Friday, April 16, 2010

LENCANA BARU PPM

IBUPEJABAT-15April. Mesyuarat Teknikal PPM telah meluluskan membeli dan memakai lencana baru mulai hari ini.Pesuruhjaya Latihan Negara,Tuan Hj Shukor Mohsin berharap semua pemimpin dapat menguji pengakap dan menggunakan lencana dengan betul



Ibupejabat akan mengeluarkan Sijil untuk lencana tersebut-dalam proses,untuk dibukukan

Wednesday, April 14, 2010

Mesyuarat Teknikal PPM-Kursus Kawad&Istiadat

PPM Johor dipilih menjadi tuan rumah Kursus Kawad dan Istiadat Malaysia yang akan diadakan bulan Mei.Mesyuarat Teknikal PPM akan diadakan pada

Tarik: 15 April 2010
Tempat: Rumah BP Jln Hang Jebat,KLumpur
Masa :0930 pagi.
PPM Johor: Ketua Pesuruhjaya NegeriJohor,Pengerusi Pasukan Latihan Johor,ASC P.Kelana sebagai wakil tuan rumah

Keputusan mesyuarat akan dimaklumkan sedikit masa lagi-plnj.

Tuesday, April 13, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PPM Pontian

Pada 9 hingga 11 April 2010, Pasukan Latihan Daerah Pontian telah menganjurkan kursus diatas bertempat di Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian, Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian. Seramai 23 orang peserta mengikuti kursus ini bersama dengan 10 orang jurulatih dan pembimbing. Kursus ini dijalankan serentak 3 unit yang masing - masing diketuai oleh

Ketua Kursus MK Unit Muda - En Abd Razak Idris

Ketua Kursus MK Unit Remaja - En Tan Check Meng

Ketua Kursus M
K Unit Kelana - En Affendi Abd Hamid

Turut hadir ialah Tn. H. Yaacob bin Hj. Abd karim, Ketu
a Pesuruhjaya Negeri Johor dan Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Negeri Johor. Pada Sabtu petang 10 April 2010, Persaudaraan Pengakap Raja Negeri Johor juga mengadakan Majlis Jamuan Teh Bersama Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor. Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus disempurnakan oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Johor. Diucapkan tahniah dan syabas kepada PPM Daerah Pontian serta PLD Pontian kerana berjaya mengadakan kursus ini.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Tn. Hj. Ibrahim sedang memberi idea dan
tunju ajar pada peserta

Aktiviti Berpangkalan - Kawad kaki & Tongkat

Satu lagi aktiviti pangkalan - Ikatan dan Simpulan

Para peserta sedang mendengar ceramah dari jurulatih

Sessi pembentangan LDK

Istiadat pagi

Semasa Majlis Jamuan Teh PPRMNJ

Perasmian penutup oleh Tn. hj. Ibrahim Abdullah
Pengerusi latihan Pengakap Negeri Johor

Monday, April 12, 2010

JAMBORI KEDAH KALI KE-2

BERITA TERKINI

PPM KEDAH dijangka akan mengadakan Jambori Kedah kali ke-2 pada bulan JULAI tahun ini,masakini sedang dalam persiapan. Best juga semua Pengakap dapat berhimpun di utara..

Mesyuarat Pemimpin PPM Kulaijaya

Dengan sukacitanya dimaklumkan iaitu PPM Kulaijaya akan mengadakan mesyuarat pertama pemimpin pengakap.

Tarikh: 13 April 2010
Masa : 2.30 ptg
Tempat: SK Skudai.Kulaijaya

Dijemput semua pemimpin pengakap daerah Kulaijaya untuk hadir ke mesyuarat tersebut


Lencana Pengakap Raja (Persaudaraan Pengakap Raja)

Tahniah kepada semua Pengakap Raja Negeri Johor 2008/2009 yang lulus dan disini anda semua layak menjadi ahli PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA.

Sukacitanya dimaklumkan, sesiapa yang ingin membeli LENCANA PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA iaitu menjadi ahlinya, boleh dapat dengan Hj Ibrahim Abdullah- 0137014105-terima kasih.

Sunday, April 11, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU

Sukacitanya dimaklumkan iaitu PLD JB dan PLD Bt Pahat akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN dan PERINGKAT 1 pada

Tarikh: 23-25 Apr 2010
Tempat: JB SMK Taman U,Skudai JB
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat
Unit: JB - PKK/PM/PR
Unit: Bt Pahat : PKK/PM
Bayaran RM60.00

Dijemput semua pemimpin pengakap yang belum pernah hadir kursus ini atau dari daerah lain yang ingin menyertai,sila hadir.Terima kasih PLD JB/Bt Pahat yang menjadi penganjur kursus ini.

Pemimpin boleh hubung dengan Mohd Asik 0126577242/Afzainizam o197902284 untuk keterangan lanjut.Terima kasih

Thursday, April 8, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD Pontian Johor

Dimaklumkan iaitu PPM Pontian akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan&Peringkat 1, pada

Tarikh : 9-11 April 2010
Tempat" Pusat Latihan Pengakap Pontian Serkat
Bayaran: RM60.00
Unit: PKK -9/4/2010 - 8.00pg hingga 4.00ptg
Unit: PM/PR/PK 9/4/2010 - 9mlm hingga 1200tgh 11/4/2010.

Semua peserta dikehendaki membawa khemah.
Pemimpin yang berminat dari daerah berdekatan dijemput untuk hadir.

Wednesday, April 7, 2010

PENDAFTARAN TAHUNAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP 2010

Merujuk surat PPM-2(124)2010 bertarikh 1 Apr 2010 berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan semasa mesyuarat majlis PPM baru-baru ini, majlis ini telah bersetuju untuk perkara yang tersebut diatas,dimana agihan kutipan seperti berikut :

Yuran / PPM Negeri /PPM Ibupejabat

RM3.00/ RM2.00 /RM1.00
PR/PM/PKK
/
RM5.00 /RM3.00/ RM2.00
Pemimpin/Kelana

RM10.00 - RM10.00
Pendaftaran Kumpulan.

Kad-kad Keahlian akan dikeluarkan oleh Negeri dan PPM Johor akan beri sijil Keahlian kepada semua yang telah mendaftar.Terima kasih PPM JB,yang menguruskan pendaftaran Keahlian PPM Johor.

Diharap semua Tuan Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin Daerah/Kumpulan dapat membuat kutipan.Terima kasih

Tuesday, April 6, 2010

Mesyuarat PLNJ 2010

Dengan sukacitanya dimaklumkan mesyuarat PLNJ/PLD akan diadakan pada

Tarikh: 24-4-2010 (Sabtu)
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Labph Bt Pahat
Masa: 1000 pg.

Diminta kerjasama tuan PLD,seandainya tuan tidak dapat hadir, ada perkara yang lebih penting,sila hantar wakil kerana mesyuarat ini akan membincang hal latihan untuk daerah tuan ,terima kasih

Nama Baru Pesuruhjaya Negeri PPM

Tahniah ! sukacitanya dimaklumkan nama Pesuruhjaya Negeri ditambah Ketua, menjadi KETUA PESURUHJAYA NEGERI termasuk Sabah&Sarawak. Lekar tambah satu jadi 4 lekar-plnj

Monday, April 5, 2010

TAULIAH PEMIMPIN PENGAKAP PPM JOHOR 2010

Dimaklumkan sehingga kini ramai Pemimpin tidak mempunyai Tauliah Pemimpin atau tidak memperbaharui lagi,sehubungan itu diperingatkan iaitu semua Penolong Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah,Penolong Pesuruhjaya Daerah yang baru dilantik atau tauliahnya telah tamat tempohnya,sila perbaharui.

Begitu juga Pemimpin Pengakap baru yang bertukar sekolah baru boleh buat demikian.

Diharap dengan kerjasama semua Pemimpin yang hendak serah/hantar tauliah tersebut kepada

Tauliah Pemimpin dan Penolong Pemimpin dihantar kepada Tuan Hj Ramli Ibrahim(Pentadbiran)

Tauliah Penolong Pesuruhjaya Negeri,Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah kepada Hj Ibrahim Abdullah(Latihan)

Diatas kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Sunday, April 4, 2010

JADUAL TENTATIF HARI BELIA KEBANGSAAN 2010

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 malaysia
Bersempena sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010
Taman Wetland,Putrajaya

Jadual Tentatif.

Hari Pertama- 14 Mei 2010 (Jumaat)

8.30-9.30 pagi - Semua peserta dijangka sampai di tapak jambori
9.30-12.30 tgh - PENDAFTARAN/PEMBAHAGIAN KAWASAN MENDIRIKAN KHEMAH
1230-2.30 ptg - Makan tgh solat Jumaat
230-400 ptg - Perhimpunan pusat/Taklimat/Raptai
400-430 ptg - Minum ptg
430-730 mln - Urusan dikhemah/Sub Kem
730-900 mlm - Makan malam
900-1000 mlm - Perasmian oleh Menteri Kabinet
1000-1030 mlm - Aktiviti di Sub Kem

Hari Kedua - 15 Mei 2010 (Sabtu)

630-730 pg - Upacara bendera/negaraku/pemeriksaan pagi
730-830 pagi - sarapan
830-930 pg -Perhimpunan pusat
930-1030 pg - Aktiviti
1030-1100 pg- minum pg
1100-1245 tgh - Aktiviti
1245-200 ptg- makan tgh
1400-500 ptg - Sebahagian peserta dibawa ke PICC,utk upacara sambutan Hari Belia sebahagiann membuat persiapan lawatan YAB PM ke tepat Jambori
500-630 ptg - Menerima alawatan PM dan rombongan
730-830 mlm - makan malam
830-1030 mlm - Malam Kebudayaan

Hari Ketiga 16 Mei 2010 (Ahad)

630-730 pg - Upacara bendera
730-830 pg - Sarapan
830-930 pg - Larian EKIDEN
930-1030 pg - Buka khemah/Bersihkan kawasan
1230-200tgh - Makan tgh
200 ptg - Bertolakbalik.


Saturday, April 3, 2010

LENCANA/SIJIL PENGAKAP RAJA 2008/2009

SIJIL/LENCANA PENGAKAP RAJA TAHUN 2008/2009 sahaja.

Sukacitanya dimaklumkan iaitu Sijil/Lencana Pengakap Raja 2008/2009 boleh diambil pada

Tarikh : 16-18 April 2010
Tempat: Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat
Masa : 1100 pg - 4.oo ptg.

Diminta ANDA sendiri yang datang mengambilnya ATAU jika diwakilkan Ibubapa/DC anda, anda mesti menulis surat kepada saya menyatakan Ibubapa/DC mewakilkan untuk mendapatkan sijil/lencana Pengakap Raja.

Diatas kerjasama tuan/puan/encik/pemimpin anda semua diucapkan terima kasih.
Jika ada apa-apa masalah berhubung dengan perkara ini,sila hubung Tuan Pesuruhjaya Negeri Johor.


Thursday, April 1, 2010

Mesyuarat Pemimpin PPM Muar

Sukacitanya dimaklumkan iaitu satu mesyuarat pemimpin PPM Muar akan diadakan

Tarikh : 7hb April2010 (Rabu)
Tempat: Pejabat PPD Muar
Masa : 1.30 petang

Semua Pemimpin PPM di jemput hadir.Terima kasih