Tuesday, May 18, 2010

MANIKAYU UNTUK PEMIMPIN PENGAKAP

Ramai yang bertanya,adakah ada syarat-syarat untuk mendapat Manikayu?
Ramai juga Pengakap Kelana dan bekas Pengakap Raja ingin mendapatkan Manikayu.

Ya ada syarat-syaratnya.

1.Manikayu adalah hak Ibupejabat PPM dan hanya kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang telah menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu dan lulus kursus tersebut layak di anugerah Manikayu.

2Pemimpin/Penolong Pemimpin sebagai GURU, sah layak hadir kursus Manikayu

3.Umur 25 tahun keatas.

4.Pengakap Kelana dan bekas Pengakap Raja umur 25 tahun keatas.Tetapi jika dia ada Kumpulan Terbuka,Kumpulan di Sekolah, had umur 20 tahun.Tuan Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin Kumpulan akan mengesahkan dia sebagai Penolong Pemimpin dan membantu daerah/kumpulan tersebut.

5.Pengerusi Pasukan Latihan Negeri diberi kuasa menentukan Pemimpin,Penolong Pemimpin atau sesiapa yang berkehendakkan Manikayu dengan sokongan Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri.

6.Begitu juga pemilihan untuk calon Penolong Jurulatih dan Jurulatih.
Selepas 3 tahun dianugerah(dikalong) Manikayu,Tuan Pesuruhjaya Daerah boleh mencalonkan Pemimpin itu ke Kursus Penolong JL/Jurulatih.(Utamakan yang kanan)

Harap maklum-plnj

No comments:

Post a Comment