Tuesday, August 31, 2010

APR EVENT SEPTEMBER 2010

Berikut adalah BERITA ASIA PACIFIK REGION untuk bulan September 2010

-Advance unit Leader Training Course for Vietnamese Scout Leader,1-7 Sept=Philipines
-World Scout Committee Meeting,3-5 Sept.-Geneva
-Annual BP Scouts peak climb.5-17 Sept Nepal
-Clean up the world campaign,17-19 Sept
-24th APR Conference Meeting-23 Sept Bangladesh
-Commiittee NSO visit-24-26 Sept-Bangladesh
-APR Commiittee Conference-29Sept-2 Oct-Bhutan
-CLT 29Sept-4 OKT -Hong Kong

Monday, August 30, 2010

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

31 Ogos 2010 Hari Kemerdekaan negara kita MALAYSIA.
Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-53 (1957-2010)

Diharap semua ahli PPM merasa bertuah dapat mengadakan majlis di tempat masing-massing-ambil bahagian didalam perbarisaan atau berkumpul di Dewan..hayatilah kemerdekaan malaysia wALAUPUN anda belum dilahirkan masa itu.Bersyukur anda MERDEKA.

1 MALAYISA MENJANA TRANSFOMASI

Sunday, August 29, 2010

ERTI KEMERDEKAAN

Sempena Hari Kemerdekaan ke-53,31 OGOS setiap tahun- kita rakyat MALAYSIA rasa bersyukur dapat hidup aman,damai dan bebas.

Apakah erti KEMERDEKAAN?

Kemerdekaan itu Bebas
Rakyat boleh pergi ke mana-mana
Bebas bersuara
Menghargai kemerdekaan
Kita bangunkan negara kita bersama-sama
Pendidikan kita bertambah maju
Bangunkan negara bersama-sama
Suasana Merdeka meriah
Kita memilih Ketua-Ketua kita semasa pilihanraya
Sama-sama bersemangat Merdeka,beri sumbangan untuk negara
Harmoni antara kita
Jayakan Hari Kemerdekaan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KITA

M E R D E K A M E R D E K A M E R D E K A.

Saturday, August 28, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN PPM Kluang,Johor

Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kluang akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN pada

Tarikh: 25 September 2010- Sabtu
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu Kluang Johor
Masa:0800 pagi hingga 4.00 petang
Pakaian lengkap Pengakap.

Pemimpin/Penolong Pemimpin Pengakap yang berminat sila hadir pada tarikh tersebut .

Tuesday, August 24, 2010

Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Kebangsaan PPM

Ibupejabat PPM memaklumkan iaitu Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Kebangsaan kali-1 akan di adakan pada

Tarikh: 1-3 September 2010
Tempat: Pusat Latihan KEDA Sik Kedah

Wakil dari Johor iaitu Mersing (Qariah)dan Kulaijaya.(Qari)

Sunday, August 22, 2010

JAMBORI SEMPADAN MSIA/THAILAND 2010

Jambori Sempadan Msia/Thailand 2010 dari Ketua Kontijen PPM Johor
-------------------------------------------------------------------------

Keputusan mesyuarat 1- SMK Paduka Tuan segamat,AJK telah mengambil keputusan iaitu

1.Bayaran seorang peserta/pegawai RM310.00
2.Peserta/Pegawai berjumlah 80 orang
PPM Segamat - 8 peserta
PPM Muar - 10 peseta
PPM BPahat - 10 peserta
PPM Kulaijaya - 10 peserta (PK-QM)
PPM JB -6 peserta
PPM Pontian - 3 peserta
PPM Mersing - 3 peserta
PPM Kluang - 3 peserta
PPM K.Tinggi - 3 peserta
Pegawai/AJK-24 orang
3.Tarikh berangkat:09hb Okt 2010-SMK Paduka Tuan Segamat jam 8 malam
2 buah bas-4 kereta sahaja.

Tarikh tutup: 20 Sept.2010

Segala pertanyaan berhubung En Ismail Bujang - 01772443922.

Ucapan Penghargaan-Tahniah Majlis Tilawah&Tadarus-Berbuka puasa PPM Johor

Majlis Tilawah&Tidarus Al-Quran-Berbuka Puasa PPM Johor,yang diadakan pada 21hb Ogos 2010,di kem Tg Laboh Bt Pahat Johor, telah berjalan dengan lancar dan meriah.Seramai 120 Pengakap Muda/Remaja/Kelana mengambil bahagian.

Majlis ini telah diresmikan oleh Tuan Hj Kamaruddin Mohamad Tahir-Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Matlamat-mendekatkan diri untuk menghayati AlQuran.Menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak dan menyemai nilai cemerlang AlQuran serta menghayati ukhuwah dalam kalangan ahli pengakap.

Objektif-memberi peluang kepada ahli pengakap mengetengahkan kebolehan dan kemahiran dalam membaca al quran.Memberi peluang kepada ahli pengakap mendapatkan sijil peringkat negeri.

Didalam majlis ini-Tilawah & Tadarus AlQuran ,mengagihkan bubur lambok ke Hospital,Klinik Kesihatan,Balai Polis,Kg Tg Laboh dan Rumah Anak2 Yatim Bt Pahat oleh Krew P.Kelana Johor.
Berbuka puasa dan solat terawih telah berjalan dengan lancar sehingga jam 1030 malam.

Pemenang tilawah/tadarus al quran akan mewakili Johor didalam peringkat kebangsaan pada akhir tahun ini di Kedah.

Tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua ahli pengakap PPM Johor yang menjayakan majlis ini-amin.

Saturday, August 21, 2010

ANUGERAH-PINGAT PPM CEMERLANG

TAHNIAH kepada semua Pengerusi Pasukan Latihan Negeri kerana Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara YBhg Dato Kaharudin Mokmin,bersetuju dan meluluskan Anugerah Pingat Cemerlang-PPM diberikan kepada PLN..kerana tugas/tangungjawab yang disempurnakan.

Mesyuarat semua Pengerusi/Setiausaha Pasukan Latihan Negara siri 2/2010 bertarikh 09 Ogos 2010 dalam ucaptama mesyuarat tersebut.Semua PLN kerja kuat,terima kasih Datuk.

Thursday, August 19, 2010

PENGAKAP KELANA PPM JOHOR-UJIAN LENCANA PERKHIDMATAN

UJIAN LENCANA PERKHIDMATAN-PENGAKAP KELANA
------------------------------------------------------------

Sempena Majlis Berbuka Puasa/Majlis Tilawah-Tidarus Alquran PPM Johor Unit PENGAKAP KELANA Johor, akan mengadakan UJIAN LENCANA PERKHIDMATA- kepada P.Kelana berminat sila hadir pada

Tarikh: 21-8-2010 Sabtu
Masa : 9.00pg-10.00 malam
Tempat: Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat Johor

Sila bawa Buku Log dan alatulis.Lencana Perkhidmatan/Sijil akan diberikan kepada yang lulus sahaja.

Lapor diri kepada En Affandi Abd Hamid-ASC PK Johor jam 0900 pagi.

Diharap jangan ketinggalan..JOM BUAT PERKHIDMATAN ..masak bubur lambok.TK dan selamat berbuka puasa berterawih Surau Kem///

Monday, August 16, 2010

Majlis Tilawah Dan Tadarus Al Quran/Berbuka Puasa PPM Johor 2010

Photobucket

Majlis Tilawah Dan Tadarus Al Quran
Berbuka Puasa PPM Johor 2010
---------------------------------------
Tarikh: 21.8.2010 Sabtu
Masa: 1100pagi hingga 9.45malam
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor
Penyertaan: Setiap daerah dikehendaki menghantar 10 orang Pengakap/Pemimpin Pengakap.
Majlis bermula jam 6.45 petang

Sunday, August 15, 2010

MENULIS BUKU LOG PENGAKAP PPM JOHOR

Menulis Buku Log bagi Ahli Pengakap adalah sesuatu yang amat digemari kerana selepas diperiksa oleh Pemimpinnya, beliau akan diberi Sijil dan memakai Lencana Pengakap.

Buku Log amat penting kerana apa jua ilmu kepengakapan yang diperolehi akan dicatit iaitu dari unit Pengakap Kanak-Kanak hingga Pengakap Remaja.(Catitan ditulis dari Lencana Keahlian hingga 5 Lencana Tertinggi).

Untuk makluman/tindakan semua Pemimpin PPM Johor-Pasukan Latihan N.Johor mengsyurkan iaitu Pengakap Remaja yang hendak menghadiri Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2011 mesti memenuhi syarat-syarat yang wajib supaya layak hadir ujian tersebut.

1.Mesti hadir UJIAN SIKAP pada satu tarikh yang akan ditetapkan Disember.Ujian ini akan dikelolakan oleh AJK Pentaraf sahaja dan mesti dibuat di Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor.

2.Sebelum datang ke UJIAN SIKAP,P.Remaja hendaklah lulus kesemua ujian 5 lencana Tertinggi.

3.Buku Log hendaklah diperiksa oleh Pemimpin kumpulan anda dan ditandatangani iaitu dari Lencana Keahlian hingga lencana 5 Tertinggi dengan puashati pemimpin itu.

4.Pemimpin itu akan menyerahkan Buku Log kepada Pesuruhjaya Daerah (DC)anda untuk meneliti/menyemak/periksa semula Buku Log,jika berpuashati,DC akan tandatangani dan menyerah balik kepada kumpulan berkenaan.

5.Buku Log akan dibawa semasa UJIAN SIKAP.AJK Pentaraf akan memeriksa sekali lagi untuk mempastikan Pengakap Remaja ini layak untuk dipanggil Ujian sebenar Ujian Pentaraf Pengakap Raja pada Mac.

Tidak ada lagi kertas FOTOSTAT ditampalkan dalam Buku Log anda.Kalau boleh mesti tulisan anda sendiri.

6.Buku Log hendaklah bersambung dari Lencana Keahlian/Usaha/Maju/Jaya/Rambu PM(Lencana Kepandaian)-Lencana 5 Tertinggi/Rambu PR dan Ujian Sikap.BUKAN lagi 1 lencana 1 Buku Log.

Diharap semua DC/PLD/Pemimpin PR/PM menyampaikan maklumat ini
Jikada masalah atau cadangan lain boleh berhubung dengan plnj,terima kasih.

\


Friday, August 13, 2010

ANUGERAH MANIKAYU PKK-PPM JOHOR

IBUPEJABAT PPM telah meluluskan Anugerah Manikayu Pengakap Kanak-Kanak(2 beads) kepada Pemimpin PPM Johor.

TAHNIAH kepada Pemimpin PKK yang berjaya dianugerahan Manikayu iaitu

1.En Azlan b Paiman
SK Seri Sampurna.Rengit Bt Pahat Johor
Tarikh:8/7/2010 Pendaftaran No:M7253

2.En Mohd Yazid b Ismail
SMKT Bt Pahat Johor
Tarikh:8/7/2010 Pendaftaran No.M7254

3.Pn Nur Suria bt Mohd Sidek
SMKT Bt Pahat Johor
Tarikh:8/7/2010 Pendaftaran No.M7252

4.En Mohd Ranunah b Omar
SK Seri Belahan,Rengit Bt Pahat Johor
Tarikh:8/7/2010 Pendaftaran No.M7258

Untuk makluman semua Pemimpin yang belum menghabiskan tugasannya atau ada masalah dengan perkara Manikayu,sila berhubung denganTuan Pesuruhjaya Daerah anda,Saya telah memberi Borang Penilaian untuk membantu anda agar dikembalikan kepada saya sebelum30 Nobember 2010 Kerana selepas 31 Disember 2010 SEMUA SIJIL MANIKAYU CARA LAMA/MODUL TIDAK PAKAI LAGI.Ibupejabat PPM mengeluarkan sijil MK baru.Harap maklum dan ambil tindakan segera.Terima kasih

ANUGERAH MANIKAYU JURULATIH ANTARABANGSA -4BEADS

IBUPEJABAT PPM telah meluluskan 4 beads Manikayu sebagai JURULATIH Antarabangsa kepada

Encik Mohd Khir b Muda
Penolong Pesuruhjaya Negeri Johor
(Kem Jubli Intan,Tg Laboh,Bt Pahat,Johor)
Tarikh: 21.6.2010 No Pendaftaran:PPM/2010-90.

Tahniah En Khir Muda-plnj

Thursday, August 12, 2010

Jambori Malaysia ke-12 TERENGGANU 2011

Mesyuarat Pasukan Latihan Negera 2/2010 di IYC Cheras,K.Lumpur-Pengerusi Pasukan Latihan Terengganu memberitahu iaitu Jambori Malaysia ke-12 di Terengganu akan diadakan pada

Tarikh: 11-16 JUN 2011
Tempat: Kem Pengakap Telaga Batin,Seberang Takir,KT Terangganu
Bayaran:RM80.00
Peserta:PPM Johor hanya memilih 35 orang PM/PR/PK
Ketua Kontinjen:Hj Ramli Ibrahim (ASC Pentadbiran)

Untuk makluman-plnj

KURSUS ULANGKAJI LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA 2010

Mesyuarat Pasukan Latihan Negara 9.8.2010 telah bersetuju untuk mengadakan Kursus Ulangkaji Lembaga Pentaraf Pengakap Raja dengan modul terkini.PPM P.Pinang telah bersetuju menjadi tuan rumah kursus tersebut,walaubagaimanapun, kursus itu dicadangkan diadakan di:

Tempat: IYC Cheras,KualaLumpur
Tarikh: December 2010
Peserta: Hanya Lembaga Pentaraf Pengakap Raja.

Untuk makluman,terima kasih-plnj

Wednesday, August 11, 2010

KEPUTUSAN RASMI UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2010 PPM JOHOR

Keputusan rasmi Ujian Pentaraf Pengakap Raja PPM Johor 2010
-----------------------------------------------------------------

Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor mengucapkan Tahniah kepada semua calon Pengakap Remaja yang lulus Ujian Pentarafan Pengakap Raja N.Johor yang diadakan pada Mac 2010.Syabas.

RAE-Ujian Lesen Radio Amatur

MCMC telah memaklumkan iaitu RAE(Radio Amatur Examination) ke-2/2010 akan diadakan pada

RAE 2010-06 Oktober 2010jam 2petang
------------------------------------------

Tarikh tutup permohonan ialah: 13 Ogos 2010

Semua peminat radio amatur boleh memohon borang RAE ke MCMC-plnj

KURSUS KEPIMPINAN JURULATIH ANTARABANGSA 2010

Ibupejabat PPM-Mesyuarat Pasukan Latihan Negara siri 2/2010 pada 9.8.2010,mengumumkan iaitu Kursus Kepimpinan JURULATIH (CLT) akan diadakan pada

Tarikh: 23-29 Oktober 2010
Tempat: International Youth Centre (IYC) Cheras,Kuala Lumpur
Bayaran:RM500.00
Syarat:Pemimpin Pengakap yang telah lulus Penolong Jurulatih(CALT)

PPM Johor-Pemimpin berminat boleh memohon kepada PLNJ/Ketua Pesuruhjaya Negeri untuk sokongan dan dimajukan ke Ibupejabat.Borang permohonan diuruskan oleh HQ KL.


Saturday, August 7, 2010

MESYUARAT JAMBORI 2010 -ONE LAND SCOUTS JAMBOREE KELANTAN

Satu Mesyuarat Penyelarasan JK Jambori ONE LAND SCOUTS JAMBORI di Kelantan akan diadakan pada

Tarikh: 14 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat: SMK Paduka Tuan,Jln Genuang Segamat
Pakaian: Uniform Pengakap
Masa: 9.00 pagi
Kehadiran:Semua DC atau wakilkan.

DC Segamat En Ismail Hj Buang telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen JOHOR..TAHNIAH.

Butiran lanjut berkenaan Jambori adalah seperti:

Tarikh: 10-15 Oktober 2010
Tempat: Kem Kijang Kota Bahru Kelantan
Tema : ONE LAND ONE SCOUT CULTURE
Yuran:RM80.00
Aktiviti: Lawatan,halangan,indaba,kebudayaan,xpdc,permainan,radio amatur,dll
Tarikh tutup permohonan:30 Ogos 2010

Borang penyertaan diperolehi dari DC anda.Permohonan pelepasan cuti dalam proses-plnj

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN/PERINGKAT 1 PKK PPM KULAIJAYA JOHOR

PPM Kulai Jaya Johor akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN & PERINGKAT 1 Pengakap Kanak-Kanak sahaja pada

Tarikh: 12-14 Nobember-2010
Tempat: Dewan Auditorium Sekolah Tinggi Foong Yew Kulai
BayaranRM60.0o
Sila bawa khemah,alat persendirian/peribadi
Pihak penganjur akan menyediakan alatulis,buku log,sijil kursus.

Dijemput pemimpin pengakap di daerah lain yang berminat untuk hadir pada tarikh,tempat yang disebut diatas-plnj

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN MUBARAK

PPM JOHOR mengucapkan SELAMAT BERPUASA RAMADHAN kepada semua Muslimin/Muslimat agar dapat beribadat dengan sepenuh hati,ikhlas dan ceria.Inilah satu-satu bulan(Ramadhan) yang banyak kelebihan daripada bulan-bulan yang lain seperti solat sunat terawih,berdoa,membaca alquran,bersedekah,berbuka puasa,bersahur,morey,bangun malam,cepat berbuka lambat sedikit bersahur.Tunggu malam Lailatukadar!!!

Friday, August 6, 2010

PESERTA KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3(2) PPM JOHOR

Peserta dari PPM Batu Pahat
------------------------------
Peserta yang layak untuk hadir Kursus Kepimpinan Manikayu PKK/PM-Peringkat 3.2 PPM Johor pada:

Tarikh: 22-24 Oktober 2010
Tempat:Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat
Bayaran :RM70.00 PKK/RM80.00 PM
Sila bawa alat persendirian dan alat memasak.Urusetia akan menyediakan menu dan barang-barang dapor untuk memasak.

Unit Pengakap Kanak-Kanak:
------------------------------

1.Kamazrul Zefrin b.Kaulan
2.Mohd Yunus b. Juai
3.Wan Muhamad Izzul b. Wan Azizi
4.Mohd Emirul Asyaraff b.Abd Manb
5.Mohamad Syazereen b Md Radzi
6.Muhamad Hafiz b.Baharuddin
7.Sa'idah bt Taip
8.Muhammad Falihin b Kamari
9.Wan Hassan b.Wan Ahmad
10.Mohd Khairul Azian b Mahbob
11.Norhayati bt Ahmad
12.Mohd Zairokin b Kasron

Unit Pengakap Muda:
----------------------

1.Mohd Asfaizal b Hasran
2.Mohd Jais b Bakar
3.Mohd Afizal b M Yusuf
4.Hasniza bt Mat Zidik
5.Noor Maizatulakmar bt Md Tamrin
6.Norhayati bt Saini
7.Hanafi b Omar
8.Nor Faizzi b Sulaiman
9.Muhammad Akmal b Ismail
10.Amiruddin Khakim b Fanani
11.Samani b Mashudi

PLNJ minta maaf,pemilihan ini berdasar pada borang peserta yang hadir MK3.1 pkk/pm.Peserta yang tidak mengisi borang pendaftaran ditolak.Info

Thursday, August 5, 2010

Pinda Tarikh Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 PKK/PM 2010

PLNJ mohon maaf kerana terpaksa meminda tarikh kursus kepimpinan manikayu peringkat 3.2 dari 15-17hb Okt2010 ke tarikh baru 22-24hb Okt2010.Pada 16 Okt 2010 Guru/Pemimpin Pengakap ada peperiksaan PTK(Penilaian Tahap Kecekapan).Harap maaf dan bersedia untuk tarikh baru,terima kasih

OZ MOOT-18th AUSTRALIA

Khas untuk PPM PENGAKAP KELANA 2011

OZ MOOT ke-18 Australia Rover Moot akan diadakan pada

Tarikh:30Dec hingga 11 January 2011 (13 hari)
Tempat:Adelaide,South Australia at the Woodhouse Scouts Campsite
Kelayakan: Berumur 18-26th sahaja.Umur 26th hanya sebagai STAFF

Wakil Malaysia yang akan hadir Mr Henry Tan dan Mr Hafiz Ariffin.INFO.

Wednesday, August 4, 2010

Notis Peperiksaan Radio Amatur&Ujian Morse Kod(CW) siri 3/2010

Notis peperiksaan Radio Amatur siri 3/2010 akan diadakan tidak lama lagi.Oleh yang demikian,MCMC memaklumkan kepada peminat Radio Amatur memohon borang RAE secepat mungkin.

Tarikh tutup permohonan pada 13 Ogos 2010.

Tuesday, August 3, 2010

6th APR JOTA/JOTI PPM JOHOR 2010

JOSRAC 3 Ogos 2010- Sempena 6th APR JOTA/JOTI PPM Johor akan membuka station perhubungan/internet pada 7 dan 8 Ogos 2010 seperti berikut:-

Daerah Muar - 9m4sju - SMK Sg Abong Muar
Daerah Kulai Jaya -9m4sjj -Padang Awam,sk Sedenak Kulaijaya
Daerah Bt Pahat - 9m4sjf - smk Semerah Bt Pahat
Daerah Segamat-9m4sji-Sekolah Rendah Agama Bersepadu,Segamat

Dijemput semua ahli Pengakap/Pemimpin dan orang awam(IBUBAPA/ SEKELUARGA) ke Jambori JOTA/JOTI, julung-julung kali diadakan di daerah tuan/puan.

Selain itu,dapat mengendali komuniksi diantara rantau Asia Pasifik. Jom datang ke Jambori JOTA/JOTI,terima kasih JOSRAC -plnj

Surat daripada Ibupejabat PPM

Surat daripada PPM berkenaan :

1.Jambori 100tahun Pengakap Singapura/Jamboree ASEAN ke-3

Tarikh:4-9 Disember 2010
Tempat: Saribun,Singapura
Baayaran USD 200 PM/PR-USD150 Pemimpin+ (Yuran Kontijen RM20.00)
Ketua Kontijen: Tuan Hj Yaacob Karim
Tarikh Tutup:30 Oktober 2010

Borang untuk menyertai boleh berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah masing-masing

2.LENCANA KEMAHIRAN PPM

IBUPEJABAT PPM telah meluluskan memakai lencana Edisi Baru untuk PKK,PM,PR,PK.
Sehubungan itu,lencana lama masih boleh digunakan sehingga stok.

Untuk tempahan lencana Edisi Baru berhubung dengan IBUPEJABAT PPM.

3.6th APR Jambori JOTA/JOTI telah mendapat kelepasan guru dan murid bagi menghadiri JOTA/JOTI pada 6-7 Ogos 2010.(Dari Kementerian Pelajaran Malaysia)

4.BULAN KERJA PENGAKAP KELANA 2010

Tamat tarikh minggu kerja pada 31 Ogos 2010.


Monday, August 2, 2010

PENDAFTARAN KEAHLIAN PPM JOHOR 2010

Pendaftaran Keahlian Pengakap PPM Johor 2010,masih terbuka lagi.

Semasa Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya baru-baru ini hanya terdapat segelintir PPM Daerah yang telah mendaftar.Diharap semua Tuan Pesuruhjaya Daerah dapat memberi kerjasama mengatasi Pendaftaran Keahlian PPM Johor 2010.Terima kasih.

Perlantikan Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Yang Baru

Tahniah kepada Pemimpin Pengakap PPM Pontian dan Kluang yang baru dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Latihan Daerah iaitu

PONTIAN - En Zainni b Md Said
KLUANG - En Abdul Shukor b Selamat.

Diharap kedua-dua pemimpin ini,dapat bekerjasama untuk membantu PLNJ menggerakan kepengakapan negeri Johor-plnj

MESYUARAT PASUKAN LATIHAN NEGARA SIRI 2/2010

IBUPEJABAT PPM

Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Latihan Negara siri 2/2010 akan diadakan pada

Tarikh: 09 Ogos 2010 (Isnin)
Tempat: Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras,K.Lumpur
Masa: 10.00 pagi

Diminta kerjasama Semua Tuan Pesuruhjaya Daerah PPM Johor dan Pengerusi Latihan Daerah,sekiranya ada usul-usul yang hendak dibentangkan dalam mesyuarat tersebut diatas.sila kemukakan kepada saya sebelum 08 Ogos 2010,terima kasih.

Sunday, August 1, 2010

Pemberitahu Tamat Tempoh Sijil Manikayu PPM

Salam Pengakap dari Pengerusi Pasukan LatihannNegeri Johor kepada semua Tuan Pesuruhjaya Daerah PPM Johor dan Pengerusi Pasukan Latihan Daerah.

Sijil-Sijil Kursus Kepimpinan Manikayu cara lama Pengenalan-Peringkat 1,Peringkat 111,Peringkat 1v,Peringkat 1v(amali) dan Modula A,B,C,D. akan berakhir DISEMBER 2010.Dari itu, diharap dengan kerjasama tuan dapat memaklumkan kepada Pemimpin yang telah menghadiri kursus MK lama/ABCD, cepat menghantar Borang Penilaian kepada PLNJ sebelum November 2010.

Mulai Januari 2011, IBUPEJABAT PPM akan mengeluarkan sijil baru (Kursus MK yang berjalan sekarang) dan sijil lama tak sah.Pemimpin Pengakap tersebut akan mengikuti kursus MK yang baru ini.Harap hebahkan perkara ini,terima kasih-plnj