Saturday, November 7, 2009

Persidangan Pengakap Wilayah Asia Pasifik Kali ke 23

Pada 27 Oktober hingga 1 November pula saya mewakili Negeri Johor ke Persidangan Pengakap Wilayah Asia Pasifik kali ke 23 yang dirasmikan oleh YB. Dato 'Sabri bin Ahmad yang mewakili Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Razak.

Sebanyak 482 orang peserta delegasi dan Pemerhati dari 58 negara dalam kawasan Asia Pasific Regional Scout. Turut hadir juga dari delegasi dari kawasan Arab, Inter-Amerika, Eropah dan Eurasia. PPM Negeri Johor diwakili oleh saya, En. Asik bin Saim.DC Batu Pahat dan En. Sheh Sueba DC Muar.

Para Peserta Delegasi dan Pemerhati APR Confrence

Antara para delegasi dan pemerhati dari Pengakap Malaysia

Friday, November 6, 2009

Borang Penilaian MK

Sila hantar borang penilaian mk bagi pemimpin yg telah menghadiri kursus mk 2009.

Harap ambil perhatian/semak, menghantar borang penilaian 2 salinan(2keping gambar beruniform),fotostat sijil Pengenalan,Bahagian 1,Borang bhg 2(anda&pembimbing),sijil bhg 3.2,salinan k.pengenalan dan disahkan betul.Wang pos rm20.00 atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia.Tarikh tutup penerimaan borang 30.11.09. Harap maklum-Pengerusi plnj.

APR Course for Leader Trainers ( CLT )

Pada 19 hingga 25 Oktober 2009, saya terlibat sebagai fasilitator di Kursus Jurulatih Kebangsaan (4 Bead CLT) peringkat Asia Pasific Regional yang dirasmikan oleh Tuan Hj. Abdul Shukor bin Hj Mohsin, Pengerusi Latihan Negara di International Youth Centre, kuala Lumpur.

Turut hadir dalam perasmian ini ialah Miss Reiko Suzuki APR Adult Resources Sub-Committee Chairman, Pengarah International Youth Centre Dato Raja Ruslan Samah, Ketua Setiausaha Eksekutif PPM En. Zaki Nurud-din, dan Pesuruhjaya Pengakap Antarabangsa Dr Mukhyuddin bin Sarwani.

seramai 40 peserta dari 12 negara Persekutuan Pengakap yang mengambil bahagian dalam kursus antaranya dari Australia, Jepun, England, Kanada, Malaysia dan APR sendiri. Kursus pengarah bagi kursus ini ialah En. Rahmat bin Haji Jafaar daripada PPM serta dibantu oleh empat fasilitator daripada Malaysia.

PPM Negeri Johor telah menghantar seramai 2 orang pemimpinya iaitu En. Mohd Khir bin Muda ASC Johor dan En. Azhar Noor Rahman DC Pontian.

Para peserta dan pegawai kursus

Wednesday, November 4, 2009

Ucapan selamat menunai fardhu haji

Semua pemimpin pengakap negeri johor mengucapkan selamat menunai Fardhu Haji kepada En Ramli Ibrahim serta isteri.Kami sentiasa berdoa encik selamat pergi/balik.Haji Mabrur insyaallah.

Wednesday, October 14, 2009

Batal Jota/Joti-Alih tempat Kem Tg Laboh BP

Untuk Makluman Jota/Joti SMK Laksamana K Tinggi dibatalkan kerana PPD Kota Tinggi tidak benarkan- cuti umum, sebagai ganti beralih ke Kem Jubli Intan, Tg Laboh Bt Pahat. Berhubung En Liang Kee Phang Tel:0127377927. Harap maaf

Tuesday, October 13, 2009

Majlis Wosm Apr ATAS

Sempena APR Scouts Conference, satu Majlis WOSM APR ATAS akan diadakan :

Tarikh : 30-31 Oktober 2009
Tempat : Hotel Hilton K.Lumpur
Bayaran : RM400/- seorang


Bekas-bekas Pengakap Raja/King Scout/Queen Scout dialu-alukan menghadiri majlis ini
Boleh hubungi En Erick Khoo-0193310546.

Jasa Allahyarham Tun Sardon Kepada Pergerakan Pengakap Akan Dikenang


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Jasa Allahyarham Tun Sardon Jubir kepada Pergerakan Pengakap dalam negara ini akan dikenang apabila Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ke-23 dari 27 Okt hingga 1 Nov depan, kata seorang pegawai Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sardon, yang merupakan Ketua Pengakap Negara dari tahun 1963 hingga 1973, telah banyak memberi sumbangan kepada Pergerakan Pengakap tempatan, terutamanya dalam mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968), kata Sahrizal Sunari, Setiausaha Unit Persaudaraan B-P & Veteran, persekutuan tersebut.....
( Berita Selanjutnya )

Wednesday, October 7, 2009

Perancangan Aktiviti PPM Johor 2010

Januari.
- Pendaftaran ahli.
- Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya
- Mesyuarat PLNJ
- Mesyuarat JK Program Negeri

Februari.
- Pra Pentarafan Pengakap Raja
- Kursus MK
- Kursus Kemahiran PKK

Mac
- Pentarafan Pengakap Raja
- Bersama Nyai dan Datuk
- Homestay Kg Orang Asli

April
- Kursus MK
- Kursus Asas Pengakap Laut

Mei
- Kursus Kemahiran PM
- Program Alam Sekitar

Jun
- Perkhemahan& Perlantikan Kelana Johor
- Kursus MK Bhg 3.1
- Kursus Asas Pengakap Udara
- Kursus Ulangkaji Jurulatih/Pentaraf

Julai
- Seminar Pengakap Wanita
- Kursus Asas Pioneering
- Kursus MK Bhg 3.2

Ogos
- Sambutan Hari Pengakap
- Tadarus Al Quran&Majlis Berbuka Puasa

September
- Sambutan Hari Raya

Oktober
- Perkhemahan PKK

November
- Scouts Xtreme Challenge

Disember
- Istiadat Pengurniaan Sijil P.Raja
- Majlis Pengurniaan Pingat & Hadiah Kecemerlangan

Tuesday, October 6, 2009

Doa/Selamat menduduki peperiksaan PMR 2009

Semua warga PPM Johor berdoa serta mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR (Pengakap Muda Malaysia) hari ini, juga kepada pemimpin pengakap yg bertugas-selamat bertugas. Buat terbaik untuk kejayaan, harapan ibubapa, keluarga, sekolah dan PPM Johor serta PLNJ.

Wednesday, September 30, 2009

JOTA/JOTI-Badges/Lencana

Badges/Lencana JOTA/JOTI 2009 ada tersiar diruangan PAUTAN-JOTA/JOTI site, ScoutsJB JOTA/JOTI Blog,sesiapa berminat mengumpul badges, boleh order sekarang kerana badges terhad siapa dulu dia dapat.

Peminat JOTI- boleh daftar sekarang secara kumpulan di
Online Register
Maklumat lanjut klik disini :JOTA Event atau JOTI Event

Jumpa semasa JOTA/JOTI - PLNJ.

Tuesday, September 29, 2009

Program Pengakap Peringkat APR/Malaysia

October 2009.

1. APR Course For Leader Trainner,19-25 October,IYC K.Lumpur
2. 6th APR Scout Youth Forum,22-25 October,IYC K.Lumpur
3. 23rd APR Scout Conference,25 oct-01 Nov Hotel Hilton,K.Lumpur
4. 52nd World JOTA/13th World JOTI,Worldwide

November 2009

1. 7th SAF Scout Friendship Camp,14-20 Nov ,India
2. APR Disaster Management Workshop,16-19 Nov,Cibubur Jakarta
3. TTL Evaluation Workshop 1st week,Indonesia

Disember 2009

1. International Gathering for Community Development,1-10 December Sharjah
2. 26th APR Scout Jamboree,28 Dec-03 January 2010,Philippines.

Berminat sila hubungi En Rahim-Ibupejabat BP House Tel:0176156880.

Monday, September 28, 2009

Skaf Gilwel utk Pemimpin Pengakap Johor


Pemimpin Pengakap Johor yg bakal menerima MK pada Januari 2010,boleh memesan skaf Gillwel dgn harga rm20/ sehelai melalui PLNJ. Walaubagaimanapun, pemimpin lain berminat boleh juga memesan sekali.

Pemimpin Pengakap boleh membeli/memesan apa-apa jua lencana, buku-buku pengakap, skaf, cenderahati jambori dll, epalet pemimpin, pesuruhjaya daerah/negeri dan pakaian pengakap (L/P), pakaian pemimpin (L/P) kepada En Ng Cheng Tong Kedai Pengakap JB Tel:0197736228. Harga berpatutan.

Gambar kenangan sempena Majlis Anugerah 100th pengakap Johor boleh dapat Tel: 0177100576 cgu sidi.

Thursday, September 24, 2009

23rd APR scout conference

wakil Johor untuk menghadiri 23rd Scout Conference, di Hotel Hilton KL adalah :

1. Tuan Hj Ibrahim Abdullah - ASC Latihan
2. En Mohd Asik Saim - DC B.Pahat
3. En Shes Sueba Baba - DC Muar.

Tahniah dan selamat bersidang

Wednesday, September 23, 2009

Takwim PLNJ 2010

Januari
-
Pendaftaran Keahlian. Mesyuarat PLNJ

Februari
- Kursus Kepimpinan MK Pengenalan/Bhg1
- Pra Pentaraf Pengakap Raja

Mac
- Kursus Kepimpinan MK Pengenalan/Bhg1
- Kursus Pengendalian Lencana utk Pemimpin
- Ujian Perkhemahan Pentarafan P.Raja Johor

April
- Kursus Kepimpinan MK Pengenalan/Bhg1

Mei
- Kelas Radio Amatur (RAE)
- Kursus Kepimpinan MK Pengenalan/Bhg1
- JOTA/JOTI Hari Komunikasi Malaysia

Jun
- Kursus Kepimpinan MK 3.1(PKK,PM,PR)
- Kursus Ulangkaji Jurulatih/Pentaraf

Julai
- Kursus Kepimpinan MK 3.2(PKK,PM,PR)

Ogos
- JOTA/JOTI Asia Pasifik Region

September
- Sambutan Ramadhan/Hari Raya

Oktober
- JOTA/JOTI World

November
- Bengkel Pentarafan P.Raja Johor

Disember
- Majlis Anugerah Manikayu
- Seminar Persaudaraan Pengakap Raja.

Friday, September 18, 2009

Perkhemahan World Jota/Joti


PPM Negeri Johor akan menganjurkan perkhemahan sempena World JOTA/JOTI


Tarikh : 17-18hb Oktober 2009
Tempat:Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat
Penganjur: JOSRAC
Pemimpin & PK/PR/PM berminat boleh berhubung dengan ADC R.Ham -En Liang Kee Phangl
HP No:0127377927. Untuk Makluman