Monday, June 15, 2009

Kursus Manikayu Peringkat 3 ( i ) Unit PKK,PM, PR Negeri Johor


Pada 12 hingga 14 Jun 2009, Pasukan latihan Negeri Johor telah berjaya menganjurkan Kursus Manikayu Peringkat 3 (i) bagi unit PKK, PM dan PR telah diadakan dengan jayanya di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pengakap seluruh negeri Johor telah menyertainya kursus. Kursus dijalankan serentak 3 unit oleh:

Ketua Kursus PKK :

Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah - Pengerusi PLNJ


Ketua Kursus PM :

En. Mohd Khir bin Muda - PPNJ ( Kem Pengakap )


Ketua Kursus PR :

En. Azhar bin Noor Rahman - PD Pontian

Mereka dibantu seramai 6 orang jurulatih dan 6 orang pembimbing. Turut hadir ialah Tn. Hj. Yaacob bin Hj Karim, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor bagi mersamikan penutup serta penyampaian sijil kursus serta sijil Manikayu kepada pemimpin yang telah lulus manikayunya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan kursus ini.