Tuesday, June 1, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Bahagian 3.1 PPM Johor Bahru

Pada 28 hingga 30 Mei 2010, PLNJ dengan kerjasama PLDJB telah mengadakan kursus diatas yang diadakan di Kem Reakreasi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Seramai 43 orang pemimpin dari kumpulan - kumpulan pengakap dalam daerah Johor Bahru menyertai kursus ini. Kursus ini dijalankan 2 unit iaitu Unit PKK diketuai oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi PLNJ dan bagi Unit PM diketuai oleh En. Azhar bin Noor Rahman, Pesuruhjaya Daerah Pontian.

Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh En. Mohd Azlan bin Ab. Jalil, Penolong Pesuruhjaya Negeri Johor (Pembangunan Pengakap). Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Khairi bin Jailani, Pemangku Pesuruhjaya Daerah JB.

No comments:

Post a Comment