Monday, December 13, 2010

NOTA 5 - SISTEM BERPATROL

BAGAIMANA MENINGKATKAN PATROL ANDA?

ANDA adalah contoh kepada ahli anda.Penting untuk Ketua Patrol maju ke depan daripada ahli-ahlinya.Kemajuan dalam lencana adalah sebahagian daripada ajenda setiap perjumpaan mereka.Mesti ada progres dalam kejayaan.Ketua Patrol hendaklah berpengetahuan,secara tiori dan praktikal dan lulus serta mendapat lencana.

Dengan menyediakan carta peningkatan yang kemaskini disatu sudut dan memberi galakan serta kerap membuat perjumpaan untuk menentukan ujian/lencana yang perlu mereka lulus.

Bagaimanakah seorang pengakap bersedia untuk ujian lencana?

Menerima arahan dari kumpulan pengakap dan ketua sebagai sebahagian daripada perancangan perogrem pasukan atau mesyuarat patrol atau pengakap yang pakar dalam perogrem dipadang.

Buku-buku dan peralatan Patrol.

BUKU LOG mengandungi peristiwa dalam bentuk diari,tentang apa yang dijalankan oleh patrol samada berkumpulan atau individu.Ia mengandungi gambar,keratan,peta,perhiasan,lukisan,rumusan dan lain-lain.Ini adalah buku yang paling penting oleh mana-mana patrol dan ia mesti sentiasa ada perkembangan dan sekemas yang mungkin.

Buku minit dewan patrol mengandungi semua isi yang ringkas tentang majlis patrol,majlis mesyuarat.

Buku kedatangan patrol.Buku rekod kedatangan patrol adalah untuk merekod kedatangan ahli-ahli dalam kumpulan ketika mesyuarat,penggembaraan,perkhemahan,majlis dan lain-lain.

Keperluan asas patrol - anda mestilah mempunyai kotak atau almari yang berkunci dengan lambang kumpulan yang diletak diatasnya.Ketua Patrol atau pengawas stor mestilah memegang kunci tersebut:-

segulung tali-bola tenis-wogel-pensel-buku nota-kertas skrap-pembalut tangan segitiga-kapor-pembaris-pin-mesin peralatan-mancis-lilin-pengilat kasut-berusbenang.

Sudut Patrol-dihias dengan cantik,lambang yang berwarna,kotak/almarinberwarna
-sejarah patrol,mempamirkan kejayaan,cenderahati dll
-carta yang kemaskini,no telefon,kecemasan,nama-nama ahli
-praktikal,tempat kotak,papan kenyataan,bangku dll

No comments:

Post a Comment