Tuesday, March 9, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD Pontian Johor

Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN & BAHAGIAN 1

Dengan sukanya dimaklumkan iaitu PLD Pontian,Johor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu PKK,PM,PR,PK. Kursus ini akan diadakan pada

Tarikh : 9-11 April 2010 (Semua unit PKK,PM,PR,PK)
Tempat: Pusat Latihan Pengakap,Daerah Pontian Johor.

Ketua Kursus : PKK-En Razak Hj Idris/PM-Pn Rosmah Abdullah/PM-En Md Affandi Abd Hamid/PK-En Azhar Noor Rahman

Boleh hubungi DC Pontian En Azhar Noor Rahman 0127441552 untuk keterangan lanjut-plnj

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD JB

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN & BAHAGIAN 1.

Dengan sukacitanya dimaklumkan PLD JB akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manik Kayu unit Pkk/PM/PR/PK pada tarikh seperti berikut :

Tarikh : 2-4 April 2010 - Unit Pengakap Kanak-Kanak(Ketua Kursus Pn Rosmah Abdullah) dan P.Kelana(En Md Affandi Abd Hamid)
Tarikh : 23-25 April 2010 - Unit Pengakap Muda (En Razak Hj Idris)dan Pengakap Remaja(Tn Hj Ramli Ibrahim)

Tempat/Bayaran kursus akan diberitahu kemudian.
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan progrem dan sistem latihan kepimpinan kepada ahli pengakap daerah.Dengan ini, dapat merealisasikan objektif latihan.

Peluang ini juga diberi kepada PPM Johor/PLD lain untuk menyertainya.
Boleh berhubung En Afzainizam 019-7902284 untuk keterangan lanjut-plnj

Saturday, March 6, 2010

Kursus Kejurulatihan-Penolong Jurulatih Kebangsaan ke-29

Kursus Kejurulatihan-Penolong Jurulatih Kebangsaan ke-29 yang telah diadakan pada 1-6 Mac 2010 di IYC Cheras K.Lumpur, Kursus tersebut memberi peluang kepada Pemimpin Pengakap untuk menimba pengetahuan baru didalam teknik,kemahiran,persembahan cara baru,bertukar idea antara kumpulan dan berkenalan diantara satu dengan lain.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Y.Bhg Dato Kaharuddin Momin turut serta menyampai sesi dalam Kepengakapan.En Erik Khoo Dari APR Pasifik Region Bersesi WOSM.

Para penguji dalam Praktikum dijemput khas daripada En Arif Harman,En Radhi Abdullah,Hj Akasah Ahmad,En Khoo (Selangor) dan Hj Ibrahim Abdullah(Johor).Mereka telah diberi tugas untuk menilai kelayakan pemimpin agar dapat kelayakan memakai 3 beads(PJL)

Para Jurulatih yang memberi ceramah Tuan Hj Rahmat Jaafar,Hj Shukor Mohsin,En Amir Hamzah,En Nor Hashim,Cpt Rosila Haraman dan En Emirrizal sebagai Pengarah Kursus PJL.
Para Pembimbing terdiri En Mohd Khir Muda(Johor)Tn Syed Othman Syed Said(Terengganu),Hjh Rosimila Hamzah(Selangor)En Helmi Ahma(Kelantan).En Radin(Pahang)
Apabila balik,pemimpin ini dapat menyampaikan ilmu kepengakapan cara baru kepada negeri masing-masing.

Tahniah dan syabas kepada PPM yang berjaya menganjurkan kursus tersebut dan memberi peluang kepada Pemimpin Pengakap yang datang seluruh Malaysia agar pergerakan pengakap di Malaysia bergerak aktif dan bertambah maju secara 1 Malaysia/salam pengakap-plnj

Kursus Kepimpinan MK-Pengenalan-Pengakap Kelana

Seramai 5 orang Pemimpin/Penolong Pemimpin Pengakap Kelana Kumpulan C,Batu Pahat Johor,telah menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu-PENGENALAN, di Rimba Templer,Rawang,Selangor.Kursus telah diadakan pada Sabtu 6.3.2010 ( 1 hari sahaja) Mereka terdiri daripada :

1.Hanafi Omar
2.Nor Faizi Sulaiman
3. Muhamad Farid Shahdan
4.Muhd Lukmannul Hakim Che Ramli
5.Noor Azlynna bt Jomaat.

Terima kasih kepada Tuan Pesuruhjaya Negeri Johor/Selangor/Pengerusi PLN Selangor yang meluluskan/ menerima mereka untuk hadir dalam kursus tersebut.-plnj

Friday, March 5, 2010

Pakaian seragam Wanita/Perempuan-TUDUNG

Untuk makluman pakaian seragam Pemimpin/Pengakap Wanita-perempuan "TUDUNG."
Warna tudung adalah KELABU bukan hitam atau biru tua.
Diharap semua DC/ADC/Pemimpin dapat menyampaikan maklumat ini kepada Kumpulan masing-masing.

Makluman Semua Pentaraf/Penolong Pentaraf/Urusetia dan Calon Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja N.Johor

Semasa Ujian Perkhemahan Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor beberapa Pemimpin Ibupejabat PPM akan datang ke Kem jubli Tg Laboh,Batu Pahat. mereka terdiri daripada :

1.Tuan Hj Rahmat Jaafar - SetiaUsaha Latihan Negara
2.En Sharil Kuru- Penolong S/Usaha Latihan Negara
3.En Razak Shahidan - Ibupejabat PPM
4.En Ariff Harman - Pentaraf Pengakap Raja N.Selangor
5.Captain Rosila Haramon - Pegawai Teknikal PPM

Diharap semua Pengakap Remaja yang layak untuk ujian tersebut,dapat bersedia dari sekarang-Ketua Pentaraf N.Johor

Monday, March 1, 2010

Mesyuarat Pemimpin PPM Pontian/Muar

1. Mesyuarat Majlis Pemimpin anjuran Pesuruhjaya Daerah Pontian akan diadakan pada

Tarikh : 03.03.2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pejabat PPD Pontian

2. Mesyuarat Majlis Pemimpin anjuran Pesuruhjaya Daerah Muar akan diadakan pada

Tarikh : 06.03.2010 (Sabtu)DITANGGUHKAN
Masa : 0830 pagi
Tempat: Pejabat PPD Muar

Tuan Pesuruhjaya Negeri akan hadir mesyuarat tersebut.Diharap semua pemimpin dapat hadir di daerah berkenaan-plnj

Saturday, February 27, 2010

Bacaan PERSETIAAN PENGAKAP

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya....... Saya berjanji dan bersetia......Yang saya.....Dengan seberapa daya upaya saya ......Akan ......Taat kepada Tuhan,raja dan negara.Menolong orang pada setiap masa.Menurut undang-undang pengakap.

Banyak kesilapan terdapat apabila membaca Persetiaan Pengakap.....berhenti seperti tanda....
Harap semua DC/ADC/Pemimpin kumpulan membetulkan.-plnj

Seminar On Innovation Organisation-JBscouts

Congratulation, JBscouts have done an effetive and innovation seminar on

Date - 27th Feb 2010
Place -ozzdong JB
Time - 9am-3pm

well done,thank you to our instructure Prof Dr Ahmad Zaki b.Abu Bakar from UTM-Faculty Science Information System.

The programe are:

-mind mapping
-how to think creatively
-important innovation
-to develop growth in organisation
-effective management.

Hope all ADC/Rovers JBscouts have good knowledge about innovation organisation.
Thanks to all,have nice programme today-plnj

MEMOHON KEBENARAN MENYERTAI KURSUS MK KE NEGERI LAIN(PENGANJUR KURSUS MK)

Semasa mesyuarat semua pengerusi pasukan latihan negeri, pada 23/2/2010 keputusan telah diambil iaitu mana-mana pemimpin pengakap yang hendak menghadiri kursus kepimpinan manikayu di negeri lain, hendaklah mendapat kebenaran dahulu dari Tuan Pesuruhjaya negerinya dan Tuan Pesuruhjaya Negeri yang mengadakan kursus tersebut melalui surat.

Untuk makluman semua Tuan Pesuruhjaya Daerah/Pengerusi Latihan Daerah PPM Johor/ADC unit PKK/PM/PR/PK.

Friday, February 26, 2010

Up Coming Events-APR 2010

see the exciting events in APR

**4th Advance Management Course,3-9 March India
**Roundtable on WOSM Federation,7-8March Hungary
**Growth promoter meeting,8-12 March Geneva
**Committee NSO visit,11-13 March Korea
**World scouts committee meeting,12-19 March Geneva

For your information about APR programme.Thank you

KPM beri kelepasan ke JAMBORI BUDAYA 2010


Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kelepasan pelajar dan bertugas yang akan menyertai JAMBORI BUDAYA SERUMPUN 2010,Tanah Datar, Sumatera Barat INDONESIA pada 8-12 JUN 2010.

Rujuk PPM-2(o64)2010 btarikh.19 Februari.

PERLANTIKAN SEBAGAI AJK KONTIJEN PPM JOHOR KE JAMBORI 1 MALAYSIA-1BELIA


Sukacitanya dimaklumkan Tuan Pesuruhjaya Negeri Johor telah melantik beberapa orang pemimpin untuk menjadi AJK Kontinjen ke Jambori 1 belia 1 Malaysia

Mereka akan menguruskan kontinjen ppm Johor.

1. En Bardin Uteh KETUA KONTINJEN
2. En Mukim Katimum - Penyelaras Pengakap Remaja
3. En Razak Hj Idris - Penyelaras Pengakap Muda
4. En Ishak Kodri - Penyelaras Pengakap Kanak-Kanak
5. en Afendi A Hamid - Penyelaras Pengakap Kelana.

Thursday, February 25, 2010

Sijil Manikayu-Kursus Kepimpinan MK semua unit

PERINGATAN.

Sijil kelulusan Kursus Kepimpinan Manikayu ppm,(Cara lama,Cara Modular) untuk semua unit akan tamat tempoh DEC 2010

1.Pemimpin yang ada sijil mk cara lama,tak buat kajian/tesis-boleh hadir kursus terbaru ke bahagian 3.1&3.2 ikut unit yang sama.

2.Pemimpin yang hadir kursus secara MODULAR, tak habis hanya modul A/B- boleh hadir kursus terbaru Bahagian 2,3.1&3.2 ikut unit yang sama.

3.Ibupejabat ppm K.Lumpur akan keluar sijil MK yang terbaru mulai Januari 2011.Sijil kursus mk lama/modular TAK SAH.

Diharap semua pemimpin pengakap di Johor dapat menyempurnakan kursus sebelum tamat tempoh.Berhubung dengan Pengerusi Pasukan Latihan Daerah anda untuk menyempurnaakan kelayakan untuk dikalong MK-plnj

CALON KURSUS PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN (CALT) PPM JOHOR

Sukacitanya dimaklumkan,Ibupejabat PPM telah memilih 4 pemimpin dari Johor yang layak untuk menghadiri Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan yang bermula 1-7Mac 2010 di IYC K.Lumpur.

1. En Afendi Ab Hamid - Penolong Pesuruhjaya Negeri(P.Kelana)
2.Pn Rosmah Abdullah - Penolong Pesuruhjaya Negeri (ICT)
3.En Razak Hj Idris - Penolong Pesuruhjaya Negeri (PM)
4.Pn Tan Khor Yang - Penolong Pesuruhjaya Daerah Muar(tarik diri kerana masalah tugasnya disekolah)

Tahniah-harap dapat memberi khidmat terbaik untuk ppm johor/daerah-Pengerusi PLNJ.
Surat kelepasan telah diedarkan kepada Pengarah Pelajaran Johor untuk tuan/puan-KPM