Monday, June 28, 2010

SELAMAT DATANG PESERTA KURSUS KAWAD&ISTIADAT KE JOHOR

PLNJ 30.6.2010- Ucapan alu-aluan dan selamat datang peserta Kursus Kawad&Istiadat Pengakap PPM ke Kem Jubli Intan Tg Laboh,Bt Pahat Johor.

Tarikh: 1-4 Julai 2010
Lapor diri 30 Jun 2010,jam 900pg hingga 2 ptg di URUSETIA KEM.
Pihak Urusetia boleh mengambil peserta yang menaiki bas di Stesen Bas B.Pahat,sila hubung Hj Ibrahim -0137014105 untuk bantuan.Begitu juga L.Terbang Senai JB.

Diharap kerjasama peserta didalam kursus ini berjalan lancar dan terbaik untuk PPM,terima kasih-plnj

Thursday, June 24, 2010

SIJIL-SIJIL Manikayu Lama/Modul ABCD

Hanya tinggal 6 bulan lagi sijil Kursus Kepimpinan Manikayu semua unit PPM, akan batal dan TIDAK SAH tarikh akhir 31 Disember 2010.

Ibupejabat PPM akan keluarkan sijil terbaru iaitu sijil Kursus Kepimpinan Manikayu yang sedang berjalan sejak 28.8.2008.

Untuk makluman/tindakan semua DC/ADC (Latihan) PPM Johor-plnj

Sunday, June 20, 2010

PEMIMPIN PENGAKAP ppm johor

PLNJ 20.6.2010-SALAM PENGAKAP. PLNJ mengucapkan selamat kembali ke sekolah esok.Selamat bertugas dan memberi pengajaran yang terbaik kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STPM.2010.

Walaubagaimanapun, aktiviti kepengakapan berjalan seperti biasa.

Friday, June 18, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH...21/6/2010

PLNJ 19.6.2010-Selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar dengan bersunggug-sungguh,rajin,usaha lebih lagi. Pengakap,pengakap juga tapi pelajaran itu lebih penting,UPSR.PMR.SPM.STPM adalah masa depan anda.Terus berusaha dengan tekun.Berdoa dan solat jangan tinggal-plnj

Tambah Peserta Kursus Kawad&Istiadat

PLNJ 18.6.2010-PPM telah memberi kebenaran 3 Pemimpin PPM Johor untuk hadir kursus kawad dan istiadat.

Daerah Batu Pahat -Pn Rosmah Abdullah
Daerah Segamat - Cik See Kwan Lan
Daerah Muar -En Abd Razak Hj idris

Setakat ini peserta PPM Johor seramai 9 orang.

KURSUS PENGURUSAN RADIO AMATUR PPM 2010

PLNJ.18.6.2010- PPM akan menganjurkan KURSUS PENGURUSAN RADIO AMATUR pada

Tarikh: 2-4 Julai 2010
Tempat: Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras K.Lumpur
Bayaran: RM120.00

Pemimpin Pengakap/Pengakap Kelana yang berminat Radio Amatur boleh hadir.Hubungi Hj Zakran Manan 0193843384 atau En Den 0196588927

KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN PPM 2010

PLNJ.18.6.2010- PPM akan menganjurkan Kursus Pengurusan Keselamatan pada

Tarikh: 2-4 Julai 2010
Tempat: Pusat Kokukulum Sultan Hj Ahmad Shah,Kuantan Pahang
Lapor diri: o2.6.2010 jam 2.30-4.30 ptg
Yuran: RM150.00
Peserta: 3 orang Pemimpin Pengakap setiap negeri
Umur: 20-45 tahun
Sila bawa Komputer Riba,Pakaian Pengakap,Pakaian lasak dan aktiviti air

Sesiapa berminat boleh berhubung PLNJ atau sila lihat web:www.msia.scout.org

APR Scout Leader Summit 2010

7th APR SCOUT LEADER SUMMIT
-------------------------------------

Tahniah kepada wakil MALAYSIA(scoutJB) yang akan hadir APR Scout Leader Summit pada

Tarikh: 24-27 JUN 2010
Tempat: Bangalore INDIA

Mereka adalah :-

1.En Mohd Azlan Ab Jalil-APR Membership Growth Sub-Commiittee Member 2009-2012
2.En Mohd Hafiz Ariffin.-APR Management Sub Commiittee/APR Young Youth Member Group.

Mudah-mudahan ilmu kepengakapan dapat disampaikan kepada kita selepas kembalinya ke tanah air/ceritakan apa peristiwa berlaku yang menarik ramai keahlian PPM Johor

Thursday, June 17, 2010

JOTA-APR 6th Jamboree 2010

PLNJ 17-6-2010- BERITA 6th APR AIR/INTERNET JAMBOREE
-------------------------------------------------------------------

Sukacitanya dimaklumkan iaitu PPM akan menjadi penganjur JOTA APR kali-6 di Malaysia.Dari itu, diminta kerjasama PPM Johor(JOSRAC) yang mempunyai lesen Radio Amatur berhubung dengan En Den Atan supaya setiap daerah ada MENGENDALIKAN RADIO AMATUR. Setakat ini Muar,Segamat dan Bt Pahat yang bersedia mengaturkan progremnya.

Jamboree APR-6th Air/Internet bermula 7-8hb Ogos 2010 untuk makluman yang berminat Radio Amatur.Terima kasih

Wednesday, June 16, 2010

PESERTA PPM JOHOR UNTUK KURSUS KAWAD&ISTIADAT PENGAKAP

PLNJ 15.6.2010- JK Teknikal dengan persetujuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap N.Johor telah melantik 6 Jurulatih/Penolong Jurulatih untuk hadir Kursus Kawad & Istiadat yang akan diadakan pada

Tarikh : 01-04 Julai 2010
Tempat : Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat Johor
Bayaran : RM 100.oo seorang

Surat Kementerian Pelajaran Malaysia sedang diuruskan oleh PPM.

Jurulatih/Penolong Jurulatih dipilih adalah seperti berikut:

Daerah Bt Pahat - Raja Iskandar Raja Ali,Hj Ramli Ibrahim,Rosmah Abdullah
Daerah JB - Afzainizam Ahmad
Daerah KulaiJaya - Ishak Kodri
Daerah Pontian - Azahar Noor Rahman
Daerah Segamat Cik See Kwan Lan
Daerah Muar-Abd Razak Hj Idris

Untuk makluman semua Tuan Pesuruhjaya Daerah dan semua Pengerusi Pasukan Latihan Daerah.Terima kasih

PERLANTIKAN PENYELARAS KURSUS KAWAD&ISTIADAT

JK Penyelaras Kursus Kawad & Istiadat Pengakap 2010 PPM Johor.
---------------------------------------------------------------------

Kursus Kawad & Istiadat Pengakap PPM akan diadakan pada

Tarikh: 01-04 Julai 2010
Tempat : Kem Jubli Intan Tg Laboh,Bt Pahat Johor
Bayaran RM 200.00
Peserta : JURULATIH DAN PENOLONG JURULATIH

Berikut adalah pegawai-pegawai yang telah dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap N.Johor untuk menjalankan tugas semasa Kursus tersebut.

Pengarah Tuan Hj Yaacob Karim
Penolong Pengarah Tuan Hj Ibrahim Abdullah
Ketua Penyelaras En Mohd Affendi A Hamid
Ketua Urusetia En Mohd Asik Saim
Jurulatih Kawad-Tuan Hj Ibrahim Abdullah/Kpt Rosila/Sjn Fadil/Hjh Norsila
Jurulatih Kawad Tongkat-Mohd Khir Muda,Mukim Katimum,Hj Ismail Bahari,Abdullah Saleh
Istiadat PKK/PM/PR-Hj Rahmat Jafar,Amir Hamzah,Askiah,

Jawatankuasa:
---------------
QM Makan Hjh Habibah
QM Alatan Kelana Kem
Lojistik Raja Iskandar Raja Ali
Penerbitan/ICT- Rosmah Abdullah,Norhayati,Hizam Sekamat,Hj Ramli.
Pengangkutan Kama Azahar
PA Sistem Hj Noh Hamim
Majlis Peresmian /Penutup Ketua Urusetia
Pembantu 18 orang PKK,18PM,18 PR dari 4 buah sekolah berdekatan Kem.
Penginapan Mohd Hadi Hj Zulkifli
Pembekal Mohd Khairi Jalani

Diharap dengan kerjasama tuan/puan Kursus ini dapat dijalankan dengan jaya dan lancar.

Tuesday, June 15, 2010

SCOUTING4PEACE INTERNATIONAL GATHERING 2010

Dipaparkan terbaru berita dari CAIRO,EGYPT.
------------------------------------------------
Scouting4Peace International Gathering 2010

Date: 24-30 December 2010
Place: Cairo
Age group:12-18Years Old.18 plus..
Cost : 175 Euro member of scout/200Euro non member
Closing date: 15 September 2010
See in http://www.scouting4peace.org.

Saturday, June 12, 2010

WORLD SCOUT JAMBOREE

WHAT IS WORLD SCOUT JAMBOREE?

Worls Scout Jamboree is the largest regular events organised by the scout movement.
It take place every 4 years in a different country.It is overall an educational events to promote peace and understanding among young people all over the world.


Friday, June 11, 2010

THE MISSION OF SCOUTING

WHAT IS THE MISSION OF SCOUTING ?

The mission of scouting is to contribute to the education of young people,through a value system based on the Scout Promise and Law,to help build a better world where people are self-fulfiled as individuals and played a constructive role in society

#This is achieved by involving them throughout their formative years in a non-formal education process
#using a specific methods that make each individual the principal agents of his or her development as a self-reliant,supportive,responsible and commiitted person
#assissting them to establish a value system based upon spiritual sosial and personal principles as expressed in the Promise and Law.

WORLD SCOUT CONFERENCE

What is the WORLD SCOUTS CONFERENCE?

World Scout Conference is the governing body the "general assembly" of scouting and is composed of all the members of the organisation,the national scout organisation.

It's function is to consider the policy and standard of the scout movements throughout the world,formulate the general policy of the world organisation and take certain required to further the purpose of the movement.

Thursday, June 10, 2010

WORLD YOUTH FORUM

WHAT IS YOUTH FORUM IN SCOUTING?
--------------------------------------------

World Youth Forum,provides an opportunity for young members of world scouting to discuss and express views on issue of interest to them.Through preparing input and making recommendation to the world conference and to the world scout committee,to which the forum is linked,participant will develop the skills necessary to strengthen their capacity to take part in decision making.

Borang Penilaian mendapatkan Manikayu

Salam Pengakap.(PERINGATAN)

Ditujukan kepada semua Pemimpin Pengakap yang telah menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu 3.1 PKK,PM baru-baru ini di Bt Pahat dan JB,,anda dikehendaki menyediakan:

1.Kad Keahlian -semasa pendaftaran ahli/kumpulan.
2.Sijil Tauliah sebagai Pemimpin/Penolong Pemimpin/ADC/ASC atau
3.Sijil tauliah sementara sebagai Pemimpin/Penolong Pemimpin-semasa MK P.1 diberi borang
4.Borang Perkhidmatan dalam Latihan (3bulan praktikal)-semasa MK Peringkat 1 diberi borang
5.Tugas Kerja-semasa MK Peringkat 3.1 diberi tajuk.
6.Fotostat semua sijil Pengenalan,Peringkat 1,Borang Peringkat 2,Sijil MK3.1/3.2
7.Wang Pos RM20.00 atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ibupejabat PPM berkehendakkan perkara-perkara tersebut diatas semasa anda mengisi borang penilaian untuk mendapatkan Manikayu.Harap maklum semua Pengerusi Latihan Daerah dan Ketua Kursus berkenaan.

Segala pertanyaan hubungi Hj Ibrahim Abdullah.terima kasih

TONGKAT PENGAKAP REMAJA

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua Pemimpin Pengakap Remaja berkenaan TONGKAT.AJK Teknikal Khas PPM, telah memutuskan iaitu sebatang kayu atau rotan berukuran 360cm tinggi dan 3cm bulatan tengah(lebar). Janganlah ditambah-tambah apa-apa sekeliling tongkat itu.Selain daripada itu bukan Tongkat untuk unit Pengakap Remaja.Tongkat ini digunakan semasa latihan/Ujian kawad Tongkat

Jika Pengakap Remaja hendak adakan Tongkatnya sendiri,bolehlah dia membuat rekaannya sendiri,atau kayu yang diukir atau ada cabang diatas tongkat itu.Tongkat seperti ini tidak boleh dibawa dalam latihan/kawad tongkat.

Untuk makluman Pemimpin PR-plnj

Monday, June 7, 2010

PENGAKAP KELANA-LENCANA KEPIMPINAN(PILIHAN)

Ditujukan kepada PENGAKAP KELANA sahaja iaitu anda boleh menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN DAN PERINGKAT SATU(1) dianjurkan oleh PPM Daerah anda TETAPI anda TIDAK diberi SIJIL MK sebaliknya anda menerima LENCANA KEPIMPINAN dan sijilnya.(Sila rujuk kepada Buku Skim Latihan P.Kelana)

Dengan ini anda layak menjadi Penolong Pemimpin/Pemimpin dikumpulan Pengakap Daerah anda atau Kumpulan Terbuka.Jika ada masalah berhubung dengan saya untuk keterangan lanjut,tk

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 3.1 PK

Kursus Kepimpinan Manikayu 3.1 PENGAKAP KELANA,yang dianjurkan oleh PPM Selangor yang diadakan pada

Tarikh: 30Jul-01 Ogos 2010
Tempat:Kem Rimba Templer,Rawang Selangor.

PLNJ membenarkan mana-mana Pemimpin P.Kelana N.Johor boleh memohon menghadiri kursus di Selangor dengan syarat menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri Selangor dan Johor atas perkara tersebut.PLNJ tidak dapat mengadakan kursus MK3.1 PK.Harap maaf-plnj tk

Sunday, June 6, 2010

Seminar Radio Amatur PPM Johor

Johor Bahru- satu seminar untuk peperiksaan radio amatur (RAE) akan diadakan di Johor Bahru.

Tarikh: 17 June 2010
Tempat: MPC(Malaysia Productiviti Corporation) Bandar Baru UDA
Untuk makluman peminat Radio amatur ppm Johor.

Messyuarat Penyelaras Kursus Kawad&Istiadat Pengakap PPM Johor

Kluang 6.6.2010- Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap N.Johor akan mengadakan mesyuarat"Penyelarasan Kursus Kawad dan Istiadat Pengakap PPM pada

Tarikh: 15 JUN 2010(Selasa)
Tempat: Bilik Mesyuarat Guru,SMK Sri Gading P.Raja Bt Pahat
Masa : 0930 pagi.

Ketua Urusetia Kursus En Mohd Asik Saim akan melantik beberapa Pemimpin untuk membantu kursus ini.Pihak Ibupejabat PPM berkehendak 18 PKK,18 PM,18 PR dalam latihan amali kawad dan bersedia pada 2-3 Julai 2010, jam 0800 pagi di Kem Tg Laboh Bt Pahat Johor.

World Scout Events JUNE 2010

World Scouts Event JUNE 2010
--------------------------------

1.Jamboree Budaya Pramuka/PPM dan Indonesia.di Pagaruyong Tanah Datar,Sumatera Barat Indonesia pada 8-12 JUNE 2010.

2.World Scouts Jamboree Head of Contigent Meeting 5-6 JUNE 2010 SWEDEN
3.29th Arab Scouts Jamboree 15-24 JUNE 2010
4.7th APR Scout Leader Summit 24-27 JUNE 2010 Bangalore INDIA

Saturday, June 5, 2010

Doa Selamat Rombongan PPM Johor ke JamboreeIndonesia/Malaysia

Warga PPM Johor berdoa semua peserta dan rombongan PPM&PPM Johor ke Jamboree Budaya Indonesia/Malaysia yang bertolak 6-8hb Jun 2010 dengan kapalterbang&kapal laut sentiasa didalam sehat,selamat pergi dan balik,sehubungan itu dapat mengeratkan siratulrahim Persaudaraan Pengakap-Pramuka-plnj

Jamboree North Malaysia South Thailand

Kem Kijang KELANTAN-Dimaklumkan iaitu Kem Kijang Kelantan akan menganjurkan Jamboree North Malaysia South Thailand pada

Tarikh: 10.10.2010
Tempat: Kem Kijang Kelantan
Tema:ONE LAND SCOUTS JAMBOREE

Sila hubungi www.scoutskn.org untuk info selanjutnya.

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 3.2 PKK/PM

Dukacitanya dimaklumkan, iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 PKK/PM,yang dicadangkan pada 23-25 Julai 2010 ditangguhkan selepas Hari Raya Aidilfitri-Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor .Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian.

Friday, June 4, 2010

Majlis Penyerahan Bendera PPM Johor ke Jambori Budaya Malaysia/Indonesia

Kluang 5.6.2010- Satu upacara Majlis Penyerahan Bendera PPM Johor kepada Ketua Kontijen yang akan bertolak ke Jambori Indonesia/Malaysia.Ketua Kontinjen En Ramli Sarip akan menerima bendera tersebut dari Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor.Majlis akan diadakan pada

Tarikh: 5.6.2010 (Sabtu)
Masa : 0900 pagi
Tempat: Sekolah Tinggi Kluang,Johor

Dijemput semua pemimpin dan peserta Jambori ke majlis ini,terima kasih-Plnj

Thursday, June 3, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 3.2 PKK/PM

Cadangan PLNJ. Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2-PKK/PM sahaja

TARIKH: 23-25 Julai 2010
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Senggarang Bt Pahat
Bayaran : RM60.00 (PKK) RM70.00(PM)

Peserta : BP - 21 Pemimpin PKK/PM
JB - 43 Pemimpin PKK/PM.

Seandainya ada progrem lain di sekolah,tarikh tersebut akan berubah.
Untuk makluman DC/PLD/Pemimpin BP,JB yang berkenaan.TK

ROVER SCOUTS-JAMBOREE JEMPUTAN DARI EGYPT

ROVER SCOUTS
-----------------

2.6.2010-JB scouts.Dimaklumkan iaitu Arab Regional akan mengadakan 13th International Youth Gathering for Culture Exchange pada

Tarikh:14-25 July 2010
Tempat: Egypt (Arab Saudi)

Jikada kalangan PENGAKAP KELANA(ROVER SCOUTS) sahaja berminat,sila hubung En Mohd Azlan Ab Jalil 0127080484.

Wednesday, June 2, 2010

6th APR Air/Internet Jamboree

Ibupejabat PPM- Dimaklumkan iaitu APR Air/Internet Jamboree (JOTA) akan diadakan pada

Tarikh : 7-8 August 2010
Tempat: APR (Mana-mana stesen yg ada alat perhubungan JOTA)
Penyertaan: Ahli Pengakap sahaja

Untuk keterangan lanjut berhubung APR Jamboree ini ,sila website: zakran@scouts.my

Jamboree 100years and 3rd Asean Jamboree 2010

Singapore- Sempena 100th Pengakap Republik Singapore dan3rd ASEAN Jamboree akan diadakan pada

Tarikh : 4-9 December 2010
Tempat: Sarimbun Singapura
Yuran : USD 200
Tarikh tutup PPM: 31 Julai 2010

Berminat menyertainya sila hubungi En Abd Rahim Hamid 0176156850-plnj

Regional Culture Jamboree 2010

REGIONAL CULTURE JAMBOREE 2010

Kwartir National Gerakan Pramuka Indonesia menjemput PPM ke Jamboree Budaya Indonesia pada

Tarikh: 8-12 Jun 2010
Tempat: Istana Besar Pagaruyung Camp Site,Tanah Datar Sumatera Barat Indonesia

Hubungi En Rahim Hamid 0176156850

Tuesday, June 1, 2010

Senarai nama semua ADC daerah anda-PPM Johor

1.6.2010 PLNJ- Diminta kerjasama semua Tuan Pesuruhjaya Daerah menghantar senarai nama pemimpin-pemimpin yang dilantik sebagai Penolong-Penolong Pesuruhjaya anda kepada Pengerusi Pasukan Latihan N.Johor untuk dimuat didalam laporan PLNJ.Terima kasih.

Penubuhan Pasukan Beruniform-Pengakap Sekolah Pendidikan Khas JB 2010

Syabas PPM JB kerana telah dapat menubuhkan Pasukan Beruniform Pengakap dari Sekolah Pendidikan Khas JB mulai Julai 2010.Selamat datang Pengakap ahli baru ke PPM Johor dan Scouts JB .Diharap banyak ilmu kepengakapan dapat dialami oleh anda didalam aktiviti PPM Johor.

Seandainya anda ingin bertukar idea sila rujuk kepada Tuan Pesuruhjaya Daerah JB atau Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri/PLNJ,kami sedia membantu anda.Terima kasih PPM JB.

Kursus Kepimpinan Manikayu Bahagian 3.1 PPM Johor Bahru

Pada 28 hingga 30 Mei 2010, PLNJ dengan kerjasama PLDJB telah mengadakan kursus diatas yang diadakan di Kem Reakreasi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Seramai 43 orang pemimpin dari kumpulan - kumpulan pengakap dalam daerah Johor Bahru menyertai kursus ini. Kursus ini dijalankan 2 unit iaitu Unit PKK diketuai oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi PLNJ dan bagi Unit PM diketuai oleh En. Azhar bin Noor Rahman, Pesuruhjaya Daerah Pontian.

Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh En. Mohd Azlan bin Ab. Jalil, Penolong Pesuruhjaya Negeri Johor (Pembangunan Pengakap). Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Khairi bin Jailani, Pemangku Pesuruhjaya Daerah JB.