Monday, November 30, 2009

Mesyuarat Pasukan latihan Negeri Johor

Mesyuarat PLNJ ke-3, akan diadakan pada :

Tarikh : 6hb Disember 2009(Ahad)
Masa : 0900 pagi
Tempat : Dewan orangramai,Tmn Desa Kluang

Sekiranya, pengerusi pld tidak dapat hadir,sila hantar wakil- plnj

Thursday, November 26, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil-adha

Jauh dimata dekat dihati - Selamat Hari Raya Aidil-Adha "Maaf Zahir & Batin, Salam, Berdoa, Berbahagia dan Ingatan" dari Hj Ibrahim Abdullah sekeluarga Kluang,Johor-plnj.

Wednesday, November 25, 2009

APR Events 2010

APR Events 2010

January 2010.
Committee NSO visit,17-19 Jan,Sri Lanka
Arab Regional Conference,22-25Jan
Ticket to Life,28-31Jan Bangladesh

February 2010.
Basic Management Course,12-16Feb Bangladesh
Sharjah International Gathering,4Feb
Community NSO Visit-Malaysia

March 2010
Committee NSO Visit,11-13 Mac Korea
Advanced Management Course,5-11Mac India
World Scout Committee,19-21 Mar Geneva

April 2010
Extended Wosm Director Team Meeting,12-18Apr India
Director Meeting,14-17Apr Geneva

May 2010
Committee NSO visit,5-7May India

June 2010
Committee NSO Visit 10-12 Jun Fiji
CSPSA Gathering,14-19Jun Tonga
7th APR Scout Leader Summit

July 2010
SAF Scout Camp,Bhutan
APR Management Meeting
Europe Regional Conference,12-17July
World Rover Moot,27 July Kenya

August 2010
APR Air/Internet Jamboree,7-8Aug

September 2010.
World scout committee Meeting.

APR Disaster Management Workshop

APR Disaster Management Workshop pada 16-19 November 2009, telah diadakan di Cibubur Scout Camp Jakarta Indonesia .En Zainol Hisham b. Ahmad -Pengerusi PLD Muar telah terpilih menghadiri workshop tersebut-plnj

26th APR Scout Jamboree


26th APR Jamboree.

Tarikh : 28 Dec-03 Jan 2010
Tempat : Mt Makilling,Los Banos Laguna Phillippine.

Berminat hubungi En Rahim Hamid-Ibupejabat 0176156880

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap N.Johor

Mesyuarat ASC/DC Johor akan diadakan pada

Tarikh : 5hb Disember 2009
Tempat : Bilik Gerakan, TAR,Bkt Timbalan Johor
Masa : 9.00 pagi

Diharap semua dapat hadir.T.Kasih

Sunday, November 22, 2009

Perkhemahan 1 Malaysia

Perkhemahan 1 Malaysia akan diadakan :-

Tempat : Kem Pengakap Melaka,Bukit Katil Melaka
Tarikh : 11-13hb Disember 2009
Yuran : RM40.00
Khemah : Bawa Sendiri

Berminat hubungi telefon: 06-2811978 PPM Melaka. E-mail: mlkscout@stramyx.com

Saturday, November 21, 2009

Borang CALT/CLT PPM

Diminta kerjasama pemimpin PPM Johor yang telah menghadiri Kursus CALT/CLT (3 bead/4 beads) belum hantar borang untuk diproses Ibupejaabat boleh hantar kepada saya, ada masalah jumpa-call saya 013-7014105. PPM Johor perlu ramai JL/PJL - plnj.

Borang Penilaian MK

Diminta kerjasama pemimpin PPM Johor yang telah hadir MK-PKK/PM/PR/PK 2009, hantar segera kepada saya borang penilaian untuk diproses, juga TESIS anda sebelum 2010- plnj.

Kursus Kenaikan Pangkat NGO-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor 2009

Kursus ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran N.Johor.Persatuan unit beruniform seperti Pengakap, Saint John Ambulance,Pandu Puteri,Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah telah mengambil bahagian.Peserta seramai 320 orang dan Pemimpin 100 orang. Kursus ini diadakan:

Tarikh : 16-19 November 2009
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan,Tg Laboh,B.Pahat Johor

Tahniah/terima kasih kepada pemimpin pengakap yang membantu kursus ini-E n Mohd Khir Muda, En Asik Saim,En Ishak Kodri, YM Raja Iskandar Raja Ali, En Megat A.Rahman,E n Ramli Ahmad dan Hj Ibrahim Abdullah.

Majlis penutupan rasmi oleh YBhg Tuan Hj Markom b Giran-Timbalan Pelajaran Johor

Aktiviti seperti kawad kaki,tali temali,bantu mula,ikhtiar hidup, khidmat masyarakat dan persembahan kebudayaan.

Thursday, November 19, 2009

Ucapan Bercuti/Tahniah UPSR

PPM Johor mengucapkan selamat bercuti kepada semua PKK,PM seluruh Malaysia dan Tahniah! kepada PKK lulus cemerlang UPSR, teruskan belajar dan yang gagal berusaha lebih lagi.... masa anda panjang lagi Syabas dan salam pengakap 1 Malaysia-Pengerusi plnj

Sunday, November 15, 2009

Ucapan selamat menduduki peperiksaan SPM,STPM 2009


PPM Johor-Malaysia mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM, STPM 2009 tidak beberapa hari lagi, kami berdoa semua ahli pengakap remaja-kelana berjaya dengan cemerlang. Menjawab soalan dengan baik dan lulus cemerlang. Ibubapa, kawan, sdra mara, pemimpin-jurulatih sentiasa berdoa untuk anda- Alfatiha-amin.

Saturday, November 14, 2009

Kursus Kemahiran Pengakap-Ikhtiar Hidup

Tahniah PPM Selangor berjaya menganjurkan Kursus Kemahiran Hidup

Tarikh : 13-15 Nobember 2009
Tempat : Kem Rimba Templer,Rawang Selangor

Kursus ini dibantu oleh ATM Rawang dan JL Selangor.Peserta seramai 28 orang terdiri dari ASC/DC/ADC/Pemimpin Pengakap Selangor telah menyertainya. ASC Latihan Johor- Hj Ibrahim Abdullah telah membantu kursus ini.Sungguh mencabar,menimba pengalaman dan ilmu kehutanan yg banyak khasiatnya.Tahu sahajalah satu hari didalam hutan dan fikirlah jika kita hilang atau sesat dalam hutan! penuh cabaran dan hebat. Syabas PPM Selangor.

Saturday, November 7, 2009

Persidangan Pengakap Wilayah Asia Pasifik Kali ke 23

Pada 27 Oktober hingga 1 November pula saya mewakili Negeri Johor ke Persidangan Pengakap Wilayah Asia Pasifik kali ke 23 yang dirasmikan oleh YB. Dato 'Sabri bin Ahmad yang mewakili Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Razak.

Sebanyak 482 orang peserta delegasi dan Pemerhati dari 58 negara dalam kawasan Asia Pasific Regional Scout. Turut hadir juga dari delegasi dari kawasan Arab, Inter-Amerika, Eropah dan Eurasia. PPM Negeri Johor diwakili oleh saya, En. Asik bin Saim.DC Batu Pahat dan En. Sheh Sueba DC Muar.

Para Peserta Delegasi dan Pemerhati APR Confrence

Antara para delegasi dan pemerhati dari Pengakap Malaysia

Friday, November 6, 2009

Borang Penilaian MK

Sila hantar borang penilaian mk bagi pemimpin yg telah menghadiri kursus mk 2009.

Harap ambil perhatian/semak, menghantar borang penilaian 2 salinan(2keping gambar beruniform),fotostat sijil Pengenalan,Bahagian 1,Borang bhg 2(anda&pembimbing),sijil bhg 3.2,salinan k.pengenalan dan disahkan betul.Wang pos rm20.00 atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia.Tarikh tutup penerimaan borang 30.11.09. Harap maklum-Pengerusi plnj.

APR Course for Leader Trainers ( CLT )

Pada 19 hingga 25 Oktober 2009, saya terlibat sebagai fasilitator di Kursus Jurulatih Kebangsaan (4 Bead CLT) peringkat Asia Pasific Regional yang dirasmikan oleh Tuan Hj. Abdul Shukor bin Hj Mohsin, Pengerusi Latihan Negara di International Youth Centre, kuala Lumpur.

Turut hadir dalam perasmian ini ialah Miss Reiko Suzuki APR Adult Resources Sub-Committee Chairman, Pengarah International Youth Centre Dato Raja Ruslan Samah, Ketua Setiausaha Eksekutif PPM En. Zaki Nurud-din, dan Pesuruhjaya Pengakap Antarabangsa Dr Mukhyuddin bin Sarwani.

seramai 40 peserta dari 12 negara Persekutuan Pengakap yang mengambil bahagian dalam kursus antaranya dari Australia, Jepun, England, Kanada, Malaysia dan APR sendiri. Kursus pengarah bagi kursus ini ialah En. Rahmat bin Haji Jafaar daripada PPM serta dibantu oleh empat fasilitator daripada Malaysia.

PPM Negeri Johor telah menghantar seramai 2 orang pemimpinya iaitu En. Mohd Khir bin Muda ASC Johor dan En. Azhar Noor Rahman DC Pontian.

Para peserta dan pegawai kursus

Wednesday, November 4, 2009

Ucapan selamat menunai fardhu haji

Semua pemimpin pengakap negeri johor mengucapkan selamat menunai Fardhu Haji kepada En Ramli Ibrahim serta isteri.Kami sentiasa berdoa encik selamat pergi/balik.Haji Mabrur insyaallah.