Tarikh tutup permohonan pada 13 Ogos 2010.
Wednesday, August 4, 2010
Notis Peperiksaan Radio Amatur&Ujian Morse Kod(CW) siri 3/2010
Notis peperiksaan Radio Amatur siri 3/2010 akan diadakan tidak lama lagi.Oleh yang demikian,MCMC memaklumkan kepada peminat Radio Amatur memohon borang RAE secepat mungkin.
Tuesday, August 3, 2010
6th APR JOTA/JOTI PPM JOHOR 2010
JOSRAC 3 Ogos 2010- Sempena 6th APR JOTA/JOTI PPM Johor akan membuka station perhubungan/internet pada 7 dan 8 Ogos 2010 seperti berikut:-
Daerah Muar - 9m4sju - SMK Sg Abong Muar
Daerah Kulai Jaya -9m4sjj -Padang Awam,sk Sedenak Kulaijaya
Daerah Bt Pahat - 9m4sjf - smk Semerah Bt Pahat
Daerah Segamat-9m4sji-Sekolah Rendah Agama Bersepadu,Segamat
Dijemput semua ahli Pengakap/Pemimpin dan orang awam(IBUBAPA/ SEKELUARGA) ke Jambori JOTA/JOTI, julung-julung kali diadakan di daerah tuan/puan.
Selain itu,dapat mengendali komuniksi diantara rantau Asia Pasifik. Jom datang ke Jambori JOTA/JOTI,terima kasih JOSRAC -plnj
Surat daripada Ibupejabat PPM
Surat daripada PPM berkenaan :
1.Jambori 100tahun Pengakap Singapura/Jamboree ASEAN ke-3
Tarikh:4-9 Disember 2010
Tempat: Saribun,Singapura
Baayaran USD 200 PM/PR-USD150 Pemimpin+ (Yuran Kontijen RM20.00)
Ketua Kontijen: Tuan Hj Yaacob Karim
Tarikh Tutup:30 Oktober 2010
Borang untuk menyertai boleh berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah masing-masing
2.LENCANA KEMAHIRAN PPM
IBUPEJABAT PPM telah meluluskan memakai lencana Edisi Baru untuk PKK,PM,PR,PK.
Sehubungan itu,lencana lama masih boleh digunakan sehingga stok.
Untuk tempahan lencana Edisi Baru berhubung dengan IBUPEJABAT PPM.
3.6th APR Jambori JOTA/JOTI telah mendapat kelepasan guru dan murid bagi menghadiri JOTA/JOTI pada 6-7 Ogos 2010.(Dari Kementerian Pelajaran Malaysia)
4.BULAN KERJA PENGAKAP KELANA 2010
Tamat tarikh minggu kerja pada 31 Ogos 2010.
Monday, August 2, 2010
PENDAFTARAN KEAHLIAN PPM JOHOR 2010
Pendaftaran Keahlian Pengakap PPM Johor 2010,masih terbuka lagi.
Semasa Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya baru-baru ini hanya terdapat segelintir PPM Daerah yang telah mendaftar.Diharap semua Tuan Pesuruhjaya Daerah dapat memberi kerjasama mengatasi Pendaftaran Keahlian PPM Johor 2010.Terima kasih.
Perlantikan Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Yang Baru
Tahniah kepada Pemimpin Pengakap PPM Pontian dan Kluang yang baru dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Latihan Daerah iaitu
PONTIAN - En Zainni b Md Said
KLUANG - En Abdul Shukor b Selamat.
Diharap kedua-dua pemimpin ini,dapat bekerjasama untuk membantu PLNJ menggerakan kepengakapan negeri Johor-plnj
MESYUARAT PASUKAN LATIHAN NEGARA SIRI 2/2010
IBUPEJABAT PPM
Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Latihan Negara siri 2/2010 akan diadakan pada
Tarikh: 09 Ogos 2010 (Isnin)
Tempat: Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras,K.Lumpur
Masa: 10.00 pagi
Diminta kerjasama Semua Tuan Pesuruhjaya Daerah PPM Johor dan Pengerusi Latihan Daerah,sekiranya ada usul-usul yang hendak dibentangkan dalam mesyuarat tersebut diatas.sila kemukakan kepada saya sebelum 08 Ogos 2010,terima kasih.
Sunday, August 1, 2010
Pemberitahu Tamat Tempoh Sijil Manikayu PPM
Salam Pengakap dari Pengerusi Pasukan LatihannNegeri Johor kepada semua Tuan Pesuruhjaya Daerah PPM Johor dan Pengerusi Pasukan Latihan Daerah.
Sijil-Sijil Kursus Kepimpinan Manikayu cara lama Pengenalan-Peringkat 1,Peringkat 111,Peringkat 1v,Peringkat 1v(amali) dan Modula A,B,C,D. akan berakhir DISEMBER 2010.Dari itu, diharap dengan kerjasama tuan dapat memaklumkan kepada Pemimpin yang telah menghadiri kursus MK lama/ABCD, cepat menghantar Borang Penilaian kepada PLNJ sebelum November 2010.
Mulai Januari 2011, IBUPEJABAT PPM akan mengeluarkan sijil baru (Kursus MK yang berjalan sekarang) dan sijil lama tak sah.Pemimpin Pengakap tersebut akan mengikuti kursus MK yang baru ini.Harap hebahkan perkara ini,terima kasih-plnj
Saturday, July 31, 2010
SELAMAT HARI PENGASAS BP
PPM Johor dengan sukacitanya mengucapkan SELAMAT HARI PENGASAS "BADEN POWELL" yang disambut setiap 1 Ogos.
kepada Ketua Pengakap Negara,Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara,Semua Ketua Pesuruhjaya Negeri,Semua Penolong Pesuruhjaya Negeri,Semua Pesuruhjaya Daerah,Semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap dan Ahli PPM khasnya.
Friday, July 30, 2010
LENCANA KEMAHIRAN PPM DILULUSKAN
IBUPEJABAT PPM-21 Julai 2010.
Didalam Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negara pada 10 Julai 2010,di Ibupejabat PPM BP-House,Jln Hang Jebat K.Lumpur dengan sukacitanya memutuskan iaitu Lencana Edisi Baru DIBENARKAN untuk digunapakai bagi Skim Latihan Pengakap ujian Pengakap Kanak-Kanak,Pengakap Muda,Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.
Merujuk surat PPM-2(468)2010 btkh 21Julai 2010.
Makluman PMM Johor-Lencana Edisi Baru boleh didapati dengan
1.Kedai Scoutjb
2.En Ng Cheng Tong
3.Ibrahim Abdullah-HP 0137014105
ANNUAL BADEN POWELL SCOUT PEAK CLIMBER
WOSM-ANNUAL BADEN POWELL SCOUT PEAK CLIMBER
--------------------------------------------------------------
The APR with the NEPAL scouts is organising the annual Baden Powell scout peak climbs,to be held on 5th-17th September 2010 at Kathmandu,Nepal
Scouts with qualified climber,trekker or aficiondos were welcome to join.
Fees:Package registered fees USD850.
For more detail:Nepalscouts official website-plnj
Thursday, July 29, 2010
LENCANA JAMBORI APR JOTA 2010
JOSRAC ada menjual Lencana JAMBORI APR JOTA/JOTI 2010 dengan harga sekeping RM3.50 Lencana boleh dibeli semasa Jambori di Bt Pahat -Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Bt Pahat atau melalui S/Usaha JOSRAC En Liang Kee Phang HP no:o127377927.
Lencana tidak banyak dibekalkan oleh PPM,. siapa cepat dia dapat!
APR EVENTS 2010
APR EVENTS AUGUST 2010
1.Suncheon Board Meeting 24 Aug -Korea
2.27th APR Scout Jamboree 4-9 Aug KOREA
3.6th APR Air/Internet Jamboree 7-8Aug
4.24th Interamerica Regional Scout Conference 16-18Aug PANAMA
5.APR Management Meeting 16-18Aug Phillipines
6.APR Staff Development Workshop 20-23 Aug
Wednesday, July 28, 2010
PERJUMPAAN PENGAKAP MUDA/REMAJA/KELANA PPM KOTA TINGGI JOHOR
Tuan Pesuruhjaya Daerah PPM Kota Tinggi akan mengadakan ceramah "Ke Arah Pentarafan Pengakap Raja" yang ditetapkan pada
Tarikh: 31 Julai 2010
Penyertaan 150 orang
Masa:0900-1100pagi
Tempat: SMK habib,Kota Tinggi
Setiap Kumpulan Pengakap Muda/Remaja dikehendaki menghantar 10 orang dan Pemimpin/Penolong turut sama dalam sesi ceramah ini.
Sila bawa buku catitan,alatulis,tali dan berpakaian pengakap lengkap.Surat kebenaran untuk hadir ceramah ini dari PPD dalam proses.
Penceramah jemputan dari Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor akan hadir.
Pengakap Kelana Kota Tinggi ada perjumpaan dengan Penolong Pesuruhjaya Negeri P.Kelana En Mohd Affandi Abd Hamid dimasa,tempat yang sama.Semua P.Kelana dijemput hadir untuk ceramah SKIM BARU PENGAKAP KELANA dan suaikenal-plnj
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 3.1 P.KELANA SELANGOR
Dengan sukacitanya dimaklumkan iaitu Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri dan PLNJ memberi kebenaran P.Kelana N.Johor yang ingin meneruskan sebagai PemimpinP.Kelana menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu P.Kelana Peringkat3(1) yang dianjurkan oleh PPM Selangor pada
Tarikh: 30 Jul-01 Ogos 2010
Tempat: Kem Temasya, RimbaTempler,Rawang
Bayaran:RM70.00
1.Kelayakan: P.Kelana mesti berumur 25th keatas
2.Telah menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1(Sistem Baru)atau Modul B-C(Sistem Modular) Peringkat 2 atau 4A(Sistem lama) adalah digalakkan untuk menghadiri kursus ini KERANA SELEPAS 31 disember 2010 SEMUA SIJIL-SIJIL MK SISTEM MODULA,SISTEM LAMA TIDAK LAGI DITERIMA UNTUK PENCALONAN MANIKAYU.
3.Pemimpin P.Kelana dari PPM JOHOR,sila maklumkan kepada Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri Selangor dan Johor-melalui surat yang berminat untuk hadir kursus tersebut.
Monday, July 26, 2010
PPM Cawangan SABAH
SCOUTINGS SUNRISE SABAH 2010-Sempena menyambut Hari Pengakap SeDunia PPM SABAH akan menganjurkan progrem pendakian G.Kinabalu Sabah pada
Tarikh:30Jul hingga 1 Ogos 2010
Tempat: Taman Negara Kinabalu Kundansang Sabah
Had Penyertaan : 10 orang sahaja
Bayaran:RM 685.00
Boleh berhubung Tel:088219558 HP-0128325546 e-mel:rayngs@yahoo.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)