Thursday, April 29, 2010

JAMBOREE 1BELIA-1MALAYSIA PPM JOHOR

Mesyuarat pertama,Jambori 1B1M pada 24.4.2010 di Wisma Pengakap Bt Pahat telah memutuskan iaitu hanya 20 orang ahli Pengakap/Pemimpin Pengakap dari setiap daerah dipilih ke Jambori tersebut.

Oleh itu, minta kerjasama kepada ahli pengakap dan Pemimpin yang berminat segera mendaftar/sila daftar segera kepada Pemimpin/Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

Untuk makluman Pesuruhjaya Daerah/Pemimpin Pengakap PPM Johor yang tidak hadir mesyuarat diatas.terima kasih-plnj.

Wednesday, April 28, 2010

Jemputan Ke Pentarafan P.Raja Selangor

Dimaklumkan PPM Selangor telah menjemput Pengerusi Pasukan Latihan N.Johor Hj IbrahimAbdullah ke Ujian Pentarafan Pengakap Raja Selangor pada

Tarikh: 30Apr-3Mei 2010
Tempat: Kem RimbaTempler,Rawang

Terima kasih diatas kesudian Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor.

UP COMING APR EVENTS MAY 2010

Berikut adalah berita dari APR untuk bulan Mei 2010

MAY 2010.

1.Committee NSO Visit. 5-7 May INDIA
2.APR Air-Internet Jamboree 14-15 May 2010-Putrajaya Malaysia
3.APR Workshop 0n Membership Growth.20-23 May J.Bahru MALAYSIA
4.APR Seminar on Community Bases Scouting.27-30.PHILLIPINE.

Untuk makluman semua PPM.

Sunday, April 25, 2010

Menjual Lencana Pengakap Edisi Baru

Pembekal Lencana Pengakap Edisi Baru, PPM Johor En Ng Cheng Tong (Scoutjb) telah memberi kebenaran, Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor menjual lencana tersebut.

Berikut adalah sebutharga Lencana Edisi Baru:-

Lencana Kemajuan PKK= (Gagsa/Perak/Emas) =RM2.00 satu
Lencana Wajib PKK (Basikal/Berenang)=RM1.50 satu
Lencana Kepandaian PKK=RM1.50 satu

Lencana Kemajuan PM (Usaha/Maju/Jaya)=RM2.00 satu
Lencana Kepandaian PM =RM1.50 satu

Lencana Pengakap Remaja 5 Tertinggi=RM2.50 satu

Lencana Pengakap Kelana=RM3.00 satu

Lencana Kecil PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA RM6.00 satu

Semua RAMBU PKK/PM/PR harga RM8.00 satu

Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri.Semua Penolong Pesuruhjaya Negeri,Semua Pesuruhjaya Daerah,Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah,Pemimpin Pengakap /LembagaPenguji Lencana Daerah sahaja layak membeli lencana yang tersebut diatas.Minta kerjasama tuan/puan sekiranya ada didapati Kedai-Kedai menjual Lencana-Lencana Pengakap edisi baru ini dimaklumkan kepada pembekal ppm Johor segera,terima kasih diatas perkhidmatan tuan/puan untuk menjaga imej PPM Johor.

Boleh berhubung PLNJ- 0137014105/077767084.

Thursday, April 22, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD JB/BT PAHAT

21-4-2010 PLNJ- Sukacitanya dimaklumkan iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN & PERINGKAT 1, akan diadakan di PPM JB dan PPM Bt Pahat Johor.

PPM JB-Unit PKK/PM/PR
Ketua Kursus : En Afzainizam/En Ng Cheng Tong/En Jailani/En Mohd Azlan/En Mohd Affandi.
Tarikh : 23-25 April 2010
Tempat:SMK Taman U Skudai JB
Bayaran: RM 60.00

PPM BT PAHAT unit PKK/PM
Ketua Kursus: Pn Rosmah/En Razak Idris
Tarikh: 23-25 April 2010
Tempat:Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat
Bayaran RM 60.00

Untuk makluman,Pemimpin Pengakap ini akan menyambung kursus Peringkat 3.1 yang dirancang pada 28-30 Mei 2010,tempatnya Kem Jubli Intan Tg Laboh,Bt Pahat.Bayaran RM60.00.Kursus ini adalah untuk semua unit PKK/PM/PR/PK.

Justeru itu,Pemimpin Pengakap yang tertinggal kursus ini tahun lepas,dipelawa untuk hadir.
Dalam rekod PLNJ daerah Mersing,Muar,Bt Pahat,Kluang,JB.Sila semak dengan PLD/PLNJ untuk penerangan sila hubungi 0137014105. Harap hebahkan terima kasih.

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PPM KLUANG

Sukacitanya dimaklumkan iaitu PPM Kluang akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu PEGENALAN sahaja pada:

Tarikh : SABTU 15 Mei 2010
Masa Pendaftaran:0730-0830 pagi Sabtu
Masa Kursus : 8 jam(9pg hingga 5ptg)
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kpg Tengah,Jln Mersing Kluang
Bayaran RM20/-

MMakluman-Diharap semua pemimpin baru yang belum pernah menghadiri kursus ini dijemput hadir,surat PPD akan dikeluarkan sedikit masa lagi-PLD En Ali Abd Rahman-0197505654.Terima kasih.

Tuesday, April 20, 2010

MESYUARAT PLNJ/PLD DITANGGUHKAN

20-4-2010 Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor memberitahu PLNJ,mesyuarat PLNJ/PLD yang akan diadakan pada Sabtu 24.4.2010 DITANGGUHKAN sehingga diberitahu tarikh baru.Harap maklum dan mohon maaf,terima kasih-plnj

Saturday, April 17, 2010

JOTA jadi AIJ oleh WOSM/APR sahaja

15-4-2010 PPM bermesyuarat dan Tuan Hj Zakran Manan memberitahu nama bagi peminat/ahli Radio Amater iaitu WOSM memaklumkan perkataan JOTA diganti AIJ- Air Internet Jamboree.Kegunaan utk WOSM dan APR.

JOTA/JOTI Kebangsaan pada 14-15Mei 2010 Wetland Putrajaya.Semua negeri boleh berhubung semasa Jambori 1Belia 1Malaysia.Stesen dibuka semasa itu,boleh bercakap dengan VIP beberapa Menteri yang hadir.

JOTA PPM akan mengadakan Kursus Pengurusan Radio Amater pada 7-8 Jun 2010.Sila hubung Hj Zakran Manan untuk keterangan selanjutnya.

KURSUS KAWAD DAN ISTIADAT PENGAKAP PPM 2010

Ibupejabat-15April 2010.Dalam Mesyuarat Teknikal PPM memberitahu Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor menjadi tuan rumah Kursus Kawad&Istiadat PPM 2010.AJK terpilih adalah:

Pengarah Kursus-Tuan Hj Yaacob Karim-Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor
Penolong Pengarah Kursus-Tuan Hj Ibrahim Abdullah-Pengerusi Latihan Negeri Johor
Penyelaras Kursus-En Affandi Hamid
Jurulatih Kawad-Kpt Rosila/En Mohd Khir Muda/Hj Ismail Bahari/En Mukim Tukimun/Sjn Fadil/
Istiadat-Tn Hj Rahmat Jafar/En Abdullah Salleh/En Amir Hamzah/Hj Akasah.

Tarikh:01-04 Julai 2010
Tempat:Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat
Setiap negeri menghantar 3 orang.
Peserta kursus mesti mempunyai 4/3 bead-Jurulatih/Penolong Jurulatih.
Bayaran: Belum ditetapkan oleh PPM

Makluman dari PPM Johor.

Ceramah Jemputan PPM Bangsar K.Lumpur

Satu ceramah bertajuk" Kepengakapan PPM",akan disampaikan oleh Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor Tn Hj Ibrahim Abdullah, atas jemputan ADC Progrem Bangsar En Iskandar Muda.Ceramah akan diadakan

Tarikh :Ahad 18April2010
Tempat: Dataran Merdeka K.Lumpur
Masa: 0900pg

Tn Hj Ibrahim Abdullah merupakan bekas ASC Selangor, pernah membant PPM Petaling Jaya dalam semua aktiviti kepengakapan Petaling Jaya iaitu 10th yang lalu.
Semua ahli pengakap Zon Bangsar dijemput hadir.

Friday, April 16, 2010

Jambori 1Belia 1Malaysia

Johor 15.4.2010-PPM Johor sedang mengatur,memilih pemimpin dan pengakap untuk menghadiri 1Belia 1Malaysia di Wetland,Putrajaya bermula 14-16 Jun 2010 sempena Hari Belia Malaysia.
PPM telah bersetuju menghantar 3000 pemimpin/pengakap.walaubagaimanpun,PPM Johor dapat menghantar 200 orang pemimpin/pengakap.

Setiap peserta dikehendaki membayar rm10.00(sepuluh ringgit) untuk mendapatkan 1 beg,yang mengandungi lencana,sijil,pen,buku,buton,sticker,dll.

Ketua Kontijen-En Baden Uteh,Ketua PK-En Affendi Hamid,PR-En Mukim Katimum,PM-En Razak Idris.

Dari itu,pemimpin pengakap yang berminat hadir jambori sila daftar segera-plnj

LENCANA BARU PPM

IBUPEJABAT-15April. Mesyuarat Teknikal PPM telah meluluskan membeli dan memakai lencana baru mulai hari ini.Pesuruhjaya Latihan Negara,Tuan Hj Shukor Mohsin berharap semua pemimpin dapat menguji pengakap dan menggunakan lencana dengan betul



Ibupejabat akan mengeluarkan Sijil untuk lencana tersebut-dalam proses,untuk dibukukan

Wednesday, April 14, 2010

Mesyuarat Teknikal PPM-Kursus Kawad&Istiadat

PPM Johor dipilih menjadi tuan rumah Kursus Kawad dan Istiadat Malaysia yang akan diadakan bulan Mei.Mesyuarat Teknikal PPM akan diadakan pada

Tarik: 15 April 2010
Tempat: Rumah BP Jln Hang Jebat,KLumpur
Masa :0930 pagi.
PPM Johor: Ketua Pesuruhjaya NegeriJohor,Pengerusi Pasukan Latihan Johor,ASC P.Kelana sebagai wakil tuan rumah

Keputusan mesyuarat akan dimaklumkan sedikit masa lagi-plnj.

Tuesday, April 13, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PPM Pontian

Pada 9 hingga 11 April 2010, Pasukan Latihan Daerah Pontian telah menganjurkan kursus diatas bertempat di Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian, Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian. Seramai 23 orang peserta mengikuti kursus ini bersama dengan 10 orang jurulatih dan pembimbing. Kursus ini dijalankan serentak 3 unit yang masing - masing diketuai oleh

Ketua Kursus MK Unit Muda - En Abd Razak Idris

Ketua Kursus MK Unit Remaja - En Tan Check Meng

Ketua Kursus M
K Unit Kelana - En Affendi Abd Hamid

Turut hadir ialah Tn. H. Yaacob bin Hj. Abd karim, Ketu
a Pesuruhjaya Negeri Johor dan Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Negeri Johor. Pada Sabtu petang 10 April 2010, Persaudaraan Pengakap Raja Negeri Johor juga mengadakan Majlis Jamuan Teh Bersama Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor. Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus disempurnakan oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Johor. Diucapkan tahniah dan syabas kepada PPM Daerah Pontian serta PLD Pontian kerana berjaya mengadakan kursus ini.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Tn. Hj. Ibrahim sedang memberi idea dan
tunju ajar pada peserta

Aktiviti Berpangkalan - Kawad kaki & Tongkat

Satu lagi aktiviti pangkalan - Ikatan dan Simpulan

Para peserta sedang mendengar ceramah dari jurulatih

Sessi pembentangan LDK

Istiadat pagi

Semasa Majlis Jamuan Teh PPRMNJ

Perasmian penutup oleh Tn. hj. Ibrahim Abdullah
Pengerusi latihan Pengakap Negeri Johor

Monday, April 12, 2010

JAMBORI KEDAH KALI KE-2

BERITA TERKINI

PPM KEDAH dijangka akan mengadakan Jambori Kedah kali ke-2 pada bulan JULAI tahun ini,masakini sedang dalam persiapan. Best juga semua Pengakap dapat berhimpun di utara..

Mesyuarat Pemimpin PPM Kulaijaya

Dengan sukacitanya dimaklumkan iaitu PPM Kulaijaya akan mengadakan mesyuarat pertama pemimpin pengakap.

Tarikh: 13 April 2010
Masa : 2.30 ptg
Tempat: SK Skudai.Kulaijaya

Dijemput semua pemimpin pengakap daerah Kulaijaya untuk hadir ke mesyuarat tersebut


Lencana Pengakap Raja (Persaudaraan Pengakap Raja)

Tahniah kepada semua Pengakap Raja Negeri Johor 2008/2009 yang lulus dan disini anda semua layak menjadi ahli PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA.

Sukacitanya dimaklumkan, sesiapa yang ingin membeli LENCANA PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA iaitu menjadi ahlinya, boleh dapat dengan Hj Ibrahim Abdullah- 0137014105-terima kasih.

Sunday, April 11, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU

Sukacitanya dimaklumkan iaitu PLD JB dan PLD Bt Pahat akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN dan PERINGKAT 1 pada

Tarikh: 23-25 Apr 2010
Tempat: JB SMK Taman U,Skudai JB
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat
Unit: JB - PKK/PM/PR
Unit: Bt Pahat : PKK/PM
Bayaran RM60.00

Dijemput semua pemimpin pengakap yang belum pernah hadir kursus ini atau dari daerah lain yang ingin menyertai,sila hadir.Terima kasih PLD JB/Bt Pahat yang menjadi penganjur kursus ini.

Pemimpin boleh hubung dengan Mohd Asik 0126577242/Afzainizam o197902284 untuk keterangan lanjut.Terima kasih

Thursday, April 8, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu 2010-PLD Pontian Johor

Dimaklumkan iaitu PPM Pontian akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan&Peringkat 1, pada

Tarikh : 9-11 April 2010
Tempat" Pusat Latihan Pengakap Pontian Serkat
Bayaran: RM60.00
Unit: PKK -9/4/2010 - 8.00pg hingga 4.00ptg
Unit: PM/PR/PK 9/4/2010 - 9mlm hingga 1200tgh 11/4/2010.

Semua peserta dikehendaki membawa khemah.
Pemimpin yang berminat dari daerah berdekatan dijemput untuk hadir.

Wednesday, April 7, 2010

PENDAFTARAN TAHUNAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP 2010

Merujuk surat PPM-2(124)2010 bertarikh 1 Apr 2010 berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan semasa mesyuarat majlis PPM baru-baru ini, majlis ini telah bersetuju untuk perkara yang tersebut diatas,dimana agihan kutipan seperti berikut :

Yuran / PPM Negeri /PPM Ibupejabat

RM3.00/ RM2.00 /RM1.00
PR/PM/PKK
/
RM5.00 /RM3.00/ RM2.00
Pemimpin/Kelana

RM10.00 - RM10.00
Pendaftaran Kumpulan.

Kad-kad Keahlian akan dikeluarkan oleh Negeri dan PPM Johor akan beri sijil Keahlian kepada semua yang telah mendaftar.Terima kasih PPM JB,yang menguruskan pendaftaran Keahlian PPM Johor.

Diharap semua Tuan Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin Daerah/Kumpulan dapat membuat kutipan.Terima kasih

Tuesday, April 6, 2010

Mesyuarat PLNJ 2010

Dengan sukacitanya dimaklumkan mesyuarat PLNJ/PLD akan diadakan pada

Tarikh: 24-4-2010 (Sabtu)
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Labph Bt Pahat
Masa: 1000 pg.

Diminta kerjasama tuan PLD,seandainya tuan tidak dapat hadir, ada perkara yang lebih penting,sila hantar wakil kerana mesyuarat ini akan membincang hal latihan untuk daerah tuan ,terima kasih

Nama Baru Pesuruhjaya Negeri PPM

Tahniah ! sukacitanya dimaklumkan nama Pesuruhjaya Negeri ditambah Ketua, menjadi KETUA PESURUHJAYA NEGERI termasuk Sabah&Sarawak. Lekar tambah satu jadi 4 lekar-plnj

Monday, April 5, 2010

TAULIAH PEMIMPIN PENGAKAP PPM JOHOR 2010

Dimaklumkan sehingga kini ramai Pemimpin tidak mempunyai Tauliah Pemimpin atau tidak memperbaharui lagi,sehubungan itu diperingatkan iaitu semua Penolong Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah,Penolong Pesuruhjaya Daerah yang baru dilantik atau tauliahnya telah tamat tempohnya,sila perbaharui.

Begitu juga Pemimpin Pengakap baru yang bertukar sekolah baru boleh buat demikian.

Diharap dengan kerjasama semua Pemimpin yang hendak serah/hantar tauliah tersebut kepada

Tauliah Pemimpin dan Penolong Pemimpin dihantar kepada Tuan Hj Ramli Ibrahim(Pentadbiran)

Tauliah Penolong Pesuruhjaya Negeri,Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah kepada Hj Ibrahim Abdullah(Latihan)

Diatas kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Sunday, April 4, 2010

JADUAL TENTATIF HARI BELIA KEBANGSAAN 2010

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 malaysia
Bersempena sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010
Taman Wetland,Putrajaya

Jadual Tentatif.

Hari Pertama- 14 Mei 2010 (Jumaat)

8.30-9.30 pagi - Semua peserta dijangka sampai di tapak jambori
9.30-12.30 tgh - PENDAFTARAN/PEMBAHAGIAN KAWASAN MENDIRIKAN KHEMAH
1230-2.30 ptg - Makan tgh solat Jumaat
230-400 ptg - Perhimpunan pusat/Taklimat/Raptai
400-430 ptg - Minum ptg
430-730 mln - Urusan dikhemah/Sub Kem
730-900 mlm - Makan malam
900-1000 mlm - Perasmian oleh Menteri Kabinet
1000-1030 mlm - Aktiviti di Sub Kem

Hari Kedua - 15 Mei 2010 (Sabtu)

630-730 pg - Upacara bendera/negaraku/pemeriksaan pagi
730-830 pagi - sarapan
830-930 pg -Perhimpunan pusat
930-1030 pg - Aktiviti
1030-1100 pg- minum pg
1100-1245 tgh - Aktiviti
1245-200 ptg- makan tgh
1400-500 ptg - Sebahagian peserta dibawa ke PICC,utk upacara sambutan Hari Belia sebahagiann membuat persiapan lawatan YAB PM ke tepat Jambori
500-630 ptg - Menerima alawatan PM dan rombongan
730-830 mlm - makan malam
830-1030 mlm - Malam Kebudayaan

Hari Ketiga 16 Mei 2010 (Ahad)

630-730 pg - Upacara bendera
730-830 pg - Sarapan
830-930 pg - Larian EKIDEN
930-1030 pg - Buka khemah/Bersihkan kawasan
1230-200tgh - Makan tgh
200 ptg - Bertolakbalik.


Saturday, April 3, 2010

LENCANA/SIJIL PENGAKAP RAJA 2008/2009

SIJIL/LENCANA PENGAKAP RAJA TAHUN 2008/2009 sahaja.

Sukacitanya dimaklumkan iaitu Sijil/Lencana Pengakap Raja 2008/2009 boleh diambil pada

Tarikh : 16-18 April 2010
Tempat: Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat
Masa : 1100 pg - 4.oo ptg.

Diminta ANDA sendiri yang datang mengambilnya ATAU jika diwakilkan Ibubapa/DC anda, anda mesti menulis surat kepada saya menyatakan Ibubapa/DC mewakilkan untuk mendapatkan sijil/lencana Pengakap Raja.

Diatas kerjasama tuan/puan/encik/pemimpin anda semua diucapkan terima kasih.
Jika ada apa-apa masalah berhubung dengan perkara ini,sila hubung Tuan Pesuruhjaya Negeri Johor.


Thursday, April 1, 2010

Mesyuarat Pemimpin PPM Muar

Sukacitanya dimaklumkan iaitu satu mesyuarat pemimpin PPM Muar akan diadakan

Tarikh : 7hb April2010 (Rabu)
Tempat: Pejabat PPD Muar
Masa : 1.30 petang

Semua Pemimpin PPM di jemput hadir.Terima kasih

JAMBORI BUDAYA INDONESIA/MALAYSIA 2010

Jambori Budaya serumpun Malaysia/Indonesia di Pagar Ruyung,Tanah Datar Sumatera Barat,Indonesia pada 8-12 JUN 2010 dari Kontinjen JOHOR seramai 50 orang Pemimpin dan Pengakap.

Ketua Kontinjen- En Ramli Sarip (Pesuruhjaya Daerah Kulaijaya)

PERUBAHAN CUTI UMUM NEGERI JOHOR

Merujuk surat daripada Pejabat SUK Johor.Bil(42)dalam SUKJ 630/2 Jld4 bertarikh 15Mac 2010.

1.Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor DIPINDA dari 8 April kepada 22 Nobember .

2.Hari Hol Almarhum DIPINDA dari 6 Rejab 1431H(19Jun2010) kepada 6 Safar 1432H.

3.Oleh itu,08 April 2010 BUKAN lagi cuti umum.

LATIHAN-ORGANISASI KURSUS DALAM KEPENGAKAPAN

ORGANISASI KURSUS dalam latihan Pengakap seperti berikut :-

TUJUAN MENGADAKAN LATIHAN

1.Mengadakan cara-cara praktik tentang bagaimana hendak menjalankan tugas pemimpin dalam pasukan pengakap mengikut peraturan yang tertentu.

2.Menerangkan prinsip bagi tiap-tiap unit pengakap dan cara-cara hendak mengajari prinsip tersebut kepada muda remaja dengan lebih menarik dan teratur

3.Menerangkan tentang cara-cara untuk menyediakan progrem bagi pasukan dan perjumpaan

4.Menerangkan tentang aktiviti,permainan,peraduan dan lawatan,menjalankan latihan cara menarik dan praktik

5.Berpeluang untuk bertukar fikiran dan pengalaman

6.Mengerat dan mengukuhkan lagi tali persaudaraan.

TEMPAT

Lokasi kursus hendaklah dipilih dengan baik supaya peserta akan berasa seperti dialu-alukan dan beristirehat.Kursus boleh tetapi bukan semestinya berunsur perkhemahan.

BAHAN BANTU MENGAJAR

1.Carta/lut sinar/ohp/lcp projektor
2.Hands out/power point
3.Flip chart/white board.

PERKHIDMATAN PEMBEKAL MAKANAN

Ketua Kursus dan pasukannya mesti membuat keputusan samada untuk makanan disediakan oleh pembekal makanan atau peserta sendiri yang memasak

YURAN

Perbelanjaan seperti makanan.alatan bantuan mengajar dan lain-lain haruslah diambilkira dalam yuran kursus.

PENTADBIRAN

1.Pasukan latihan hendaklah tetapkan- TEMPAT KURSUS dan TARIKH KURSUS

2.S/U Pasukan latihan akan membuat surat siaran kepada semua Pesuruhjaya Daerah

3.Permohonan kursus hendaklah dibuat melalui Pesuruhjaya Negeri dan Pengerusi PLN

4.Pasukan Latihan akan mengenalpasti minat,kebolehan dan latarbelakang peserta

5.Pasukan latihan akan menetapkan objektif kursus

6.S/U latihan membuat permohonan kursus Bor MK-10/12/12A melalui Pengerusi PLN dan Pesuruhjaya Negeri kepada Ibupejabat PPM

7.S/U latihan memanggil mesyuarat semua pegawai kursus

8.S/U Kerja latihan PPM akan mengirim
-Sijil Akuan menjalankan kursus
-sijil-sijil untuk peserta
-borang senarai keputusan kursus
-borang laporan kursus

9.S/U latihan akan memberitahu peserta berhubung
-tempat kursus
-tarikh kursus
-tarikh dan masa melapor
-yuran pendaftaran kursus
-keperluan peserta

10.Ketua kursus akan mengadakan mesyuarat sehari sebelum kursus bermula untuk menetapkan :
-progrem kursus
-pembahagian peserta
-anggaran perbelanjaan

11.selepas sahaja habis kursus tamat,Ketua kursus akan membuat laporan kursus yang disahkan oleh Pesuruhjaya Negeri dan dalam tempoh 14hari menghantar laporan tersebut kepada Ibupejabat PPM.

KEFLEKSIBELAN

Kursus hendaklah dirancang dengan kefleksibelan untuk memenuhi keperluan peserta-peserta dengan sebaik-baiknya

Kursus Kepimpinan Manikayu Pemimpin unit ini boleh dijalankan dengan pelbagai cara.

Sebenarnya tidak ada satu jadual masa yang ditetapkan bagi menjalankan kursus dan ini boleh diatur mengikut penyesuaian tempatan asalkan dapat menyempurnakan sukatan pelajaran dan masa yang diperuntukan.