Wednesday, March 10, 2010

PANDUAN PENTARAF PENGAKAP RAJA

TUJUAN MENGADAKAN UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA
----------------------------------------------------------------------
1.Apakah tujuan mengadakan Ujian Pentarafan Pengakap Raja?
a.Menyelaras ujian yang diberikan didaerah mahupun negeri dan negara dapat diselaraskan dengan lebihbaik dan berkesan,setiap calon yang mengambil ujian ini mendapat pelajaran dan pengalaman yang sama dan tidak ada percancanggahan diantara satu sama lain.

b.Lulus dengan cara adil,saksama dan sesuai mengikut peringkat pekembangan calon.

c.Semua ujian dijalankan tidak berlaku diskriminasi.

2.Mengetahui darjah yang ditetapkan.

a.Sesuaikan ujian bagi peringkat umur,kebolehan dan keupayaan.
b.Perkara ini perlu dibuat kerana melibatkan dua keadaan iaitu yang biasa dan cacat anggota.

3.Meneliti Sukatan Pelajaran(Pentarafan)

a.Tiap-tiap Pentaraf mestilah mahir tentang sukatan pelajaran pengakap.
b.Pentaraf dapat meneliti bahawa calon mengambil ujian mengikut sukatan pelajaran
c.Sebarang kemusykilan pentaraf dapat mengatasinya dalam jangka singkat.

4.Mengkaji dengan teliti.
a.Kajian dibuat untuk memastikan benar-benar calon layak menerima anugerah Pengakap Raja dengan mutu yang tinggi.
b.Dengan ini calon menjadi seorang yang kreatif.

5.Perkhidmatan untuk DIRI,MASYARAKAT dan NEARA

a.Calon mesti ada sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara.

6.Mengkaji latarbelakang calon

a.Calon dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

7.Keistimewaan
a.Calon adalah serba boleh walau apa jua perkara yan g dihadapi

TUGAS PENTARAF PENGAKAP RAJA

a.Hendaklah memberi taklimat dan menyelia bahawa semua pemimpin dan pemeriksa lencana mengetahui darjah yang dikehendaki bagi 5 lencana tertinggi serta anugerah pengakap raja.
b.Hendaklah menghalusi semua permohonan bagi mendapatkan sijil pengakap raja.
c.Hendaklah menghalusi bahawa segala peraturan bersabit sijil/lencana dipatuhi.
d.Hendaklah mengamati dan sedar bahawa calon bersedia dengan sukarela menyumbang perkhidmatan kepada orangramai,sentiasa berpeluang untuk melakukannya.
e.Calon itu di kaji latarbelakang ia benar-benar patuh rukunegara,persetiaan dan undang-undang pengakap.

PENGAKAP RAJA KITA ITU IALAH PENGAKAP RAJA YANG TERNILAI,PADAN DENGAN NAMANYA.


No comments:

Post a Comment