Tuesday, May 18, 2010

CALON UNTUK KE PENOLONG JURULATIH (CALT)/JURULATIH(CLT)

Persekutuan Pengakap Malaysia(Bahagian Latihan) telah menetapkan syarat-syarat calon Pemimpin Pengakap untuk ke Penolong Jurulatih/Jurulatih Kebangsaan.

Matlamat.

Untuk meningkatkan pengetahuan,memperkembangkan kemahiran dan menyesuaikan diri serta mengubah sikap jurulatih.

Tahap.

Skim progresif disediakan dalam dua tahap.
1.Kursus Kepimpinan Penolong Jurulatih Kebangsaan
2.Kursus Kepimpinan Jurulatih Kebangsaan

Kursus-kursus ini disediakan oleh Ibupejabat Kebangsaan dan dijalankan oleh Pesuruhjaya Latihan Kebangsaan dan pasukannya.

Syarat-syarat untuk menghadiri PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN (CALT)
----------------------------------------------------------------------------

1.Sepatutnya pemegang Manikayu untuk jangkamasa sekurang-kurangnya 3 tahun
2.Mestilah sehat dari segi fizikal
3.Menjadi ahli Pasukan Latihan dan pernah membantu pada peringkat daerah atau negeri.
4.Dapat bekerja dalam kumpulan.

Syarat-syarat untuk menghadiri JURULATIH KEBANGSAAN (CLT)
---------------------------------------------------------------------

1.Telah memberi perkhidmatan yang memuaskan untuk jangkamasa sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai Penolong Jurulatih Kebangsaan
2.Telah menjalankan Kursus Asas dan telah membantu dalam Kursus Lanjutan dibeberapa bahagian tertentu.
3.Harus disarankan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Pengerusi Pasukan Latihan Negeri.

Untuk makluman semua ASC/DC/ADC/Pemimpin Pengakap yang berkenaan-plnj

No comments:

Post a Comment