Sunday, August 15, 2010

MENULIS BUKU LOG PENGAKAP PPM JOHOR

Menulis Buku Log bagi Ahli Pengakap adalah sesuatu yang amat digemari kerana selepas diperiksa oleh Pemimpinnya, beliau akan diberi Sijil dan memakai Lencana Pengakap.

Buku Log amat penting kerana apa jua ilmu kepengakapan yang diperolehi akan dicatit iaitu dari unit Pengakap Kanak-Kanak hingga Pengakap Remaja.(Catitan ditulis dari Lencana Keahlian hingga 5 Lencana Tertinggi).

Untuk makluman/tindakan semua Pemimpin PPM Johor-Pasukan Latihan N.Johor mengsyurkan iaitu Pengakap Remaja yang hendak menghadiri Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2011 mesti memenuhi syarat-syarat yang wajib supaya layak hadir ujian tersebut.

1.Mesti hadir UJIAN SIKAP pada satu tarikh yang akan ditetapkan Disember.Ujian ini akan dikelolakan oleh AJK Pentaraf sahaja dan mesti dibuat di Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor.

2.Sebelum datang ke UJIAN SIKAP,P.Remaja hendaklah lulus kesemua ujian 5 lencana Tertinggi.

3.Buku Log hendaklah diperiksa oleh Pemimpin kumpulan anda dan ditandatangani iaitu dari Lencana Keahlian hingga lencana 5 Tertinggi dengan puashati pemimpin itu.

4.Pemimpin itu akan menyerahkan Buku Log kepada Pesuruhjaya Daerah (DC)anda untuk meneliti/menyemak/periksa semula Buku Log,jika berpuashati,DC akan tandatangani dan menyerah balik kepada kumpulan berkenaan.

5.Buku Log akan dibawa semasa UJIAN SIKAP.AJK Pentaraf akan memeriksa sekali lagi untuk mempastikan Pengakap Remaja ini layak untuk dipanggil Ujian sebenar Ujian Pentaraf Pengakap Raja pada Mac.

Tidak ada lagi kertas FOTOSTAT ditampalkan dalam Buku Log anda.Kalau boleh mesti tulisan anda sendiri.

6.Buku Log hendaklah bersambung dari Lencana Keahlian/Usaha/Maju/Jaya/Rambu PM(Lencana Kepandaian)-Lencana 5 Tertinggi/Rambu PR dan Ujian Sikap.BUKAN lagi 1 lencana 1 Buku Log.

Diharap semua DC/PLD/Pemimpin PR/PM menyampaikan maklumat ini
Jikada masalah atau cadangan lain boleh berhubung dengan plnj,terima kasih.

\


No comments:

Post a Comment