu sebagai JURULATIH Antarabangsa kepada

Encik Mohd Khir b Muda
Penolong Pesuruhjaya Negeri Johor
(Kem Jubli Intan,Tg Laboh,Bt Pahat,Johor)
Tarikh: 21.6.2010 No Pendaftaran:PPM/2010-90.

Tahniah En Khir Muda-plnj

Thursday, August 12, 2010

Jambori Malaysia ke-12 TERENGGANU 2011

Mesyuarat Pasukan Latihan Negera 2/2010 di IYC Cheras,K.Lumpur-Pengerusi Pasukan Latihan Terengganu memberitahu iaitu Jambori Malaysia ke-12 di Terengganu akan diadakan pada

Tarikh: 11-16 JUN 2011
Tempat: Kem Pengakap Telaga Batin,Seberang Takir,KT Terangganu
Bayaran:RM80.00
Peserta:PPM Johor hanya memilih 35 orang PM/PR/PK
Ketua Kontinjen:Hj Ramli Ibrahim (ASC Pentadbiran)

Untuk makluman-plnj

KURSUS ULANGKAJI LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA 2010

Mesyuarat Pasukan Latihan Negara 9.8.2010 telah bersetuju untuk mengadakan Kursus Ulangkaji Lembaga Pentaraf Pengakap Raja dengan modul terkini.PPM P.Pinang telah bersetuju menjadi tuan rumah kursus tersebut,walaubagaimanapun, kursus itu dicadangkan diadakan di:

Tempat: IYC Cheras,KualaLumpur
Tarikh: December 2010
Peserta: Hanya Lembaga Pentaraf Pengakap Raja.

Untuk makluman,terima kasih-plnj

Wednesday, August 11, 2010

KEPUTUSAN RASMI UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2010 PPM JOHOR

Keputusan rasmi Ujian Pentaraf Pengakap Raja PPM Johor 2010
-----------------------------------------------------------------

Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor mengucapkan Tahniah kepada semua calon Pengakap Remaja yang lulus Ujian Pentarafan Pengakap Raja N.Johor yang diadakan pada Mac 2010.Syabas.

RAE-Ujian Lesen Radio Amatur

MCMC telah memaklumkan iaitu RAE(Radio Amatur Examination) ke-2/2010 akan diadakan pada

RAE 2010-06 Oktober 2010jam 2petang
------------------------------------------

Tarikh tutup permohonan ialah: 13 Ogos 2010

Semua peminat radio amatur boleh memohon borang RAE ke MCMC-plnj

KURSUS KEPIMPINAN JURULATIH ANTARABANGSA 2010

Ibupejabat PPM-Mesyuarat Pasukan Latihan Negara siri 2/2010 pada 9.8.2010,mengumumkan iaitu Kursus Kepimpinan JURULATIH (CLT) akan diadakan pada

Tarikh: 23-29 Oktober 2010
Tempat: International Youth Centre (IYC) Cheras,Kuala Lumpur
Bayaran:RM500.00
Syarat:Pemimpin Pengakap yang telah lulus Penolong Jurulatih(CALT)

PPM Johor-Pemimpin berminat boleh memohon kepada PLNJ/Ketua Pesuruhjaya Negeri untuk sokongan dan dimajukan ke Ibupejabat.Borang permohonan diuruskan oleh HQ KL.


Saturday, August 7, 2010

MESYUARAT JAMBORI 2010 -ONE LAND SCOUTS JAMBOREE KELANTAN

Satu Mesyuarat Penyelarasan JK Jambori ONE LAND SCOUTS JAMBORI di Kelantan akan diadakan pada

Tarikh: 14 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat: SMK Paduka Tuan,Jln Genuang Segamat
Pakaian: Uniform Pengakap
Masa: 9.00 pagi
Kehadiran:Semua DC atau wakilkan.

DC Segamat En Ismail Hj Buang telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen JOHOR..TAHNIAH.

Butiran lanjut berkenaan Jambori adalah seperti:

Tarikh: 10-15 Oktober 2010
Tempat: Kem Kijang Kota Bahru Kelantan
Tema : ONE LAND ONE SCOUT CULTURE
Yuran:RM80.00
Aktiviti: Lawatan,halangan,indaba,kebudayaan,xpdc,permainan,radio amatur,dll
Tarikh tutup permohonan:30 Ogos 2010

Borang penyertaan diperolehi dari DC anda.Permohonan pelepasan cuti dalam proses-plnj

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN/PERINGKAT 1 PKK PPM KULAIJAYA JOHOR

PPM Kulai Jaya Johor akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN & PERINGKAT 1 Pengakap Kanak-Kanak sahaja pada

Tarikh: 12-14 Nobember-2010
Tempat: Dewan Auditorium Sekolah Tinggi Foong Yew Kulai
BayaranRM60.0o
Sila bawa khemah,alat persendirian/peribadi
Pihak penganjur akan menyediakan alatulis,buku log,sijil kursus.

Dijemput pemimpin pengakap di daerah lain yang berminat untuk hadir pada tarikh,tempat yang disebut diatas-plnj

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN MUBARAK

PPM JOHOR mengucapkan SELAMAT BERPUASA RAMADHAN kepada semua Muslimin/Muslimat agar dapat beribadat dengan sepenuh hati,ikhlas dan ceria.Inilah satu-satu bulan(Ramadhan) yang banyak kelebihan daripada bulan-bulan yang lain seperti solat sunat terawih,berdoa,membaca alquran,bersedekah,berbuka puasa,bersahur,morey,bangun malam,cepat berbuka lambat sedikit bersahur.Tunggu malam Lailatukadar!!!

Friday, August 6, 2010

PESERTA KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3(2) PPM JOHOR

Peserta dari PPM Batu Pahat
------------------------------
Peserta yang layak untuk hadir Kursus Kepimpinan Manikayu PKK/PM-Peringkat 3.2 PPM Johor pada:

Tarikh: 22-24 Oktober 2010
Tempat:Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat
Bayaran :RM70.00 PKK/RM80.00 PM
Sila bawa alat persendirian dan alat memasak.Urusetia akan menyediakan menu dan barang-barang dapor untuk memasak.

Unit Pengakap Kanak-Kanak:
------------------------------

1.Kamazrul Zefrin b.Kaulan
2.Mohd Yunus b. Juai
3.Wan Muhamad Izzul b. Wan Azizi
4.Mohd Emirul Asyaraff b.Abd Manb
5.Mohamad Syazereen b Md Radzi
6.Muhamad Hafiz b.Baharuddin
7.Sa'idah bt Taip
8.Muhammad Falihin b Kamari
9.Wan Hassan b.Wan Ahmad
10.Mohd Khairul Azian b Mahbob
11.Norhayati bt Ahmad
12.Mohd Zairokin b Kasron

Unit Pengakap Muda:
----------------------

1.Mohd Asfaizal b Hasran
2.Mohd Jais b Bakar
3.Mohd Afizal b M Yusuf
4.Hasniza bt Mat Zidik
5.Noor Maizatulakmar bt Md Tamrin
6.Norhayati bt Saini
7.Hanafi b Omar
8.Nor Faizzi b Sulaiman
9.Muhammad Akmal b Ismail
10.Amiruddin Khakim b Fanani
11.Samani b Mashudi

PLNJ minta maaf,pemilihan ini berdasar pada borang peserta yang hadir MK3.1 pkk/pm.Peserta yang tidak mengisi borang pendaftaran ditolak.Info

Thursday, August 5, 2010

Pinda Tarikh Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 PKK/PM 2010

PLNJ mohon maaf kerana terpaksa meminda tarikh kursus kepimpinan manikayu peringkat 3.2 dari 15-17hb Okt2010 ke tarikh baru 22-24hb Okt2010.Pada 16 Okt 2010 Guru/Pemimpin Pengakap ada peperiksaan PTK(Penilaian Tahap Kecekapan).Harap maaf dan bersedia untuk tarikh baru,terima kasih

OZ MOOT-18th AUSTRALIA

Khas untuk PPM PENGAKAP KELANA 2011

OZ MOOT ke-18 Australia Rover Moot akan diadakan pada

Tarikh:30Dec hingga 11 January 2011 (13 hari)
Tempat:Adelaide,South Australia at the Woodhouse Scouts Campsite
Kelayakan: Berumur 18-26th sahaja.Umur 26th hanya sebagai STAFF

Wakil Malaysia yang akan hadir Mr Henry Tan dan Mr Hafiz Ariffin.INFO.