Thursday, December 30, 2010

APR EVENTS JANUARY 2011

ASIA PACIFIK REGION EVENTS JANUARY 2011
-----------------------------------------------------
1.11th world scout youth forum,3-6 Jan Brazil
2.world scout committee meting 9 Jan.Brazil
3.39th world scout conference,10-14Jan Brazil

PENDAFTARAN KEAHLIAN/KUMPULAN

PENDAFTARAN KEAHLIAN/KUMPULAN 2011
---------------------------------------------------

Diminta kerjasama semua Tuan Pesuruhjaya Daerah membuat Pendaftaran Keahlian dan Kumpulan mulai Januari 2011.

Borang pendaftaran boleh didapati: web Pentadbiran PPM Johor.Terima kasih

UCAPAN selamat tahun baru 2011

PPM JOHOR mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua ahli Pengakap se Malaysia khasnya Negeri Johor.

Diharap tahun 2011 PPM Johor akan bergerak lebih maju dan mantap,banyakkan aktiviti dan progrem yang boleh mencapai kejayaan kemahiran kepengakapan.

BORANG PENILAIAN MK PKK/PM-OKT2010

Semua PEMIMPIN PKK/PM yang sudah mengisi borang penilaian mk- boleh menghantar kepada PLNJ.Hanya pemimpin PKK/PM MK pada 21-24 Okt 2010 di Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat.Terima kasih diatas kerjasama tuan/puan.

Wednesday, December 29, 2010

KURSUS PENGURUSAN ISTIADAT & PERHUBUNGAN AWAM SERTA PROTOKOL

PPM akan mengadakan Kursus Pengurusan Istiadat & Perhubungan awam serta Protokol pada

Tarikh:23-26 Januari 2011
Tempat: IYC Cheras K.Lumpur
Bayaran :RM400.00

PPM telah memilih peserta Kawad & Istiadat untuk hadir :-

1.Hj Ramli Ibrahim
2.Rosmah Abdullah
3.Azahar Noor Rahman
4.Raja Iskandar Raja Ali
5.See Kwan Lian
6.Afzainizam Ahmad
7.Abd Razak Hj Idris
INFO-plnj

Tuesday, December 28, 2010

UJIAN SIKAP P.REMAJA PPM JOHOR

Pengerusi Pasukan Latihan N.Johor akan mengadakan UJIAN SIKAP untuk P.Remaja seluruh N.Johor pada

Tarikh: 14-16 Januari 2011
Tempat:Kem Jubli Intan tg Laboh,Bt Pahat
Pendaftaran:3-4 ptg 14/1/11..
Peserta: Bawa Buku Log,lulus 5 Lencana Tertinggi PR,Pakaian lengakap pengakap.Yuran pendaftaran. Surat panggilan Ujian Sikap ke Pejabat Pelajaran N.Johor sudah dihantar.

TAMAT TEMPOH SIJIL MANIKAYU PENGAKAP SEMUA UNIT

Pesuruhjaya Latihan Pengakap Negara memaklumkan iaitu semua SIJIL MANIKAYU telah tamat tempohnya.Mulai Januari 2011 Sijil Kursus Kepimpinan Manikayu semua unit adalah terbaru.Pemimpin Pengakap dikehendaki hadir kursus terbaru seperti

KURSUS PENGENALAN (8 JAM)
KURSUS PERINGKAT 1(3h 2m-berkhemah)
KURSUS PERINGKAT 2 (PRAKTIKAL 2 bulan)
KURSUS PERINGKAT 3.1 (3h 2m)
KURSUS PERINGKAT 3.2 (4H 2M-3H 2Mpkk)
PERINGKAT 4 -PENILAIAN (4 bulan)
DIANUGERAHKAN MANIKAYU

Hubungi Pengerusi Latihan Negeri untuk keterangan lanjut.

Monday, December 27, 2010

EXTREME ROVER MOOT 2011

PPM Pasir Mas,Kelantan akan menganjur Progrem untuk ahli-ahli Pengakap Kelana iaitu XTREME ROVER MOOT 2011 yang akan diadakan pada

Tarikh:1-5 Februari 2011
Tempat:Kem Pengakap Pasir Mas Kelantan
Bayaran Pendaftaran:rm50.00

Aktiviti adalah seperti
Paintball/abselling/halangan komando/flying fox/mlm kebudayaan/khidmat masyarakat

Berminat sila hubungi 0199211609-0176600458

Sunday, December 26, 2010

SEMINAR PENGAKAP LAUT (PPMWPKL)

PPM WPKL akan mengadakan SEMINAR PENGAKAP LAUT PADA

Tarikh:16 Januari 2011(AHAD)
Tempat: SMK Victoria K.Lumpur (Sebelah Stadium Negara)
Masa:0900-4ptg
Bayaran:rm12.00

PERBINCANGAN:

Sejarah Pengakap Laut
Pengakap Laut masakini
Pakaian Pengakap Laut
Seamanship Bhg1 dan 2.
Adult Resource Dev.
Soal Jawab

Sila hubung En Mohd Hilmi-mohdalmi84@gmail.com

MESYUARAT DAN BENGKIL SKIM LENCANA PENGAKAP/UJIAN PENTARAFAN P.RAJA(BARU)

PPM JOHOR akan mengadakan Mesyuarat dan Bengkil Skim Lencana Pengakap dan Ujian Pentarafan Pengakap Raja(Baru) pada

Tarikh: 09Januari 2011(Ahad)
Tempat:Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat
Masa:9.30pg hinga 3.00ptg
Pendaftaraan:9.00 pagi

Pengerusi Pasukan Latihan Negeri
Pengerusi Pasukan Progem Negeri
Semua Pengerusi Pasukan Latihan Daerah
Semua Pengerusi Pasukan Progren Daerah
Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah Pengakap Remaja
Semua Jurulatih dan Penolong Jurulatih
Semua ahli Lembaga Pentaraf Pentarafab Johor
PPNJ Pentadbir

Tuan/Puan dijemput hadir mesyuarat dan bengkil tersebut diatas.

Thursday, December 23, 2010

INTERNATIONAL EVENTS

IBUPEJABAT PPM UNIT PEROGREM

International Events 2011
--------------------------

January 2011-11th IUMS International Conference Brazal,9Jan/39th world scout conference 10-14Jan
February2011-Founder Day-worldwide
June2011-APR Seminar
August 2011-Worls scouts day-worldwide
September 2011- APR Workshop-16 19 Japan/22-25Korea
-International Peace Days 21sept/ISGF world Con Italy 25sept

BAHAGIAN "PROGREM PPM"

Berikut adalah petikan info dari PROGREM PPM untuk makluman semua Pemimpin Pengakap

PEROGREM PPM 2011.

Mac 2011-Korobori Kebangsaan (PKK) Kem Pengakap Bkt Katil Melaka
April 2011-Agoonoree Peringkat Kebangsaan,11-14 Apr.KoKurikulum JPN Johor
-Pertandingan Kepandaian&Kemahiran PMuda-PPM WPKLumpur.
Mei 2011-APR jota/joti kelkom
Jun2011-1st msia rainforest scout challenge-PPM Perak
Ogos 2011-APR jota/joti kelkom
Okt 2011-53rd world/14th world jota/joti kelkom
Nov 2011-Jamboree Msia ke12 Terengganu kem Telaga batin Trengganu

TAHNIAH-CEMERLANG PMR 2010-PPM JOHOR

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan semua PEMIMPIN Pengakap PPM Johor mengucapkan TAHNIAH kepada semua PENGAKAP MUDA yang lulus Cemerlang PMR2010.Teruskan usaha anda dan meningkatkan nama Pengakap JOHOR..syabas!-plnj

Wednesday, December 22, 2010

MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR 2011

PPM JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT HARI NATAL(MERRY CHRISTMAS)YANG BERAGAMA KRISTIAN DAN
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011
KEPADA
SEMUA AHLI PENGAKAP PPM-JOHOR

TAMAT MENGHANTAR BORANG PENILAIAN MANIKAYU SEMUA UNIT

Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Negeri Johor memaklumkan iaitu Borang Penilaian Manikayu semua unit, telah tamat tempohnya 20 December 2010.Pihak kami tidak akan menerima borang tersebut sertamerta. Harap maklum.

Borang Penilaian /Sijil Manikayu tahun 1980an hingga 8.8.2008.

Mulai 1 Januari 2011-semua sijil Manikayu adalah baru,yang mana jika ada Pemimpin berminat menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sila hadir di daerah anda.Kursus Manikayu /Sijil lama TIDAK SAH.

Tuesday, December 21, 2010

PERLANTIKAN TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

IBUPEJABAT PPM-Mulai 1hb Nobember 2010 2 Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri telah dilantik memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara iaitu

1.YBhg Dato Hj Abd Kader Mohd Nor - Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka
2.YBhg Dato Hj Awang Zaini Suntim-Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah

Tahniah Dato.

PerjumpaanPersaudaraan Pengakap Raja Malaysia

Dijemput semua ahli Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia ke satu majlis GET TOGETHER pada

Tarikh: 26 Februari 2011
Tempat: Hotel Lengend K.Lumpur
Bayaran:RM50.00

Hubungi En Eric Khoo 0193310546

Tuesday, December 14, 2010

TAULIAH PENGAKAP PPM JOHOR

PERINGATAN & MEMBERITAHU kepada semua Penolong Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Daerah dan Penolong-Penolongnya iaitu TAULIAH anda akan tamat akhir tahun ini 2010.Sayugia diminta isi borang tersebut dan hantar kepada ASC Pentadbiran Johor untuk diperbaharui.

Tauliah anda sah 2 tahun sahaja.
UP:Tuan Hj Ramli Ibrahim.

Kepada semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin PPM Johor yang berpindah kumpulan(sekolah) juga isi borang baru untuk Tauliah kumpulan baru. Walaubagaimanpun, Pemimpin belum ada tauliah sila isi borang segera.

Monday, December 13, 2010

Scout China Centenary&APR 28th Jambori-100Years China Scouting

Sempena 100tahun Scouts China beberapa progrem akan diadakan

Tarikh: 11-17 Julai 2011
Tempat:Lake Chengcing Kaohsiung Taiwan
Yuran USD200
Hubungi: 886-2-27401336/scouts@scout.org.tw

28th APR Scouts Jamboree
100Years scout in China


JAMBORI 1BELIA 1 MALAYSIA-ANJURAN KEMENTERIAN BELIA SUKAN MALAYSIA

IBUPEJABAT PPM- JAMBORI 1BELIA 1MALAYSIA 2011

Kementerian Belia & Sukan Malaysia bersetuju untuk mengadakan "JAMBORI 1B 1M" di PUTRAJAYA pada

Tarikh: 27-29 Mei 2011
Tempat: Putrajaya
Progrem sedang diatur oleh Ibupejabat PPM.

NOTA 6 - SISTEM BERPATROL

MAJLIS KETUA-KETUA PATROL

Apakah badan Majlis Ketua-Ketua Patrol?

Majlis Ketua-Ketua Patrol adalah mesyuarat atau pertemuan diantara pemimpin terup dengan ketua patrol dan penolongnya.Ia umpama otak yang memberikan panduan dalam keseluruhan terup tersebut.Penemuan ini menetapkan soal-soal tanggungjawab,,kepimpinan,disiplin dan bagaimana terup menjalankan dan memastikan nama baik mutukepengakapan terjamin.

Siapakah ahli-ahlinya?

Ketua Terup,Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol.Pemimpin hanya memberi nasihat,cadangan dan tunjukajar.

Apakah yang dibuat oleh Majlis Ketua-Ketua Patrol?

Ia membincang dan merancang aktiviti terup,mesyuarat,perkhemahan,mendaki gunung,khidmat masyarakat,sesi bersama ibubapa,projek khas,disiplin,sistem mata,tabung terup,kemajuan pengakap,uniform terup,dll.Tugas diagihkan dengan balasan laporan serta kemajuan,selain itu pemimpin boleh menggunakan majlis ini untuk melatih ketua-ketua patrol dalam sesi latihan.

NOTA 5 - SISTEM BERPATROL

BAGAIMANA MENINGKATKAN PATROL ANDA?

ANDA adalah contoh kepada ahli anda.Penting untuk Ketua Patrol maju ke depan daripada ahli-ahlinya.Kemajuan dalam lencana adalah sebahagian daripada ajenda setiap perjumpaan mereka.Mesti ada progres dalam kejayaan.Ketua Patrol hendaklah berpengetahuan,secara tiori dan praktikal dan lulus serta mendapat lencana.

Dengan menyediakan carta peningkatan yang kemaskini disatu sudut dan memberi galakan serta kerap membuat perjumpaan untuk menentukan ujian/lencana yang perlu mereka lulus.

Bagaimanakah seorang pengakap bersedia untuk ujian lencana?

Menerima arahan dari kumpulan pengakap dan ketua sebagai sebahagian daripada perancangan perogrem pasukan atau mesyuarat patrol atau pengakap yang pakar dalam perogrem dipadang.

Buku-buku dan peralatan Patrol.

BUKU LOG mengandungi peristiwa dalam bentuk diari,tentang apa yang dijalankan oleh patrol samada berkumpulan atau individu.Ia mengandungi gambar,keratan,peta,perhiasan,lukisan,rumusan dan lain-lain.Ini adalah buku yang paling penting oleh mana-mana patrol dan ia mesti sentiasa ada perkembangan dan sekemas yang mungkin.

Buku minit dewan patrol mengandungi semua isi yang ringkas tentang majlis patrol,majlis mesyuarat.

Buku kedatangan patrol.Buku rekod kedatangan patrol adalah untuk merekod kedatangan ahli-ahli dalam kumpulan ketika mesyuarat,penggembaraan,perkhemahan,majlis dan lain-lain.

Keperluan asas patrol - anda mestilah mempunyai kotak atau almari yang berkunci dengan lambang kumpulan yang diletak diatasnya.Ketua Patrol atau pengawas stor mestilah memegang kunci tersebut:-

segulung tali-bola tenis-wogel-pensel-buku nota-kertas skrap-pembalut tangan segitiga-kapor-pembaris-pin-mesin peralatan-mancis-lilin-pengilat kasut-berusbenang.

Sudut Patrol-dihias dengan cantik,lambang yang berwarna,kotak/almarinberwarna
-sejarah patrol,mempamirkan kejayaan,cenderahati dll
-carta yang kemaskini,no telefon,kecemasan,nama-nama ahli
-praktikal,tempat kotak,papan kenyataan,bangku dll

Wednesday, December 8, 2010

NOTA 4 - SISTEM BERPATROL

DAYA KEPIMPINAN - TUGAS KETUA PATROL

KETUA PATROL dalam pasukan pengakap memainkan peranan penting dalam menjayakan prosedur patrol.Ketua patrol mestilah tahu bagaimana untuk mendapatkan dan memberikan maklumat,menjelaskan tentang patrol,mengajar,merancang,memberi arahan dengan cara yang baik serta sentiasa menyuarakan persetujuan yang sewajarnya.

KEPIMPINAN

Sesetengah orang dilahirkan untuk mmemimpin.walaubagaimanapun, ketua atau pemimpin yang baik akan dilahirkan melalui latihan yang dijalankan.Sesiapa yang tidak belajar untuk berkhidmat.tidak boleh belajar untuk memimpin.

Ketua patrol mempunyai dua kali ganda tanggungjawab iaitu memimpin kumpulan atau pasukan dan membantu mereka dalam patrol untuk berkembang tetapi dalam masa yang sama ketua tidak boleh mengabaikan perkembangan diri.Pemimpin harus memperbaiki diri,bekerja keras untuk mendapatkan taraf dan kedudukan disekolah,memperbaiki taraf seseorang pengakap dan berkhidmat pada patrol.

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK

Berani-jujur-setia-lucu-berkeyakinan-bertenaga- tetapi berpendirian-penceramah-berilmu-penuh keazaman.Ketua bukan seorang BOSS! Ketua mempunyai keupayaan untuk mengarahkan ahlinya melakukan sesuatu mengikut arahan.Ahlinya akan membuat sesuatu mengikut"kemahuan" sendiri bukan kerana mereka harus melakukan sesuatu.

Dia adalah seorang yang patuh,taat kepada orang atasannya.Dia adalah seorang yang betul dalam memakai pakaian seragam,kekemasan dan sebagainya.Dia seorang yang bersemangat tentang sesuatu perkara yang ingin dilakukannya dan memberi contoh yang baik.

Ketika memberi arahan:

-elakkan memberi arahan yang tidak terlatih,untuk memaksa dalam beberapa cara
-elakkan arahan yang tidak berfaedah
-bersopan memberi arahan
-elakkan memberi arahan yang tidak jelas

Beberapa Larangan-Sebagai ketua patrol jangan

-memperolok-olokkan seseorang dihadapan orang lain
-menghukum
-mengharapkan sesuatu
-mengeluarkan pemberitahuan kesalahan pada masa itu

APA YANG PATUT SESEORANG KETU PATROL LAKUKAN

-hidupkan undang-undang pengakap
-belajar sebanyak yang mungkin tentang tugas anda
-membekalkan cabaran perkara yang berfaedah
-aktiviti yang menyeronokkan perjumpaan patrol
-mewakilkan setiap ahli kerja
-sentiasa maju kehadapan
-layak untuk membawa patrol xpdc dan perkhemahan
-pakai uniform anda dengan betul,kemas.
-bekerjasama dengan semua kumpulan


NOTA 3- SISTEM BERPATROL

CARA-CARA UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT BERPASUKAN DALAM KUMPULAN.

KETUA PATROL yang mempunyai banyak idea dalam menjalankan aktiviti dan mempunyai organisasi yang tersusun adalah faktor utama dalam membangunkan semngat berpasukan.

1.Kumpulan patrol mestilah menjalankan tugas secara bersama-sama.Lakukan secara perasaan berpasukan.

2.Mesti wujudkan semangat berbangga terhadap tradisi,budaya patrol kita.Patrol mesti mempunyai dan digunakan selalu:nama,panggilan,jeritan atau lagu,tandatangan,skill,bendera dan lencana,sudut/tempat,buku log,peralatan,tugasan dan pakaian seragam

3.Setiap ahli patrol mestilah tahu antara satu dengan lain.

Semangat pengakap bukannya datang semula jadi,semangat ini dibina melalui aktiviti bersama dalam pengakap seberapa kerap yang boleh,anda, Ketua Patrol hendaklah membina semangat kerja berkumpulan dalam patrol anda.Semangat patrol akan wujud...daripada kepimpinan anda yang baik,semangat,minat dan teladan.

NOTA 2- SISTEM BERPATROL

SEMANGAT BERPATROL

Semangat berpatrol bukanlah sesuatu yang boleh anda beli dan simpan untuk kegunaan anda apabila anda memerlukannya seperti beg,khemah,untuk menggembara.Ia adalah sesuatu yang istimewa untuk adanya patrol.

Semangat berpatrol adalah sesuatu yang istimewa didalam setiap diri ahli pengakap yang hadir apabila anda bermain sesuatu permainan mendirikan khemah atau hanya duduk untuk malam pengakap - ia adalah perasaan yang sungguh bagus keseronokkan bekerjasama dan melakukan sesuatu bersama-sama.

Semangat berpatrol adalah "perasaan" saya berbangga menjadi salah seorang daripada pasukan.

Ia dipanggil"esprti de corps"-sekali anda mendapat anda akan ketahui

Sebuah patrol dengan semangat berpatrol yang baik ialah satu kumpulan yang mana sangat menyeronokkan-berada bersama-sama dalam kumpulan,melakukan tugasan pengatap bersama-sama,belajar antara sama lain dan saling tolong menolong.

NOTA 1 - PATROL SISTEM

NOTA 1 - KAEDAH BERPATROL.

Pergerakan Pengakap ditubuhkan oleh Lord Baden Powell dalam bukunya Scouting For Boys pada 1907,yang menggalakkan kanak-kanak lelaki bersama-sama dalam satu "kumpulan kecil"dan cuba melakukan idea-idea yang terdapat dalam buku yang diterbitkan itu.Itulah yang dimaksudkan dengan PATROL iaitu kumpulan sekawan yang kecil.

Apabila pengakap berkembang,kumpulan tersebut akan bersama-sama dibawah seorang dewasa sebagai penasihat-pasukan pengakap dan kumpulan yang kemudian,daerah,linkungan dan sebagainya berkembang untuk mengendalikan organisasi yang luas supaya dapat menonjol.

1.Anggota patrol berasa mereka dimiliki-mereka mempunyai tempat dimana ia adalah kepunyaan mereka dan mereka dialu-alukan - disini wujudnya semangat patrol

2.Patrol adalah kaedah organisasi dan pengawalan manusia yang unggul seperti sekumpulan yang kecil dengan seorang yang akan memastikan semua perkara dilaksanakan denganbetul.

3.Satu kaedah mengajar manusia yang unggul seperti ketua yang menurunkan ilmunya kepada anak-anak buahnya dan memastikan mereka dapat latihan.

4.Ia membekalkan peluang untuk melatih kepimpinan-setiap orang akan mendapat peluang

5.Setiap orang mempunyai peluang untuk bercakap kerana ia adalah sebuah bentuk demokrasi.

Jika kamu tidak memberikan tanggungjawab pada setiap ahli,galakan dan kepimpinan anda,patrol anda akan gagal.KEJAYAAN akan datang perlahan-lahan melalui keazaman anda untuk menjadikannya berjalan lancar.

NOTA-KURSUS KETUA-KETUA PATROL-KETUA 6SEKAWAN

Pengerusi Pasukan Latihan PPM Johor akan memberi bahan(nota) berkaitan KURSUS Ketua-Ketua Patrol dan Ketua-Ketua 6 Sekawan.Adalah satu tanggungjawab,kemahiran dan ilmu kepengakapan yang penting untuk Pemimpin dikumpulan.

Setiap Kumpulan Pengakap di sekolah yang mempunyai Patrol/Pek PERGERAKAN PENGAKAP mesti tahu APA ITU PATROL SISTEM? Pergerakan Pengakap bergerak cara patrol atau 6sekawan.Ini penting agar kumpulan itu dapat menjalankan aktiviti-progremnya sempurna,teratur dan daya maju.

KEPUTUSAN UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2010

TUAN KETUA PESURUHJAYA NEGERI JOHOR-TAHNIAH kepada semua Pengakap Remaja yang lulus Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja pada Mac 2010.Keputusan telah dihantar kepada setiap individu-PPM Johor bercadang untuk 1 Majlis Penyampaian Lencana&Sijil Pengakap Raja pada satu masa yang dalam proses.Harap semua PengakapRaja Johor bersabar menunggu tarikh tersebut.

Manakala yang GAGAL, anda digalakkan mengambil sekali lagi ULANG mana-mana perkara yang anda gagal sahaja-bukan semua perkara.

Keputusan keseluruhan ada pada Tuan Pesuruhanjaya Daerah anda.

Monday, December 6, 2010

11thWORLD SCOUT YOUTH FORUM & 39th WORLD SCOUT CONFERENCE 2011

11th World Scouts Youth Forum akan diadakan pada

Tarikh: 3-6 Januari 2011
Tempat: Bluemenaan Brazil

39th World Scouts Conference 2011 akan diadakan pada

Tarikh:10-14 Januari 2011
Tempat: Curutiba Brazil

Berminat hubung PPM 03-20780836

22nd World Jamboree 2011

PPM Ibupejabat menjemput ahli-ahli Pengakap dan Pemimpin untuk 22nd World Jamboree 2011 yang akan diadakan pada

Tarikh:27Julai-7Ogos 2011
Tempat:RINKABY SWEDEN

Sila hubung 03-20780836 yang berminat Jamboree Sweden 2011

1st MALAYSIA RAINFOREST SCOUTS CHALLENGE(MRSC)2011

PPM Perak bercadang untuk progrem"1st Malaysia Rain Forest Scouts Challenge 2011" yang sangat mencabar kepada ahli Pengakap,akan diadakan pada

Tarikh: JUN 2011
Tempat: Temenggor Perak
Bayaran:USD150.

Sila berhubung PPM 03-20780836 untuk keterangan selanjutnya.

Saturday, December 4, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Sempena akhir dan awal tahun MUHARAM,akan disambut pada 6 Disember dan 7 Disember 2010.Semua umat Islam dijemput ke majlis Doa Akhir/Awal tahun disurau/mesjid berdekatan.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIYAH
SEMUGA
KITA BERHIJRAH
KEPADA
YANG LEBIH BAIK

SALAM MAAL HIJRAH 1432H
SELAMAT TAHUN BARU 2011M KEPADA SEMUA AHLI PENGAKAP PPM JOHOR/PPM ,SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBERIKAN LEBIH KEBERKATAN DAN SETERUSNYA BERJAYA MENCAPAI KEJAYAAN....
SEMUGA 1432H LEBIH BERMAKNA


Wednesday, December 1, 2010

UJIAN SIKAP'PENGAKAP RAJA' PPM JOHOR 2011

Ketua Pentarafan Pengakap Raja N.Johor memaklumkan iaitu UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA akan diadakan pada

Tarikh: 14-16 Januari 2011
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Labuh Bt Pahat Johor
Peserta/Calon daripada PENGAKAP REMAJA mesti telah lulus 5 Lencana Tertinggi,sila bawa Buku Log anda. Pendaftaran 14-01-2011 jam 3-4 petang ke Urusetia.Surat akan menyusulkemudian.

SILA AMBIL PERHATIAN:Seandainya ANDA tidak hadir Ujian ini ANDA tidak dibenarkan menghadiri UJIAN PERKHEMAHAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2011.

Untuk makluman awal kepada Semua Tuan Pesuruhjaya Daerah,Pengerusi Latihan Daerah,Pemimpin Kumpulan dan Pengakap Remaja

Sila hubungi 0137014105 untuk keteraangan lanjut.

PEMBERITAHU-TANGGUHAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3.1 PKK/PM PPM JOHOR

PLNJ-Dukacitanya dimaklumkan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat3.1 PKK/PM PPM Johor yang dijangkakan pada 14-16 Januari 2011 DITANGGUHKAN buat sementara waktu,oleh sebab ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian. Harap maaf kepada Pemimpin PKK/PM daripada Hj Ibrahim

3rd HIGHER INSTITUTION CAMPING 2011

PENGAKAP KELANA UTM Skudai,Johor Bahru akan mengadakan Perhimpunan semua PM,PR PPM Johor yang diberi nama "3rd HIC 2011" Green Tech. pada

Tarikh: 28-30 Januari 2011
Tempat: Kawasan UTM Skudai Johor Bahru
Bayaran:rm55.00(termasuk makan/minum )
Peserta: Setiap Daerah menghantar 50 orang ahli Pengakap.

KURSUS ASAS PENERBANGAN-STK PPM JOHOR

Unit Udara (AirScout)1st Kluang akan mengadakan Kursus Asas Penerbangan pada

Tarikh: 24-26Disember2010
Tempat: STK

Skim latihan Unit Udara sedang dalam proses.