Saturday, November 7, 2009

Persidangan Pengakap Wilayah Asia Pasifik Kali ke 23

Pada 27 Oktober hingga 1 November pula saya mewakili Negeri Johor ke Persidangan Pengakap Wilayah Asia Pasifik kali ke 23 yang dirasmikan oleh YB. Dato 'Sabri bin Ahmad yang mewakili Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Razak.

Sebanyak 482 orang peserta delegasi dan Pemerhati dari 58 negara dalam kawasan Asia Pasific Regional Scout. Turut hadir juga dari delegasi dari kawasan Arab, Inter-Amerika, Eropah dan Eurasia. PPM Negeri Johor diwakili oleh saya, En. Asik bin Saim.DC Batu Pahat dan En. Sheh Sueba DC Muar.

Para Peserta Delegasi dan Pemerhati APR Confrence

Antara para delegasi dan pemerhati dari Pengakap Malaysia

Borang Penilaian MK

Sila hantar borang penilaian mk bagi pemimpin yg telah menghadiri kursus mk 2009.

Harap ambil perhatian/semak, menghantar borang penilaian 2 salinan(2keping gambar beruniform),fotostat sijil Pengenalan,Bahagian 1,Borang bhg 2(anda&pembimbing),sijil bhg 3.2,salinan k.pengenalan dan disahkan betul.Wang pos rm20.00 atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia.Tarikh tutup penerimaan borang 30.11.09. Harap maklum-Pengerusi plnj.

Friday, November 6, 2009

APR Course for Leader Trainers ( CLT )

Pada 19 hingga 25 Oktober 2009, saya terlibat sebagai fasilitator di Kursus Jurulatih Kebangsaan (4 Bead CLT) peringkat Asia Pasific Regional yang dirasmikan oleh Tuan Hj. Abdul Shukor bin Hj Mohsin, Pengerusi Latihan Negara di International Youth Centre, kuala Lumpur.

Turut hadir dalam perasmian ini ialah Miss Reiko Suzuki APR Adult Resources Sub-Committee Chairman, Pengarah International Youth Centre Dato Raja Ruslan Samah, Ketua Setiausaha Eksekutif PPM En. Zaki Nurud-din, dan Pesuruhjaya Pengakap Antarabangsa Dr Mukhyuddin bin Sarwani.

seramai 40 peserta dari 12 negara Persekutuan Pengakap yang mengambil bahagian dalam kursus antaranya dari Australia, Jepun, England, Kanada, Malaysia dan APR sendiri. Kursus pengarah bagi kursus ini ialah En. Rahmat bin Haji Jafaar daripada PPM serta dibantu oleh empat fasilitator daripada Malaysia.

PPM Negeri Johor telah menghantar seramai 2 orang pemimpinya iaitu En. Mohd Khir bin Muda ASC Johor dan En. Azhar Noor Rahman DC Pontian.

Para peserta dan pegawai kursus

Thursday, November 5, 2009

Ucapan selamat menunai fardhu haji

Semua pemimpin pengakap negeri johor mengucapkan selamat menunai Fardhu Haji kepada En Ramli Ibrahim serta isteri.Kami sentiasa berdoa encik selamat pergi/balik.Haji Mabrur insyaallah.

Wednesday, October 14, 2009

Batal Jota/Joti-Alih tempat Kem Tg Laboh BP

Untuk Makluman Jota/Joti SMK Laksamana K Tinggi dibatalkan kerana PPD Kota Tinggi tidak benarkan- cuti umum, sebagai ganti beralih ke Kem Jubli Intan, Tg Laboh Bt Pahat. Berhubung En Liang Kee Phang Tel:0127377927. Harap maaf

Majlis Wosm Apr ATAS

Sempena APR Scouts Conference, satu Majlis WOSM APR ATAS akan diadakan :

Tarikh : 30-31 Oktober 2009
Tempat : Hotel Hilton K.Lumpur
Bayaran : RM400/- seorang


Bekas-bekas Pengakap Raja/King Scout/Queen Scout dialu-alukan menghadiri majlis ini
Boleh hubungi En Erick Khoo-0193310546.

Tuesday, October 13, 2009

Jasa Allahyarham Tun Sardon Kepada Pergerakan Pengakap Akan Dikenang


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Jasa Allahyarham Tun Sardon Jubir kepada Pergerakan Pengakap dalam negara ini akan dikenang apabila Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ke-23 dari 27 Okt hingga 1 Nov depan, kata seorang pegawai Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sardon, yang merupakan Ketua Pengakap Negara dari tahun 1963 hingga 1973, telah banyak memberi sumbangan kepada Pergerakan Pengakap tempatan, terutamanya dalam mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968), kata Sahrizal Sunari, Setiausaha Unit Persaudaraan B-P & Veteran, persekutuan tersebut.....
( Berita Selanjutnya )

Wednesday, October 7, 2009

Perancangan Aktiviti PPM Johor 2010

Januari.
- Pendaftaran ahli.
- Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya
- Mesyuarat PLNJ
- Mesyuarat JK Program Negeri

Februari.
- Pra Pentarafan Pengakap Raja
- Kursus MK
- Kursus Kemahiran PKK

Mac
- Pentarafan Pengakap Raja
- Bersama Nyai dan Datuk
- Homestay Kg Orang Asli

April
- Kursus MK
- Kursus Asas Pengakap Laut

Mei
- Kursus Kemahiran PM
- Program Alam Sekitar

Jun
- Perkhemahan& Perlantikan Kelana Johor
- Kursus MK Bhg 3.1
- Kursus Asas Pengakap Udara
- Kursus Ulangkaji Jurulatih/Pentaraf

Julai
- Seminar Pengakap Wanita
- Kursus Asas Pioneering
- Kursus MK Bhg 3.2

Ogos
- Sambutan Hari Pengakap
- Tadarus Al Quran&Majlis Berbuka Puasa

September
- Sambutan Hari Raya

Oktober
- Perkhemahan PKK

November
- Scouts Xtreme Challenge

Disember
- Istiadat Pengurniaan Sijil P.Raja
- Majlis Pengurniaan Pingat & Hadiah Kecemerlangan

Doa/Selamat menduduki peperiksaan PMR 2009

Semua warga PPM Johor berdoa serta mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR (Pengakap Muda Malaysia) hari ini, juga kepada pemimpin pengakap yg bertugas-selamat bertugas. Buat terbaik untuk kejayaan, harapan ibubapa, keluarga, sekolah dan PPM Johor serta PLNJ.

Thursday, October 1, 2009

JOTA/JOTI-Badges/Lencana

Badges/Lencana JOTA/JOTI 2009 ada tersiar diruangan PAUTAN-JOTA/JOTI site, ScoutsJB JOTA/JOTI Blog,sesiapa berminat mengumpul badges, boleh order sekarang kerana badges terhad siapa dulu dia dapat.

Peminat JOTI- boleh daftar sekarang secara kumpulan di
Online Register
Maklumat lanjut klik disini :JOTA Event atau JOTI Event

Jumpa semasa JOTA/JOTI - PLNJ.

Wednesday, September 30, 2009

Program Pengakap Peringkat APR/Malaysia

October 2009.

1. APR Course For Leader Trainner,19-25 October,IYC K.Lumpur
2. 6th APR Scout Youth Forum,22-25 October,IYC K.Lumpur
3. 23rd APR Scout Conference,25 oct-01 Nov Hotel Hilton,K.Lumpur
4. 52nd World JOTA/13th World JOTI,Worldwide

November 2009

1. 7th SAF Scout Friendship Camp,14-20 Nov ,India
2. APR Disaster Management Workshop,16-19 Nov,Cibubur Jakarta
3. TTL Evaluation Workshop 1st week,Indonesia

Disember 2009

1. International Gathering for Community Development,1-10 December Sharjah
2. 26th APR Scout Jamboree,28 Dec-03 January 2010,Philippines.

Berminat sila hubungi En Rahim-Ibupejabat BP House Tel:0176156880.

Monday, September 28, 2009

Skaf Gilwel utk Pemimpin Pengakap Johor


Pemimpin Pengakap Johor yg bakal menerima MK pada Januari 2010,boleh memesan skaf Gillwel dgn harga rm20/ sehelai melalui PLNJ. Walaubagaimanapun, pemimpin lain berminat boleh juga memesan sekali.

Pemimpin Pengakap boleh membeli/memesan apa-apa jua lencana, buku-buku pengakap, skaf, cenderahati jambori dll, epalet pemimpin, pesuruhjaya daerah/negeri dan pakaian pengakap (L/P), pakaian pemimpin (L/P) kepada En Ng Cheng Tong Kedai Pengakap JB Tel:0197736228. Harga berpatutan.

Gambar kenangan sempena Majlis Anugerah 100th pengakap Johor boleh dapat Tel: 0177100576 cgu sidi.

Friday, September 25, 2009

23rd APR scout conference

wakil Johor untuk menghadiri 23rd Scout Conference, di Hotel Hilton KL adalah :

1. Tuan Hj Ibrahim Abdullah - ASC Latihan
2. En Mohd Asik Saim - DC B.Pahat
3. En Shes Sueba Baba - DC Muar.

Tahniah dan selamat bersidang

Thursday, September 24, 2009

Takwim PLNJ 2010

Januari
-
Pendaftaran Keahlian. Mesyuarat PLNJ

Februari
- Kursus Kepimpinan MK Pengenalan/Bhg1
- Pra Pentaraf Pengakap Raja

Mac
- Kursus Kepimpinan MK Pengenalan/Bhg1
- Kursus Pengendalian Lencana utk Pemimpin
- Ujian Perkhemahan Pentarafan P.Raja Johor

April
- Kursus Kepimpinan MK Pengenalan/Bhg1

Mei
- Kelas Radio Amatur (RAE)
- Kursus Kepimpinan MK Pengenalan/Bhg1
- JOTA/JOTI Hari Komunikasi Malaysia

Jun
- Kursus Kepimpinan MK 3.1(PKK,PM,PR)
- Kursus Ulangkaji Jurulatih/Pentaraf

Julai
- Kursus Kepimpinan MK 3.2(PKK,PM,PR)

Ogos
- JOTA/JOTI Asia Pasifik Region

September
- Sambutan Ramadhan/Hari Raya

Oktober
- JOTA/JOTI World

November
- Bengkel Pentarafan P.Raja Johor

Disember
- Majlis Anugerah Manikayu
- Seminar Persaudaraan Pengakap Raja.

Saturday, September 19, 2009

Perkhemahan World Jota/Joti


PPM Negeri Johor akan menganjurkan perkhemahan sempena World JOTA/JOTI


Tarikh : 17-18hb Oktober 2009
Tempat:Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat
Penganjur: JOSRAC
Pemimpin & PK/PR/PM berminat boleh berhubung dengan ADC R.Ham -En Liang Kee Phangl
HP No:0127377927. Untuk Makluman

info kursus

Kursus Jurulatih AntaraBangsa(4 beads)- CLT

Calon dari Johor terpilih untuk mengikuti kursus tersebut ialah :

1 En Mohd Khir b. Mohd Muda ASC Johor
2 En Noor Azhar Noor Rahman DC Pontian

Tarikh : 19-25 Oktober 2009
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa,Cheras K.Lumpur
Bayaran: RM500.00 seorang.

Calon dipilih untuk tugas Fasilitator - Hj Ibrahim Abdullah ASC Latihan Johor
Calon dipilih untuk tugas Urusetia - YM Raja Iskandar Raja Ali Pengerusi PLD B.Pahat

Tahniah selamat berkursus/selamat bertugas.

Sunday, September 13, 2009

tesis mk IVB-dulu.

tesis manikayu bahagian IVB.

Pemimpin pengakap masih boleh menghantar 'tesis manikayu'-IVB kepada Hj Ibrahim, tempoh dilanjutkan sehingga 31 Disember 2010. Atau pemimpin-pemimpin kena mengulang,hadir kursus manikayu baru Bahagian 3.1& 3.2

Pemimpin yang lulus tesis MK IVB,sila isi borang Penilaian untuk mendapatkan Manikayu.

Tuesday, September 1, 2009

MEMO DARI PENGERUSI PLNJ

Kepada Pemimpin Pengakap yang telah mengisi borang Penilaian Manikayu, bolehlah menghantar kepada saya Pengerusi Latihan Negeri Johor sebelum akhir bulan November 2009.

Jangan lupa sertakan wang pos sebanyak
RM 20.00 atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia dan RM 1.00 untuk perbelanjaan pos ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Segala pertanyaan bolehlah menghubungi saya
. Harap Maklum.

Friday, August 21, 2009

Pengerusi PLNJ Terima Anugerah Pingat 100 tahun dari KPN

Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Negeri Johor
menerima anugerah Pingat 100 Tahun Kepengakapan Malaysia dari
Y.B Dato' Seri Hj. Mohd Shafie bin Salleh Ketua Pengakap Negara
di Hotel Seri Malaysia JB pada 8 Ogos 2009

Wednesday, July 15, 2009

Kursus Manikayu Penerangan dan Peringkat 1

Tarikh :7 hingga 9 Ogos 2009
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Ibu Pejabat PPM Daerah Mersing
Anjuran : Pasukan Latihan Daerah Mersing

Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi En. Kamis Pesuruhjaya Daerah Mersing.

Thursday, July 9, 2009

Kursus Manikayu Penerangan dan Peringkat 1

Tarikh : 10 hingga 12 Julai 2009
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Rumah Pengakap PPM Daerah Muar
Anjuran : PPM Daerah Muar

Sesiapa yang berminat mengikuti kursus ini sila hubungi Pesuruhjaya Daerah Muar.

Tuesday, June 16, 2009

Kursus Manikayu Peringkat 3 ( i ) Unit PKK,PM, PR Negeri Johor


Pada 12 hingga 14 Jun 2009, Pasukan latihan Negeri Johor telah berjaya menganjurkan Kursus Manikayu Peringkat 3 (i) bagi unit PKK, PM dan PR telah diadakan dengan jayanya di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pengakap seluruh negeri Johor telah menyertainya kursus. Kursus dijalankan serentak 3 unit oleh:

Ketua Kursus PKK :

Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah - Pengerusi PLNJ


Ketua Kursus PM :

En. Mohd Khir bin Muda - PPNJ ( Kem Pengakap )


Ketua Kursus PR :

En. Azhar bin Noor Rahman - PD Pontian

Mereka dibantu seramai 6 orang jurulatih dan 6 orang pembimbing. Turut hadir ialah Tn. Hj. Yaacob bin Hj Karim, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor bagi mersamikan penutup serta penyampaian sijil kursus serta sijil Manikayu kepada pemimpin yang telah lulus manikayunya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan kursus ini.

Wednesday, May 20, 2009

Kursus Kepimpinan Manikayu Penerangan & Peringkat 1 Daerah Batu Pahat

Tahniah kepada Pasukan Latihan Daerah Batu Pahat kerana telah berjaya mengadakan kursus diatas yang diadakan pada 8 hingga 10 Mei 2009 bertempat di Kem Jubli Intan, Lanjung Labuh Batu Pahat. Seramai hampir 70 orang pemimpin dari daerah - daerah dalam Negeri Johor mengikuti kursus ini yang dirasmikan oleh Th. Hj. Yaacob bin Hj. Karim, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Ucapan terima kasih juga kepada para jurulatih, pembimbing dan urusetia yang banyak membantu menjayakan kursus ini.

Jambori On The Air (JOTA) Malaysia Kali Ke 2

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 ( i ) Negeri Johor






Tarikh: 12 hingga 14 Jun 2009
Tempat: Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Manikayu Unit: PKK/ P.Muda & P.Remaja
Penyertaan: Pemimpin yg telah menghadiri MK Peringkat II
Bayaran: RM 60.00 (Makan minum, Modul dan pengurusan)
Anjuran: Pasukan Latihan Negeri Johor

Berminat bolehlah menghubungi
Tn Hj Ibrahim Abdullah, Pengerusi PLN Johor
(013-7014105)