Wednesday, January 27, 2010

Perlaksanaan Kursus Kepimpinan MK (Lama&Baru)

S/Usaha Latihan PPM,telah mengkaji dan penambahbaikan kursus kepimpinan MK seperti:-

1.Bagi pemimpin pengakap yang telah menghadiri kursus Kepimpinan MK kaedah lama dan sistem modular.Kelayakan pemimpin bagi meneruskan kursus kaedah yang baru adalah seperti:
1.Peringkat 1(Penerangan) boleh teruskan dengan kursus peringkat I(Asas)
2.Kursus Induksi dan atau Modul A,boleh teruskan dengan kursus peringkat I(Asas)
3.Peringkat II(Asas) atau Modul B,boleh teruskan dengan Peringkat III.
4.Peringkat IVA(Amali) dan tidak menyiapkan peringkat IVB(Kajian)boleh teruskan
dengan peringkat III.

2.Tempoh akhir penerimaan MK peringkat IVB(Kajian) bagi pemimpin pengakap yang menghadiri kursus kepimpinan MK kaedah lama adalah 30Jun 2009.

3.Tempoh sahlaku sijil-sijil Kursus Latihan Kepimpinan MK kaedah lama dan sistem modular bagi tujuan penilaian dan pencalonan anugerah MK adalah seperti berikut:-

1. Sijil-sijil Kursus Penerangan,Peringkat II(Asas),Peringkat IVA(Amali)dan Peringkat IVB(Kajian) adalah 31 Disember 2010.
2.Sijil-sijil Kursus Induksi,Modul A,Modul B,Modul C dan Modul D adalah 31 Disember 2010.
3.Gabungan sijil-sijil dalam kaedah lama dan sistem modular adalah 31Disember 2010

Mulai 1 Januari 2011,hanya sijil-sijil kursus kepimpinan MK(kaedah baru) sahaja sah digunapakai bagi pencalonan anugerah MK.

Semua Pengerusi PLD PPM Johor ambil perhatian dan sampaikan kepada DC daerah tuan.Hebahkan.Terima kasih diatas kerjasama tuan-Pengerusi plnj

No comments:

Post a Comment