Tuesday, April 13, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PPM Pontian

Pada 9 hingga 11 April 2010, Pasukan Latihan Daerah Pontian telah menganjurkan kursus diatas bertempat di Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian, Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian. Seramai 23 orang peserta mengikuti kursus ini bersama dengan 10 orang jurulatih dan pembimbing. Kursus ini dijalankan serentak 3 unit yang masing - masing diketuai oleh

Ketua Kursus MK Unit Muda - En Abd Razak Idris

Ketua Kursus MK Unit Remaja - En Tan Check Meng

Ketua Kursus M
K Unit Kelana - En Affendi Abd Hamid

Turut hadir ialah Tn. H. Yaacob bin Hj. Abd karim, Ketu
a Pesuruhjaya Negeri Johor dan Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Negeri Johor. Pada Sabtu petang 10 April 2010, Persaudaraan Pengakap Raja Negeri Johor juga mengadakan Majlis Jamuan Teh Bersama Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor. Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus disempurnakan oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Johor. Diucapkan tahniah dan syabas kepada PPM Daerah Pontian serta PLD Pontian kerana berjaya mengadakan kursus ini.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Tn. Hj. Ibrahim sedang memberi idea dan
tunju ajar pada peserta

Aktiviti Berpangkalan - Kawad kaki & Tongkat

Satu lagi aktiviti pangkalan - Ikatan dan Simpulan

Para peserta sedang mendengar ceramah dari jurulatih

Sessi pembentangan LDK

Istiadat pagi

Semasa Majlis Jamuan Teh PPRMNJ

Perasmian penutup oleh Tn. hj. Ibrahim Abdullah
Pengerusi latihan Pengakap Negeri Johor

No comments:

Post a Comment