Sunday, August 22, 2010

Ucapan Penghargaan-Tahniah Majlis Tilawah&Tadarus-Berbuka puasa PPM Johor

Majlis Tilawah&Tidarus Al-Quran-Berbuka Puasa PPM Johor,yang diadakan pada 21hb Ogos 2010,di kem Tg Laboh Bt Pahat Johor, telah berjalan dengan lancar dan meriah.Seramai 120 Pengakap Muda/Remaja/Kelana mengambil bahagian.

Majlis ini telah diresmikan oleh Tuan Hj Kamaruddin Mohamad Tahir-Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Matlamat-mendekatkan diri untuk menghayati AlQuran.Menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak dan menyemai nilai cemerlang AlQuran serta menghayati ukhuwah dalam kalangan ahli pengakap.

Objektif-memberi peluang kepada ahli pengakap mengetengahkan kebolehan dan kemahiran dalam membaca al quran.Memberi peluang kepada ahli pengakap mendapatkan sijil peringkat negeri.

Didalam majlis ini-Tilawah & Tadarus AlQuran ,mengagihkan bubur lambok ke Hospital,Klinik Kesihatan,Balai Polis,Kg Tg Laboh dan Rumah Anak2 Yatim Bt Pahat oleh Krew P.Kelana Johor.
Berbuka puasa dan solat terawih telah berjalan dengan lancar sehingga jam 1030 malam.

Pemenang tilawah/tadarus al quran akan mewakili Johor didalam peringkat kebangsaan pada akhir tahun ini di Kedah.

Tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua ahli pengakap PPM Johor yang menjayakan majlis ini-amin.

No comments:

Post a Comment